Ada beberapa orang kawan bertanya pada aku .. Camana atau apakah tips nak menjana pendapatan melalui penulisan di blog ? Hurmm.. patutkah aku berkongsi ? Abis laa aku nanti tak leh cari makan !!
Hehehe.. gurau jer.. Rezeki di mana saja .. Andai kita bagus , berdisiplin serta tak cerewet , maka tak perlu risau.. Bagus dalam cara tersendiri ! Keunikan dalam penulisan tu penting. Kalau sama je , apa bezanya kan ?
Aku tak bicarakan mengenai business , jual itu ini di blog .. Aku nak tekankan melalui penulisan yg mana itulah majoriti blogger yang wujud di Malaysia ni dan berminat nak punya pendapatan sampingan melalui penulisan.
Sebenarnya ianya mudah. Seperti yang aku buat dulu dulu , blogger jangan terlalu bergantung pada entri entri hot untuk menjana trafik beribu ribu sehari tetapi bila ada agensi pengiklan ‘datang’ melawat , blog anda cumalah sekadar blog info saja. Perlu ada entri anda sendiri !
Benar .. anda mampu menjana pendapatan melalui banner banner yang dipasang tetapi tidak teringinkah bekerjasama dengan syarikat syarikat besar seperti SONY , NOKIA , MAXIS , PETRONAS dan sebagainya ?
Terlalu banyak job job advertorial untuk anda di luar sana tapi bagaimana anda nak blog dikenali terutama oleh mereka yg punya pengaruh agar dapat mengetengahkan blog anda untuk dipilih ?
Jawapannya .. rajin rajin la komen di timeline blogger blogger yang korang selalu tengok dia buat advertorial produk dan sebagainya. Kena sabar dan tebalkan muka sedikit. Lama kelamaan , dia akan perasan dan akan berkenalan .. Dari situ barulah anda perkenalkan blog anda. Jangan gelojoh.Biar lambat asal terpikat !
Dan dalam blog anda pulak , jangan la sepahkan dengan entri entri yang mana bila ada agensi berminat , diorang masuk tengok .. hanyalah entri entri copy paste atau cedok .. Kena la buat entri sendiri yang menunjukkan anda seorang penulis berkebolehan dan patut mendapat tempat di kalangan blogger blogger senantiasa dapat job !
Ianya mudah jika anda menulis dengan hati. Jika menulis dengan nafsu , maka …. Dan pastikan entri anda ada ‘perasaan’ .. Barulah orang terpikat dan .. walaaahhh … Masa tu , baru tau masa betapa payahnya nak dapat duit dari blog ni .. heee… Nampak je mudah ..