Makan kat Restoran Kapitan .. Ahaaaa... Sedap beriani kambing dan ayam .. lalalalalala ...
Alhamdulillah .. esok lak makan ..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Makan kat Restoran Kapitan .. Ahaaaa... Sedap beriani kambing dan ayam .. lalalalalala ...
Alhamdulillah .. esok lak makan ..
Dlm perjalanan ke Pulau Pinang utk cover shooting projek Deepavali Petronas .. Utk legakan tekanan , makaaaaaaa ...
Terima kasih.. hahahahah...
Perghh.. kalau duluuuuu , aku confirm peninggggg .. Skg ? Sekati korang lerrr .. tak larat che Ben nak bebel .. hahaaha..
Aku join lg ada laaa ..
Kalau bukan kita sendiri sbg pelindung mereka , sapa lagi nak lindungi anak anak kecil ni ? Nak harapkan mereka yg dok kejar keuntungan duniawi tanpa amik endah baik buruk , jangan mimpi laa !
Ada sorg kawan cerita pada aku.. Dikisahkan di pejabatnya baru baru ni ada sorg officemate ni bawak anaknya ke pejabat atas sbb2 tertentu. Utk elakkan anak perempuannya yg berusia 8 tahun itu boring , dia pasang la citer KL Gengster dgn kuatnya..
Maka kawan yg dgr ni pon menegur la si kawan tu .. Maklumlah citer bukan citer yg sesuai ditonton kanak kanak pon tetapi dia kembali dismashnya ..
"Ni la dia.. tak sokong filem bangsa sendiri !! "..
Geleng kepala aku mendengar ceritanya.. Kot sokong pon berpada pada laaa .. Janganlah membuta tuli ! Best camana pun , pandang la jugak baik buruknya pada mereka yg disayangi ..
Hampeh gile spesis gini ! Apa yang dia pikir ? Sokong produk tempatan dengan ketepikan keluarga sendiri ?? Apa punya pemikiran la gini !!
Tolong fikirkan baik buruk sebelum malukan diri sendiri ..
Waaaa .. Daddy kena keje kerasss la pasniiii .. Adehh ibu dah bersuara nak suruh antar Qhaliff ke sini memandangkan diorang nak bukak cawangan di tempat tinggal aku ni ..
Tapi aku cam tamo je lepaskan dia skang ni.. Kesian pulak kat dia. Yelah awal awal lagi dah antar ‘sekolah’ tapi demi masa depan dia , kena la gak kan .. Sayang la.. otak sedang serap apa saja .. Jadi , kasi yang baik baik untuknya ..
Tapiiii .. menurut rakan di FB , The Little Caliphs ni terima 4-6 tahun je. Bawah tu , tak leh lagi.. Ahaaa.. boleh la aku bukak taska aku sendiri .. khas untuk bawah 4 tahun ! Antara pelajaran yang akan aku terapkan ialah , camana nak jadi blogger yang berjaya ! Perghhhh .. Confirm ramai nak punya.. Yuran pendaftaran , RM1500 pastu bulan bulan RM3000 .. Amacam ? Laku tak ??
Gilo.. nak jaga sorang pon pening .. ada hati nak jaga anak orang.. huhu .. Jaga Qhaliff dan adik dia je la nanti .. Tu pon tak tau la untung nasib aku nanti .. Apakah aku akan dibuli mereka nanti ? Tunggu saja tahun depan. Masih jauh lagi …
Baru 3 bulan usia kandungan tp masa bergerak pantas.. Tau tau dah tiba masanyaaa .. tgk Qhaliff dah la ., Rasa seperti semalam je tau mrrangkak walhal hari ni dah pandai ajak wrestling !!
Nak tgk video ni , gi ke imstagram aku.. cari 'ben_ashaari' .. Jangan tanya kenapa dan mengapa dia buat gitu .. Automatik !!
Merajuk pon dah buat gitu dah diaaa ..
Alhamdulillah .. Selesai segala masalah hari ni .. Bukan semua tapi ada la segelintir yang buat aku pening kepala .. Dan diselesaikan walaupun belum selesai sepenuhnya ..
Bila mood tak bagus , bagi la apa makanan sekali pun , pasti terasa tidak enak. Begitu juga mee rebus yang aku makan di Killiney Kopitiam ni .. Nampak hebat dalam gambar tapi bila makan , tawar benar !
Apakah tawar dan tak sedap ? Sebenarnya , sedap je pon cuma aku je yang mood ke laut . Fikiran entah ke mana .. nafsu makan pon takde . Makan sekadar untuk kenyang .. Hurmm .. Hasilnya , mmg perut kenyang tapi rasa tiada ..
Mood begini , jangan buat review makanan ! Kesian tokey kedai .. hehehe. Dan kesian gak kat staff situ. Tak tinggal tips untuk diorang walaupun cemerlang buat kerja.. heee… sori ya paakk ..
Pasni nak buat style ibu je laa .. Muka daddy takyah letak dah dlm blog atau mana mana pon .. Merajuk daahhh..
Aahhhh..tak kiraaaaa...
Ni la jadinya bila g gym dlm keadaan tak bersedia ..Dgn seluar jeans , baju selekeh , mood takde .. Hasilnya , peluh setitik dua dan penat je dpt .
Padahal boleh dapat duit !! Memula aku tak tau semua ni tetapi setelah bertahun dalam bidang ni , baru aku tau .. apa yang kita tulis itu patut dibayar !
Bayangkan yer , nak buat blog mmg senang gile laa.. Sapa sapa boleh ! Tapi nak cerita apa ? Kalau dah mula bercerita , ada ke orang nak baca ? Ler .. satu hal pulak tu kan ?
Maka mulalah promosikan blog. Gi laaa promote dalam page sana sini , kat kengkawan .. kena kutuk , kena perli.. kena sindir ! Semangat jatuh , pastu bangkit semula setelah dapat sokongan kawan kawan lain.. Dan kembali promote blog tu di mana mana saja laman sosial !
Bila dah ada trafik atau pembaca , maka ada la yang mula berminat dengan blog kita tu.. Dan mula mintak tolong promotekan produk ,bisnis atau panggil ke majlis majlis tertentu ..
Satu soalan .. Apakah segala usaha untuk menaikkan blog tu , tak perlu dibayar ? Atau memadaikah dengan sekadar diberi makan , penginapan dan hiburan lalu diminta buat kerja walhal blogger juga patut dibayar ! Yerlah , anda perlukan idea , kreativiti , serta usaha untuk menulis dengan baik dalam blog ! Maklumlah , pasti mereka akan pesan tulis yang baik baik je .. kan ?
Hurm.. melainkan , anda buat blog hari ni , esok plan nak tutup dah atau anda ada kerja tetap dan berblog sekadar suka suka .. maka tu tak leh nak kata apa dah ..
Satu soalan buat mereka yang suka amik blogger tanpa bayaran ni .. Apakah tujuan anda itu tercapai ? Dan blogger , apakah memadai dgn sekadar glamer saja ? Sampai bila ? Bila ‘mereka’ tahu blogger sanggup buat keje secara percuma , maka blogger tiada lagi harga dan akhirnya … ramai blogger berbakat akan terkubur ..
Aku ? Selagi ada internet , selagi itu aku akan berjuang. Kerana aku tau kemampuan aku ..
Ada beberapa orang kawan bertanya pada aku .. Camana atau apakah tips nak menjana pendapatan melalui penulisan di blog ? Hurmm.. patutkah aku berkongsi ? Abis laa aku nanti tak leh cari makan !!
Hehehe.. gurau jer.. Rezeki di mana saja .. Andai kita bagus , berdisiplin serta tak cerewet , maka tak perlu risau.. Bagus dalam cara tersendiri ! Keunikan dalam penulisan tu penting. Kalau sama je , apa bezanya kan ?
Aku tak bicarakan mengenai business , jual itu ini di blog .. Aku nak tekankan melalui penulisan yg mana itulah majoriti blogger yang wujud di Malaysia ni dan berminat nak punya pendapatan sampingan melalui penulisan.
Sebenarnya ianya mudah. Seperti yang aku buat dulu dulu , blogger jangan terlalu bergantung pada entri entri hot untuk menjana trafik beribu ribu sehari tetapi bila ada agensi pengiklan ‘datang’ melawat , blog anda cumalah sekadar blog info saja. Perlu ada entri anda sendiri !
Benar .. anda mampu menjana pendapatan melalui banner banner yang dipasang tetapi tidak teringinkah bekerjasama dengan syarikat syarikat besar seperti SONY , NOKIA , MAXIS , PETRONAS dan sebagainya ?
Terlalu banyak job job advertorial untuk anda di luar sana tapi bagaimana anda nak blog dikenali terutama oleh mereka yg punya pengaruh agar dapat mengetengahkan blog anda untuk dipilih ?
Jawapannya .. rajin rajin la komen di timeline blogger blogger yang korang selalu tengok dia buat advertorial produk dan sebagainya. Kena sabar dan tebalkan muka sedikit. Lama kelamaan , dia akan perasan dan akan berkenalan .. Dari situ barulah anda perkenalkan blog anda. Jangan gelojoh.Biar lambat asal terpikat !
Dan dalam blog anda pulak , jangan la sepahkan dengan entri entri yang mana bila ada agensi berminat , diorang masuk tengok .. hanyalah entri entri copy paste atau cedok .. Kena la buat entri sendiri yang menunjukkan anda seorang penulis berkebolehan dan patut mendapat tempat di kalangan blogger blogger senantiasa dapat job !
Ianya mudah jika anda menulis dengan hati. Jika menulis dengan nafsu , maka …. Dan pastikan entri anda ada ‘perasaan’ .. Barulah orang terpikat dan .. walaaahhh … Masa tu , baru tau masa betapa payahnya nak dapat duit dari blog ni .. heee… Nampak je mudah ..
Tepat 2 pagi ! Time ni la yang aku tunggu tunggu setelah seharian aku menunggunya ! Apa nak buat , dah begitu caranya . Nak tak nak , kena ikut je la..
Aku pasang satu demi satu .. Semua tak menarik .. Dan terpandang sesuatu yang menarik minat aku .. Artis yang pernah aku suka lagunya .. Arwah dah.. Al-Fatihah .. Videonya aku pasang .. Sereeemm koooo ..
Tak sempat abis , aku hentikan dan layan video lain. Layan kuliah agama lagi bagus. Dalam sedap sedap layan , mata ni semakin layu. Biasalah , syaitan ! Bab kebaikan terus layu.. Yang tak elok , segar la pulak .. Haishhh ..
Aku masuk bilik .. Tidur sebelah Qhaliff.. Tiba-tiba Qhaliff letakkan kakinya di atas kaki aku ! Amboiiii .. Lawan bos nampak ??? Hurmm.. biar je la.. kang angkat , jaga pulak dia.. Tak pasal pasal kena layan dia .. aku jadi raksasa dan dia , Ultraman.. boleh ?
Dalam sedap sedap tidur , aku terasa sesuatu yang pelik .. Aku seolah sedang bertempur dengan jembalang ! Makin lama makin hebat ! Akhirnya , aku laungkan azan sekuat hati !
Dan ….
“ Abanggg… bangunlaaahhh .. Lama dah azan subuh !! Iskh.. Tengok tuu.. Qhaliff dok tengok ! “ ..
Aku tersedar .. Terus naik ke bilik atas .. Amik wuduk dan solat subuh. Malu dehhh … Qhaliff tengok je bapak dia ngingau !
Sian dia .. Tidur lagi dia . Pagi tadi , dia tidur jam 10 lebih hingga 11 lebih.. Pastu bawak dia g main air dalam bilik air .. Saja senaman sedikit dan ransang otak dia tu .. Tak la beku je..
Dari hari Isnin hinggalah hari Jumaat , tugas beginilah. Membesarkan anak dan menjaganya. Berusaha mendidik agar jadi manusia berakal dan berguna. Aku tak harapkan dia jadi genius atau bijak pandai .. Memadai dia tau gunakan akalnya ke arah kebaikan dan diredhai Allah ..
Bila dia dah tidur , barulah aku boleh bergerak sedikit. Kalau tak , kena ikut dia je. Kena perhatikan apa dia nak buat. Maklumlah , kalau boleh Livina kat luar tu pun dia nak try telan !
Ngantuk sangat tapi tak leh nak lelapkan mata sbb ada banyak kerja nak diuruskan. Walaupun wife balik kul 5 lebih , tak bermakna tugasan aku tamat ! Aku tetap kena buat kerja kerja terutama jaga Qhaliff sbb wife pregnant .. Tak leh wat keje berat sangat .. Masa untuk bersiar siar kat luar ..
Namun begitu , kepala aku tetap ligat untuk cari idea bagi update blog. Sapa kata dah popular , senang ?? Perghh.. makin susah ada la.. Nak bersaing dengan rakan rakan yg baru naik apatah lagi mereka lebih fresh idea dan penceritaannya. Haa.. Kalau malas , maka .. aku kena keje makan gaji laa jwbnya ..
Lena dia tidur .. Aku nak amik gambar dia pon rasa malas sbb aku mengantuk sangatt.. Tidur jam 3 pagi.. baru jam 6 pagi .. Pastu , kul 3 pagi baru tidur ! Boleh krem otak wooo ..
Nasib baik sabtu ni aku outstation .. lega skit .. tapi confirm akan rindukan Qhaliff !! Hurmmm..
Aku tengok dia dah mula meniru … Bermakna dia dah mula nak belajar .. Maka , bermula hari ini , aku cabut wayar penyambung Astro ke tv dan sambung ke video player ..
Pasang vcd Alif Ba Ta dan ABC berulang kali .. Nak tgk apa dia nak buat .. Hurm… Dia tengok dan mula ikut skit skit .
Pastu makan time pulak .. Aku duduk atas kerusi meja makan .. Tiba-tiba dia gi tarik salah satu kerusi yang diperbuat dari kayu keras dan berat ! Dia tarik sampai berada di sebelah aku lalu dia panjat .. Dia nak makan sekali dengan aku .. tapi aku suap laa ! Maka, sebungkus nasi lemak kongsi duaa !!!
Abis kat dia , sebungkus !! huhu… Bersungguh dia makan sampai nak gi air dia pun siap pandang aku .. takut aku abiskan nasi lemak tu ! Berat laa skang.. berebut makan aihh ..