Dia nak aku dukung dia .. Pastu bawak dia ke mesin ATM dan dia nak tekan tekan sampai lebam ! Walhal sebelum tu aku dah buat pon gitu tapi dia tak puas !! Huhu..
Daddy penat wooo .. penat minda dan fizikal ! Banyak perkara mau fikir.. huhu..
Setiap pagi , confirm pening nak suap dia makan .. Bukan dia tak nak makan tapi memilih makan dah .. Nasi , mmg susah dah nak masuk.. Tapi bihun singapore , dia nak lak .. Kuih , ada yang dia makan.. Roti , mmg feveret dia.. tapi dia cari yang bahagian berkrim jer .. Huhuh.. selebihnya , dia ‘sudi’ berkongsi dengan aku .. Kiranya , aku tolong abiskan la roti dia tuuuu ..
Hurmmm.. Air putih , kerap la minum … Tapi kalau nampak air milo kotak kecik tu , dia akan berusaha dapatkan .. Hurmm..
Susu ? Tak kisah sangat dia .. Pening mak dia nak masak apa kat dia .. hurm.. Aku ? Aku lagi la pening .. dah aku yang berkepit ngan dia ..
Sambal Hitam Pahang ni berasal daripada daerah Pahang Barat (Raub, Kuala Lipis dan Jerantut). Sambal Hitam ini diperbuat daripada campuran bawang, ikan bilis, cili padi dan belimbing buluh yang telah direbus. Rasa sambal hitam ni masam2 pedas.
Sambal hitam ni sangat sesuai dihidangkan bersama roti, lempeng, pulut, nasi impit atau nasi putih panas-panas. Boleh dijadikan sebagai tambahan lauk atau pelengkap lauk lain.
Untuk tempahan , perkhidmatan Cash On Delivery (COD) bagi kawasan Putrajaya, Bangi, Serdang dan Puchong utk tempahan melebihi 500g.
Maklumat harga dijual mengikut harga berikut :
Utk maklumat lanjut boleh WhatsApp / WeChat ke nombor 0173981227 / 0199676637 (nurul) atau emelkan ke nadiera.enterprise@yahoo.com .
Cepat .. nanti dah ramai order , berminggu baru dapat … huhu …
Jangan usik barang barang dia .. Dia akan kejar dan rampas balik terutama tablet dia .. Ngan aku tak de la dia wat gitu tapi dengan sepupu sepupu dia !
Perghhh.. aku tak sangka la gitu cengih dia skang .. Perangai sapa laaa dia ikut ni ..
Gaya gaya nak jadi abang tu , ada dah .. Tunggu masa je ni .. Ada gak aku train dia buat kerja. Gi buang sampah dalam tong sampah ..Tutup pintu .. Bukak pintu.. Teror dah ni..
Skang ni , renungan aku yang tajam pon dia dah tau aku ‘marah’ dia.. Confirm berlari menyelamatkan diri dia dari dimarah. Kesian tu , mmg kesian tapi aku tak nak manjakan dia sangat.. Nanti kesian kat dia jer bila dah besar. Nak berpisah pon susah .. hurmm..
Aku suka gi Umai Cafe di Presint berapa tah .. Tak ingat dan malas nak ingat .. Aku suka gi sebab lokasi cafe tu dekat tasik dan aku leh amik gambar matahari terbenam bila tiba masanya .. Hurmm..
Aku sekeluarga di sana dalam jam 5 lebih.. Hampir kul 6 petang.. Wife masuk dulu. Aku dukung Qhaliff … merayau kat luar dulu sementara nak dapat tempat. Dia lak , mood nak menyuruh orang dukung dia jer .. Huhu..
Hurm… Aku perhati dari jauh.. Lama gak wife aku berdiri di dalam tu mencari tempat duduk.. Aku pon masuk la tengok gak.. Aku pandang satu satu tempat ..
Hurmm.. Banyak yang dah selesai makan tapi dok melepak lagi.. Takde la pulak yang teringin nak segerakan ‘lepakkan’ mereka setelah melihat orang tercari cari tempat nak duduk dan makan.
Aku dukung Qhaliff .. Wife sarat mengandung ! Takde yang prihatin ke ??? Takde weh ! Lagi wat dek ada laaa .. Astagfirullah al’azim… Iskh iskh iskhh…
Sedih siott !! Pekerja Umai ? Ada ke nak tanya kat wife yang tercari cari tempat ? Sekurangnya tanya la .. Nak disuruh duduk luar yang masih panas membahang dan ada yang merokok tu ? Iskhhh..
Aku ajak wife pergi dari situ.. Wife ajak pergi Padi House yang terletak di Galeri , Presint 5.
Aku suka gi sini. Walaupun harganya agak mahal skit dari Umai tu tapi bagi aku , ianya berbaloi. Kat sini walaupun takde tasik tapi suasananya tenang ..
Makanannya ?
Menepati selera tekak aku. Ini bukan kali pertama aku ke sini. Dah berkali la gak gi sini selepas jemput wife .. Belah petang , mmg tak ramai orang. Nak dating pon , takde nak kalut sangat. Parking kereta pon mudah jer.. Nak berbayar atau free? Dah disediakan. Jangan mengada parking tepi jalan tu !!
Hurmm.. bawak bawak la berubah perangai tu .. Jangan bila kena kat diri sendiri , baru tau nak marah atau terasa ..
Terbakar jiwa raga aku memandu di waktu kemuncak .. Aku boleh cepat tua dari usia sebenar kalau begini. Sewaktu aku guna pengangkutan awam dulu , aku rasa aku muda senantiasa .. Walaupun terpaksa berdiri , aku tak kisah..
Sejak memandu ni laaa aku jadi mudah stress.. Stress benar dengan sikap pemandu yang terlalu mementingkan diri sendiri ! Apa dia ingat dia je ada keluarga ? Apa dia ingat bos dia je reti nak marah ? Apa dia ingat , dia je nak tercirit ?????
Dua sikap ni , mmg kerap jumpa di jalan raya. Yang paling kerap , berat sungguh nak bagi ‘signal’ bila nak masuk laluan orang atau nak masuk lorong ! Memang benar la kita kena berada jauh dari kereta depan tapi kalau kena yang dok leka atau dah kepenatan .. tak ke terkejut beruk bila tetiba ada pemandu main celah atau main masuk je depan dia tanpa bagi sebarang tanda isyarat ??? Kang berdentum , dah satu masalah ! Elok elok boleh balik awal , tak pasal pasal tengah malam baru sampai rumah !
Satu lagi perangai yang semakin kerap jumpa ialah .. Dia nak masuk laluan kita , dia bagi signal pastu terus masuk ! Ehhhh .. Dia ingat jarak kereta tu sebatu ? Atau paling tidak pun , sebuah kereta la jaraknya.. Ni tidakkkk.. betul betul depan kita ! Dia nak celah tu sbb nak lari dari laluan dia yang sedang jammed tu ! Boleh tak sabar ???
Geram aihhh.. Tak pasal pasal muka aku tambah kedut setahun punya usia dah ! Kan dah kelihatan seperti usia 22 tahun.. Haihh.. Elok elok orang dok puji kata macam 20 tahun skang ni.. Hurmm..
Tolong la yer.. tolonggg laa.. tolong memandu seperti nak hidup hingga 30 tahun lagi .. Jangan memandu seolah olah nak ajak mati beramai ramai ! Iskh…
Dalam kepala aku , dok berputar ligat dok ‘recall’ kali terakhir kedudukan cermin mata tu. Dah puas cari kat rumah. Dalam kereta , abis aku selongkar ! Aku keluarkan car seat .. Keluarkan gear box .. Bawah turun enjin kereta ! Cabut pintu kereta kot kot terselit kat bawah pintu ! Pon takde !! Huh .. Ok , part kereta tu .. aku tokok tambah kasi sedap skit cerita .. hehe..
Akhirnya , aku buat keputusan. Aku call wife , ajak dia gi Alamanda petang ni. Nak gi buat cermin mata baru. Busuk busuk , confirm akan terbang RM1K++ ! Hurm.. redha je la.. Baru plan nak bawak famili gi bercuti ke Cameron Highlands.
Aku buat siasatan terakhir sebelum gi Alamanda. Aku kembali ke gym.. Tanya khabar kot kot ada tercicir kat situ.. Enggak ada dong.. Masih tidak ketemu.. huhu ..
Aku ke kedai gunting rambut. Walaupun tadi aku dah gi bertanya tapi hati aku masih berat mengatakan yang aku pasti tercicir kat situ..
Dan ..
Alhamdulillah… Leganyaaa hati aku ni !! Selamat duittt .. hehehe .. Walaupun aku mmg akan kena tukar gak spek tapi bukan dalam masa terdekat sbb aku perlu sediakan duit utk kelahiran anak kedua.. huhu ..
Aku masuk ke kedai gunting rambut tadi.. Mereka yang bekerja dalam tu , memandang aku..
“ Bangg… tu awak punya cermin mataa.. Tadi saya sapu lantai , nampak itu cermin mata.. “. Kata si tukang gunting yang gunting rambut aku .. Tadi dia gak yang kata takde .. Huhuhu..
Nasib baik aku baik ngan diorang. Kalau aku jenis banyak songeh , rasanya mesti cermin mata tu ‘ghaib’ dari radar punya !! Huhuhuh…
Antara kenangan terakhir cermin mata aku bersama aku sblm dilaporkan hilang hari ini ! Hilang tanpa dpt dikesan sama sekali !!
Kali terakhir aku memakainya , aku ke gym tadi .. Pastu masa naik kereta , aku memandu ke kedai gunting rambut untuk mengkacakkan lagi rupa aku … Lepas tu , aku kembali ke kereta , aku dapati permandangan aku terlalu jelas dan nyata seperti Superman. Aku tak nak kantoi yang aku ada kaitan dengan Superman.. Aku kembali ke kedai gunting rambut tersebut lalu bertanya khabar mengenai cermin mata aku tu.. Orang tu kata takde .. Iskhh.. Biar betik rambutan durian dan juga mangga ni !! Hilang gitu jer ?
Perlukah aku meminta bantuan Raja Bomoh ? Iskh.. Jangan.. Aku akan ditampar juga seperti buaya nanti ! Hurmmm ..
Ahaaa.. inilah peluang yg ditunggu tunggu.. Cermin mata tu dah berusia lebih 2 tahun. Segala jenis kulat dah ada kat bingkai tu. Dah tiba masanya untuk menukar yang baru dan lebih elegan.
Apakah aku akan kelihatan lebih kacak dari Clark Kent selepas ini ? Hehehe.. Er , ada kedai cermin mata nak sponsor tak ? Hahahaha… Ada jugak yang komen marah aku nanti..
“ Asyik nak sponsorrrr jer !! “ .
Eh , mesti laaaa .. Win win apaa ! Bukan sponsor nganga ok !
Aku pasti korang ‘ulat buku’ kan ? Kalau tak , takkan korang rajin nak baca blog ni kan ??? Kannnn .. Haaaa .. Tau dah ! Tahniah ..
Ok .. bagi yang ada kelapangan dan tercari cari buku mahupun yang baru dapat Bantuan Buku 1 Malaysia baru baru ni , bolehlah menyerbu PICC , Putrajaya bermula 19 Mac hingga 23 Mac 2014 ni ..
Kalau tak pergi , rugi ! Sebab ini merupakan kali pertama ianya dianjurkan dan pastinya ada sesuatu keunikan yang akan ada di sana nanti ..
Aku , esok nak gi.. Hehehe .. Nak cari buku untuk Qhaliff dan juga beberapa buah buku yang dah lama aku nak beli. Apakah harganya berbeza dari dijual di kedai buku ? Hehehe.. Jommmm gi usha !
Maklumat lanjut mengenai Putrajaya International Book Fair 2014 ni boleh didapati di SINI atau baca je kat bawah ni.. heheeh..
Hurmm .. Banyak tidur dia di rumah mak aku semalam.. Berehat gitu… hehehe .. Nanti dah balik rumah , banyak main ..
Petang .. dah siap siap nak balik tetiba dia meneran.. Teran punya teran.. tak keluar.. Dia mula la meraung.. Siannya ..
Tapi aku ketika tu dah mmg tengah stress.. hurmm…Dengan jam pon dah nak cecah jam 5 petang. Risau jalan jammed. Bila jalan jammed , aku paling benci ialah orang yang mencelah celah.. Macam dia je nak balik rumah !
Tak pasal pasal kena marah .. Saja gak marah dia kasi menangis .. Sbb nanti dalam kereta , dia terus tidur.. Tapi kesian la.. hurmmm ..
Akhirnya , keluar sejemput. ‘ Kepala’ .. Terus lega dia .. Aku gi basuh .. Pastu baru dia tenang.. Dan seperti dalam jangkaan aku , tak sampai 5 minit dalam kereta , dia lena..
Sememangnya jalan jammed tapi aku memandu dengan tenang sbb Qhaliff tidur .. Kalau dia tak tidur , dia boleh bikin tsunami dalam kereta sbb boring ! Jalan jammed kan ? Nak tunggu sampai ke Putrajaya tu , bukan sekejap .. Hurmm.. Nasib jammed tak teruk dan aku ikut MEX .. Jalan clear la kat situ .. hurmm..
Sian Qhaliff.. Dia pon makin lasak. Pening aku dibuatnya ..
Yang belah kiri , tak ditapis.. Dan belah kanan tu.. ditapis dengan penapis air ‘tuttttt’ .. Takde pengiklanan percuma di sini yer ! Hahahahha ..
Tapi serius ni .. Sila tapis bekalan air anda jika nak guna sbg minuman harian .. Hurm…
Aku tak paham kenapa la penapis air pon nak di MLM kan ? Hish…
Aku kena jaga 4 budak dalam satu masa. Termasuk Qhaliff ! Aku rasa macam mengidap semula tekanan darah tinggi ! Stress gila aku cakap koooo !
Yang sorang berak , main air ! Yang sorang makan , sambil buang makanan ! Yang lagi dua dok belajar berwuduk dalam bilik air yang sama ! Huk alohhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!
Bila aku mengamuk , muka memasing tenang jer seolah olah amukan aku tu umpama lalat di telinga mereka ! Ya Allah , berilah aku ketenangan !! Aku amat memerlukannya ..
Aku hanya perlu tunggu hingga jam 2 petang sbb parents diorang balik rumah dan mak aku juga akan balik .. Memasing keje sendiri. Jadi dalam jam 12 tengahari ke atas tu , aku kena jaga mereka hingga jam 2 petang.. 2 jam yang menyiksa aku weh !
Tu belum Qhaliff naik hantu ! Tapi dia terlupa , bapak dia naik hantu .. mmg abis semua ! Dan mmg abis semua kena tempikan aku ! Terus duduk diam diorang !!
Tapi untuk 5 minit jer . Pastu buat lagi !! Ya Allahhhhhhh .. tolonglaahhh .. Aku rasa macam nak MC je 10 hari ! Baru jaga diorang beberapa jam je pon .. Huhuh..
3 hari kalau berterusan gini , serius .. aku pasti dimasukkan ke ICU !
TERIMA KASIH ! Ada rakan bagitau yang tiada tindakan dari mereka walaupun laporan atau aduan telah dibuat ! Pastikan ada bukti bila nak buat aduan atau laporan. Kalau main cakap mulut jer , letih la kan ?
Bil utk bulan lepas yang berjumlah ‘luar biasa’ . Setelah aduan dibuat disertakan bukti maka , tindakan pantas dari TNB Cawangan Sepang membuat penilaian semula dan dapatlah bil yang telah diperbaharui nilai yg perlu dibayar.
Ok la tuu.. Dari hampir RM600 , dapat kurang beberapa ratus .. dah kira ok dah .. kan kan ? Yelah , bulan lepas kan panas sangat.. Mungkin penggunaan tenaga melampaui dari bulan sebelumnya..
Kes ditutup !
Dah join ke ? Iskhhh .. rugi laa tak join.. Kan ada banyak gambar bersama anak anak tersayang tu ! Pilih yang mana rasa sesuai ( walaupun semuanya sesuai ) , dan masukkan ke dalam kategori yang telah disediakan khas ..
Hadiah ? Haaaa .. untuk mengetahui hadiah hadiah yang telah disediakan oleh Philip Avent Malaysia , korang leh tengok di entri aku terdahulu iaitu Pertandingan ‘Philips AVENT Mummy’s Wishing Wall ‘ ni ! Haa.. Baca betui betui dan ikut je arahannya ! Mudah je …
Aku bercadang nak masukkan gambar ni lak dalam kategori yang disediakan kejap lagi .. hehehe .. Mana tau la kan .. ada rezeki , dapat la.. Takde rezeki , tak rugi apa pon .. kan kan ?
Jangan persiakan peluang ni .. Tak perlu beli apa apa produk pon.. Hantar je gambar yang dirasakan sesuai dan tulis beberapa patah perkataan mengenainya.. Senang sangat laaa ..
Semoga berjaya ! Dan jangan lupa undi gambar aku yer .. hehehe …