Badan aku dah jadi gini sbb 3 bulan dah tak gi gym gara gara siku sakit. Nak buat tekan tubi 1 kali pon tak leh wooo .. Kira macam Badang dah hilang kekuatan la gitu.. hehehe .. Tapi tak la kuat cam Badang ..
Bermula semalam , aku kembali mencergaskan diri setelah mengetahui perut aku melebihi talipinggang seluar aku dah. Kalau pakai seat belt , confirm leh main ngan lemak yang terkeluar tu ketika di depan lampu isyarat merah .. hehehehe ..
Maka pagi ni , aku rancang nak jogging selepas subuh.
“ Nak gi jogging ni .. “ . Aku bagitau wife selepas mandi ..
“ Hujan la kat luar. “. Wife berkata dengan penuh kasih sayang. Aku pun melemparkan senyuman dengan penuh kemanisan. Ah , best sungguh berumahtangga ni .. Hahahaha.. cam hampeh giler ayat !
Aku pon batalkan hasrat aku berjogging. Tapi aku bersenam je kat rumah. Nasib baik la ada besi besi aku tu. Boleh la jugak keluarkan peluh atas bawah ! Hehehe ..
Selepas beberapa kali mengangkat besi , aku pon ke tingkap untuk tayangkan pada orang ramai yang lalu lalang di jalanraya , 400 meter jaraknya dari rumah aku .. Hahaha.. macam laaa diorang lalu nak tengok badan berlemak aku nehhh ..
Tetiba aku tersenyum.
“ Tak hujan pon .. Ni mesti wife risau aku gi cuci mata kat luar ni .. Maklumlah , jiran aku ni anak anak dara haaa.. Hijau belaka ! 15 orang lak tu.. Tak pe , aku memahaminya .. “ .. Aku sambung balik senaman..
Orang perempuan mmg gitu. Cemburu tapi tak nak akui . Ego lebihhhh.. Mengaku kan senang ? Aiyooo …
Esok kalau aku tak update blog tu , maknanya laptop aku dah dirampas ..