Walaupun Nokia Lumia 1520 ni dah diberikan pada wife , tapi dlm ‘kontrak perjanjian’ masih tertera nama aku .. Bermakna aku kena guna KU juga pada tajuk entri ni ..
Apa citer ??? Gini .. Pagi tadi.. selepas subuh .. Wife bagitau aku dengan lembut jer ..
“Bang , hp masuk air .. “.
Aku angguk dan sambung tidur… Bangun dari tidur , wife bagitau sekali lagi dan kali ni aku tergamam dan nak tukar jadi hulk .. Tapi selepas dia terangkan apa yang berlaku , aku akur dan maafkan dia ..
Katanya kejadian berlaku ketika dia nak check suhu badan Qhaliff awal pagi tadi .. Yelah , dia pegang badan Qhaliff panas jer.. Selepas check tu , dia letak hp tu sebelah dia .. Tak dia perasan hp tu terjatuh setengah badannya ke dalam bekas berisi air yang digunakan untuk lap badan Qhaliff .. Sehingga pagi tadi dia perasan ..
Nak marah ? Dia dah tolong tengokkan Qhaliff pon dah cukup bagus memandangkan aku dah tak sedar apa sbb terlalu penat dan tidur lewat sbb nak siapkan advertorial.
Bila dah jadi gitu , malas dah nak marah marah.. Cari alternatif.. Antaranya beli baru , antar repair atau guna cara tradisional… Beli baru ? Dia tak nak .. Antar repair ? Ok je.. tapi guna cara tradisional dulu yakni letak dalam beras … Kasi kering .. Bukan sejam dua tapi berhari hari gak laa..
Berjayakah ? Entah laa.. Esok gi antar repair.. Senang citer.. Malas nak tunggu.. Nanti nak call pun susah .. huhu ..