Ahaa… Aku tertanya tanya , apa itu LTE ?? LTE ialah singkatan dari Long Term Evolution yang juga dikenali dengan 4G LTE .. Ok, nak tau lebih lanjut , boleh google dan pasti akan jumpa mengenainya.
Seperti kita tau MAXIS yang pertama yang lancarkan 4G LTE di Malaysia dan kini , MAXIS telah menawarkan 4G LTE Mobile Wifi di Malaysia ! Sesuatu yang telah lama ditunggu !
Dan , PERCUMA 4G LTE Mobile Wifi modem dengan plan RM88/bulan dan ke atas ! Ok , ada yang tak tau ..berapa lajukah 4G LTE ni ? Perbandingan antara 3G dan 4G ..
Amacam ? Tertarik ? Hehehe .. Buat mereka yang macam aku , yang mana senantiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat dan menggunakan internet 24 jam tanpa henti serta gemar mendownload , maka dengan LTE Mobile Wifi modem ini amatlah bersesuaian dengan anda apatah lagi jika dikongsikan pada masa sama sehingga 10 orang pun (guna laptop , tablet , handphone dan sebagainya ) , masih terasa kelancarannya !
Bagaimana jika berada di kawasan bukan liputan 4G LTE pulak ? Jangan risau.. anda masih boleh gunakan dengan liputan 3G ! Berbaloi la kan ?
Ok .. inilah rupa Mobile Wifi yang diceritakan. Mampu bertahan hingga 10 jam baterinya .
Berminat ? Jika anda ingin melanggannya buat pertama kali anda perlu bayar RM100 untuk cas pengaktifan dan RM240 advance payment, yg mana akan dipulangkan dalam bentuk rebate sebanyak RM20/sebulan selama 12 bulan dan kontraknya cumalah 12 bulan sahaja. Pejam celik pejam celik , selesai.
Jika anda pelanggan sedia ada yang mana dah melebihi 6 bulan , anda juga boleh memiliki modem ini tapi perlulah membayar advance sebanyak RM340 ( akan dipotong melalui rebate sebanyak RM20/ sebulan , selama 12 bulan ) dan kontrak juga diperbaharui selama 12 bulan.
Jika tidak berminat dengan modem ini , anda juga perlu memilih modem yang tersedia bersama plan plan yang disenaraikan di Maxis. Untuk keterangan lebih lanjut , sila ke MAXIS 4G LTE MiFi .