Tak sampai seminggu , ada dua orang mengadu pada aku. Katanya gambar mereka digunakan untuk tujuan tertentu . Yang pertama , seorang gadis .. gambarnya diupload semula dalam Facebook dan dibuat satu akaun palsu , yang sebijik dengan original ! Apa motifnya ??? Tak takut dosa ke buat gitu ?
Yang kedua .. Gambar isterinya diupload ke dalam blog dan kemudian diaibkannya .. Hurm… Tak takut sungguh dengan balasan Allah kan ? Hurmm ..
Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad dan Abu Daud)
Henti-hentikanlah buat kerja gini. Kang takut tak sempat bertaubat atau mintak maaf .. naya nanti ..