Bukak pintu selepas bersiap nak gi antar wife ke pejabat... Terasa nyaman sbb malam tadi hujan lebat .. Alhamdulillah..
Memandu ke Putrajaya dgn tingkap kereta dibuka.. Kononnya nak hargai udara selepas hujan .. Segarnya ! Tutup tingkap sbb nak pasang aircond memandangkan kereta dah mula banyak. Masuk area Putrajaya kelihatan macam di Cameron Highland.. Wowwww.. kabus selepas hujan ??
Aku bukak tingkap.. Sekaliii .. Tersumbat terus nafas aku !! Belum reda rupanya jerebu di Putrajaya..
Sampai di Cheras .. Panas semacam jer.. Aku plan nak gi gym tapi batalkan sbb mood ke laut.. hehehe .. Nak rehat je sambil jaga Qhaliff..
Dalam kul 3 petang gitu .. Aku ke belakang rumah orang tua aku..
Mendungnyaaa .. Layan kamera jej la jawabnya ..
Tengah sedap melayan.. Zassss.. angin kencang !! Terus masuk rumah.. Tunggu hujan reda untuk pusingan ke dua bergambar .. hehehe.. Saja nak test kamera baru ni..
Sementara tunggu hujan reda .. Aku didera oleh ‘diorang’ ni ..
Hurmm.. lega dah hujan berenti.. Boleh keluar menikmati udara nyaman.. Harapnya esok hujan lagi , dan lagi .. heeee…
Hurm.. esok nak gi cari lokasi lain la pulak .. hehehehe ..