Gambar yg baru dihantar wife .. olololo.. Rindu kat daddy ehhhh.. hehehehe.. Lusa daddy balik ehhh sayang ..
Mak dia tak windu keeeerŕr ???
Published with Blogger-droid v2.0.10
Gambar yg baru dihantar wife .. olololo.. Rindu kat daddy ehhhh.. hehehehe.. Lusa daddy balik ehhh sayang ..
Mak dia tak windu keeeerŕr ???
Baru sampai Ipoh .. Bilik hotel pon dah dapat .. Satu bilik , kongsi dua orang .. Ok la .. Bilik pun luas .. Aku berkongsi bilik dengan En. Fuad .. Seorang travel blogger yang baru berkecimpung dalam dunia blog .. 9 bulan katanya ..
Orangnya , aku rasa dalam usia 50an .. Saja la tanya apa dia buat dulu.. Dia nak terangkan pon cam .. hurm.. Cam rasanya bertahun pon tak abis .. Aku senyum je la..
Aku hulurkan kad aku .. Dia hulurkan kad dia .. Patut laa .. Dia cam takut nak bagitau dia seorang konsultan.. Yelah , nanti orang pk dia cam nak berlagak la pulak kan ? Tapi , alhamdulillah .. orangnya sangat merendah diri !
Dua kejadian yang memberi kesan pada aku dalam tempoh singkat .. Yang pertama bila sampai ke bilik .. Dia bergegas masuk ke tandas.. hehe.. Nature call katanya ..
Menariknya kaannn .. Bila aku lak masuk , tak lama kemudian .. Takde tanda tanda orang guna tandas pon walhal sebelum tu , bunyi air bagai laaaa .. Perghhh ..
Aku lak keluar .. Aku pusing belakang tengok .. Tandas dah bersepah dengan air ! Geleng kepala aku .. Adehhh ..
Dan yang kedua .. Makan tengahari .. Huhuh.. Dasat aihh .. Aku tengok cara dia makan .. Pinggan dia bersih jer.. Kemas je lauk pauk dia yang dia amik.. Satu jenis dulu .. pastu dah makan , baru amik lauk lain ! Berbeza dengan aku , dah serupa macam nak mandi bunga jer pinggan aku tu.. Bermacam jenis lauk pauk ada walhal hidangan depan mata jer !
Abis makan .. Pinggan dia , kosong ! Bersih ! Wehh.. dia ni makan ke tak ???? Adoiyaiii .. Selepas makan dia naik ke bilik dulu disusuli aku yang tak abis abis ratah lauk ! Hahaha .. Lantak ler .. Lapar nihhh ..
Di bilik , aku on hp dan charge semua gadget yang ada .. Kebetulan dia pon baru sampai bilik dan nak charge gak .. Aku suruh charge kat plug yang aku sedang guna ni .. Dia kata tak pe.. Dia tak nak kaco.. Dia cari cari yang lain dan ada ! Huhuh..
Tiba tiba dia tegur aku setelah melihat aku bersungguh sungguh menaip sesuatu kat laptop ni .. ( Qhaliff sebut , topp. topp.. Rindu kat dia ! )
" Kau buat apa tu ben ? "
" Update blog , Encik Fuad .. Saya mmg kerap update blog .. Sehari ada la dekat 9 entri .. Dulu lagi banyak .. " .
"Really ? Benda benda cam ni laaa aku nak kena belajar dengan kau ! Nanti ajar aku eh .. " .
Walhal ilmu dia lagi tinggi berbanding aku , merendah diri nak belajar lagi .. Memang cantik dah Allah ketemukan orang begini dengan aku ! Huhuh.. suruh cari lagi ilmu !
Kali pertama sampai bandaraya Ipoh .. Kot ? Tak ingat … Dan ini kali pertama aku menginap di Ipoh ni .. Terima kasih la yer Tourism Malaysia …
Hotel ni dari luar nampak cam … hurmm… takde selera nak duduk tapi ! Tapi !! Bila dah masuk ke biliknya , wow ! Luas dan sangatlah bersih !
Menariknya , Wifi di mana mana saja dalam hotel ni dan ianya PERCUMA !! Perghhh.. lega kepala otak aku .. Leh update blog dengan puasnyaaa ..
Makan , ok ! Sedap . Layanan , tip top .. Parking free .. Cuma view je laa .. hahaha .. Ok la kan ? Takkan nak view laut je memanjang.. Tukar angin la pulak .. ( mentang mentang freee ) ..
Harga , aku tak sure .. korang leh google la cari Syuen Hotel di Ipoh ni .. hehehe ..
Sayangkan anak , ganda gandakann .. ehh .. silap.. hehehe.. Kali pertama aku berjauhan dgn dia .. Ni nak gi Perak dan Penang .. Projek skit.. Sebagai media .. cover event Kementerian Pelancongan hingga Ahad !! Lamaaaa tuuuuu...
Rindu dah kat Qhaliff ..
Sorang sorang je dia main .. Walaupun aku cuba nak main dengan dia , dia tetap nak gi main dengan budak budak yang sebaya dengan dia .. Tapi diorang tamo main ngan dia .. Dia ketawa tengok diorang dan cuba ikut sama bermain , tapi tak dilayan .. Siannnnn diaaa …
Rasa cam .. nak menitis je air mata bila tengok keadaan gitu ..
Dalam perjalanan pulang dari Puchong ke Bandar Basu Salak Tinggi .. Singgah sat beli lemang .. Hehehe.. Suruh dia kopek dan potong kat situ gak .. Mana laaa tau kot kot ada katak atau ular dalam tu ! Mau pengsan aku nanti ! Hahaha .. Aparaaa punya imaginasi !
Ok .. Lepas beli , tak sampai 50 meter , ternampak baik punya pintu gerbang niii ! Dok selalu sangat dengar tapi lom berkesempatan ! Terus parking kereta kat bahu jalan ..
Aku amik gambar sekeping dua dan upload ke Facebook .. Saja kasi kawan kawan terliur ! Hahahah .. berdosa aku .. Maafkan aku yer … huhu ..
Pastu , gi laaa ke kedai tuuu .. Pelik .. Takde pulak orang buat cendol ! Tanya la kat satu akak yang keje di situ ..
“ Cendol tak de ke ari ni ? “ ..
Dia kata esok baru ada ! Waaa… Frusstttt … Patah balik ke kereta .. Di dalam kereta , aku bukak Facebook sblm hidupkan kereta .. Dan bersepah dah komen ! Hahahah .. Dan , aku tergaru garu kepala ..
Betul ke cendol tu cendol bakar yang unik buatannya atau tokeynya nama Bakar ? Huk alohhhh …
Perghhhhh.. Lemak Kampung Santan cuma dapat RM100 ribu je ? yeke ??? Aku tak pernah dengar pon cerita ni .. Walaubagaimana pun , tajuknya saja buat aku tidak langsung teruja utk membaca kisah apakah yg difilemkan mereka ..
Neelofa dan Hans sebagai daya penarik dalam filem ni ? Mampukah utk pikat pembaca ? Apakah yang membuatkan mereka rasa gabungan ni mampu buat filem ni pecah panggung ? Aiseymannn ..
Maaf cakap la yer .. Kena pijak dibumi yang nyata .. Kalau nak kata sebab raya , biasanya rayaaaaa la orang gi panggung sbb dapat bergaya dengan pakaian baju ! Hehehe … Kan kan ? Aku dulu gitu laaa .. Pastinya filem melayu la jadi sasaran ! Masih aku ingat lagi , Senario biasanya keluar masa raya .. hehehe ..
Kena buat post mortem balik .. Jangan salahkan ‘raya’ punca filem tak laku yer ..
Kali pertama aku kenal sahabat ni , 5 tahun dulu .. Dia adalah orang pertama yg mengiklankan perniagaan online di blog aku dan setia hingga hari ini ! Terima kasih !!
Baru baru ni , dia jemput aku untuk hadiri majlis perasmian kedainya yang pertama .. Terletak di Bandar Baru Bangi , kedai ni mmg jadi tumpuan ramai ! Bukak kedai dah tuuuuu !!! Sayangnya aku tak dapat pergi sbb ada hal skit ..
Dan buat kalu pertamanya , aku gi tadi ngan wife.. Kitorang pergi tu untuk beli Jeszlin Oil yang dikatakan bagus untuk bayi dan kanak kanak … Kalau tak sebab tu , aku pon tak tau la bila dapat singgah kedainya tu yang dah berjaya tu !
Tak caya aku kata dia dah berjaya ? Haaa … Cer baca komen kawan kawan di FB …
Sewaktu aku pergi tadi pon , ramai orang datang membeli. Aku kena tunggu clear skit baru leh tanya itu ini dan staff mereka sangat peramah ! Bagusss !! Patut ramai datang .. Tu yang penting tuuu..
Apa produk yang ada dijual di sana ? Tu korang leh tengok kat sana … Harganya ? Jangan risau arr… Ada diskaun .. Leh beli online juga selain terus gi ke kedainya nun di Bangi tu .. Sila rujuk http://rizi-biz.com/ untuk maklumat lanjut yer .. hehehe …
Apa yang aku beli ? Hehehehe ….
Untuk aku ada .. untuk wife ada .. Dan untuk Qhaliff pon ada ! Qhaliff , aku belikan dia air zam zam botol besar tu haa … Wife , dia beli .. produk wanita la cam serum anti gugur rambut dan beberapa produk lagi .. Hehehe ..
Aku ? tuuuu.. saja nak test baju tuu… nak tau berkesan ke tak .. hehehe .. Kalau berkesan , aku bagitau … Kalau tak berkesan , aku bagitau gakk . hahaha.. Jangan marah aa boss …
Sapa suruh letak dalam ni ? Bila dah naik , tak nak turun dah ! Baru mengelabah !! Hahahah ..
Kalau tak nak , pulangkan elok elok … Camana amik , camtu la pulangkan ! Ni kalau dah tak suka , siap kaki tangan semua naik .. pastu baru nak cerai ! Huk alohh ..
Dan mereka yang tak berkenaan , janganlah masuk campur .. Bukan apa , risau nanti tak pasal pasal ‘awak’ pulak merengkok dalam lokap .. Apa la sangat nak bagi puashati tu ? Sama je kita dengan si dia yang tak berakal tu !
Guna akal …
Seperti biasa setiap pagi selepas solat Subuh , aku akan masuk ke page page yang berkaitan dengan Syria dan Mesir .. Terkejut aku ! Yelah , aku dah berhari tak tonton berita di tv .. Maklumlah , berita di tv ni .. banyak benar pusingnya .. Yang boleh tengok berita sukan jer .. Lain ? Kena fikir betul betul ..
Keadaan di Mesir sangat menyedihkan. Dari sumber page , katanya lebih 2 ribu rakyat Mesir mati dan lebih 10 ribu lagi cedera bila tentera melepaskan tembakan serta membakar khemah khemah mahupun hospital !
Lebih 2500 - Syahid.
Lebih 3000 - Ditangkap.
Lebih 10000 - Cedera.
Lebih 200 - Jurugambar dibunuh.
Dataran Raba'ah - Dikosongkan tentera.
Hospital Lapangan Raba'ah - Ditutup tentera.
Hospital Lapangan Nahdhah - Dibakar tentera.
Doktor2 bertugas - Ditangkap tentera.
- ( Jkkk Fan Club )
Astaghfirullah al a’zim. Ada juga video wanita berniqah ditembak ketika sedang amik video .. Bacul sungguh tentera Mesir ni ! Mayat pula dibiarkan terbakar !
Dari page Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
“ Hospital Medani tidak berhenti menghitung bilangan syuhada' dalam pembunuhan di Raba'ah, An-Nahdhah, Mustafa Mahmud dan lain-lain tempat. Demikian itu kepadatan terlalu banyak yang syahid tidak tiba ke hospital kerana disebabkan serangan ke atas bangunan hospital dan banyak jasad yang rentung.
Suasana di masjid Iman, Makram Abid berdekatan dengan Hadiqah Atfal. Hanya seblilangan kecil jenazah yang sempat dibawa lari dari Rabaah Adawiyyah. Manakala yang lain, tidak dapat diselamatkan dan dibiarkan oleh tentera terbakar di hospital Rabaah. “
Aku tertanya gak .. Apa tindakan pentadbiran negara kita ? Dan terkini apa yang aku cuma baca di akhbar ialah ..
“ Datuk Seri Najib Razak menggesa semua pihak yang terlibat dalam insiden pertumpahan darah di Kaherah, Mesir ,supaya menghentikan permusuhan dengan serta merta dan berusaha ke arah penyelesaian damai
Perdana Menteri dalam posting terbaru dalam akaun Twitter dan Facebook akaunnya
juga meminta pihak berkuasa negara itu supaya jangan bertindak melulu.
"Kami risau dengan laporan keganasan terhadap penunjuk perasaan di Mesir," katanya. “.
Tu je ? Hurmm .. Semoga Allah lindungi saudara kita di Mesir , Syira ..
Banyak sebenarnya .. haihh …
Hurmmm .. Kali pertama nak guna Windows .. Dulu pernah guna gak.. Masa tu guna hp HTC HD2 ..
Mana lagi best ? Android atau Windows ni ? Nanti aku cerita eh.. Setakat ni , kamera dia mmg best ! Cantik dan clear !
Sumpah !! Aku tak ajar dia pon wat menda menda gitu ! Biasanya aku buat depan dia pon , gentel gentel pastu jentik kat jiran sebelah ..
Hahahahahh .. geli eh ?? Hahahaha .. Nasib lerrrr …
Qhaliff lagiii beeessttt !! Dia korek hidung dia .. pastu masuk mulut ! Mana dia belajar pon aku tak tau laaaa … Beria aih dia korek ! Bapak dia pon tak gerudi sebegitu sekali ! Huhuuh ..
Memang kes naya bila masuk mulut ! Masin koooo .. Tak tau ke ? Cuba la try !
Gambar ni bukan aku amik yer …. untuk perhatian korang la noooo .. Kang tuduh kata aku tengok je keeee ?? Awat tak tolong haaa…
Kalau korang nak tolong tak ? Hurmm .. Ok , kita berfikiran positif .. mungkin dia terbabas sebab ada pasir atau minyak atas jalanraya .. Atau pun mungkin ada pemandu kereta tak bagi signal ketika masuk lorong lalu membuatkan dia terbabas .. Sian kan ?
Bila tengok kejadian ni , aku teringatkan perjalanan pulang aku kelmarin dari Dungun ke Kuala Lumpur.. Di Kerteh , ada sekumpulan budak budak motor memandu ikut suka tekak dia .. Dengan pelbagai gaya mereka menunggang motor mereka tu haaa .. Pemandu kereta terpaksa bagi mereka laluan ..
Bayangkan jika ada antara mereka terbabas dan kereta ada di belakang mereka .. Dan korang pula turut berada dalam kelompok pemandu kereta yang menyaksikan kejadian tu .. nak bantu tak si mangsa ?
Hurmmmmm … Geram pon ada kan ? Aku tau ada yang pernah berada dalam situasi ni .. huhu .. Kalau aku ? Hurmmm … Dah la mereka membahayakan nyawa mereka .. secara tak langsung , kita sendiri pon turut bahaya !
Entah laaa .. nak kesian tapi mereka sendiri tak kesiankan diri mereka sendiri.. Nak wat camana ?
Selamat dah Aidilfitri berlalu .. Pasni sibuk dengan open house sana sini .. Aku , lom bercadang nak buat open house.. Hehehe.. Asyik ada keje ja ari minggu.
Tadi , gi selongkar makanan kat dapur .. Kot la jumpa ayam Kenny Rogers ke , Kfc , beger Mcdonalds .. tapi takde .. Yang ada maggie mee dan biskut raya ..
Bila terpandang kuih ni , teringat zaman aku kecil kecil dulu .. Ini antara kuih raya wajib ada dalam rumah rumah yang aku pergi .. Sampai naik muak nak makan .. Yang selalu jadi perhatian , jenis coklat punya biskut raya .. Confirm makan sampai abis dalam balang tu !
Sekarang ni , kuih raya original inilah yang aku cari .. Huhuh.. Susah dah nak jumpa .. Kalau ada pon , jenis kuih raya yang siap dibeli. Bukan dah original tuan rumah buat .. Tak merasa laa air tangan tuan rumah ..
Yang aku punya ni , jiran blogger aku kasi .. Mat Gebu .. susah susah dia kirimkan untuk kami .. hehehe ..
Masuk satu ke dalam mulut .. dan satu lagi .. satu lagi .. akhirnya bawa tengok dpn tv ! Ternyata yg original jugak membuka selera di pagi hari dan mengembalikan nostalgia sewaktu kecil dulu .. huhu ..