Dulu , aku tak memahami dan takde sapa nak bg aku faham. Aku mudah merajuk dan merungut bila tak dapat itu ini.
Mak aku , gemar masak kari kerana bapak aku suka makan kari ikan. Aku merungut. Hari hari makan kari .. Bapak aku jawab mudah jer.. Makan apa yg dimasak ..
“ Hangpa ingat senang ka nak cari duit . Ni dapat makan ikan pon patut bersyukur. Orang lain tu , lom tentu dapat mkn ikan.. “.
Aku tak faham hinggalah aku menganggur bertahun lamanya..
Kini setelah aku berkeluarga , baru aku memahami. Mak ayah kita berusaha memberikan yang terbaik buat anak anak hingga keselesaan diri sendiri , terabai.. Asal anak senang , dah ..
Kelmarin , Qhaliff demam .. Aku berdoa pada Allah agar demamnya dipindahkan kepada aku . Kesian tengok dia demam .. Dan esoknya , aku demam dan dia kebah dah .. huhu.. Alhamdulillah ..