Semalam wife gi check up di klinik kesihatan Putrajaya. Dia bagitau aku .. yang urinya rendah dan darah rendah. Hari ni kena gi spital untuk buat appointment..
Hurmmm .. Gi spital Putrajaya tadi .. Bawak Qhaliff sekali. Risau lak nak biar dia drive sorang sorang. Takut kepenatan.. Maka usung je apa yang ada gi..
Hurmm.. Dah dapat tarikh.. Minggu depan .. Doktor suruh makan banyak buah-buahan dan jangan buat banyak kerja berat .. Ni aku kata banyak kali dah ..
Kalau dia tak jaga , pasni mungkin boleh kena tahan duduk wad .. Kalau duduk wad ? Aku ada tanya dia .. Hehehe.. saja je la nak borak ..
"Bang , kalau kena tahan wad cmna ? ".
"Hurm..Seminggu sekali , abg gi la lawat ngan Qhaliff .. Hujung minggu...ok ?". Jawab aku pada wife.
"Huh.. Nak hari hari datang.". Balas wife.
"Amboi..Ni nak suh dtg selalu , bukan nak tgk abg pon .. Nak tgk Qhaliff je kaannn... ". Kata aku sambil memandu..
Diam.. 5 minit berlalu..
" Perrgghhh.. Tak nafikan tuuuu.. Gitulaahhh .. Dah dapat madu ,sepah ditinggalkan.. ". Aku bg sedas..
Dia ketawa jer..
Hurmm.. Aku tak kisah pon.. Memang dia patut rindukan anak dari suaminya . Dia rapat dengan anaknya sejak sehari dalam perut berbanding aku .. Kan ?
Cemburu ? Gile ke apa ..