Wowwwww… Apakah blog aku ‘hot’ kerana Qhaliff ? Hehehehe .. Apakah ?? Huh .. Cemburukah aku ??
Giler !
Takkan la dengan anak nak cemburu ? Apatah lagi , nak bercakap pon tak reti lagi .. Iskhh.. Lagi pon , kecomelannya tak bermakna tanpa ‘cerita’ dari aku.. Orang nak bercerita mengenai sesuatu pon kena pandai tauuu .. Bukan senang nak bercerita bagi mendapatkan reaksi pembaca .. Sengih , ketawa , sedih , geram .. haaa ..
Aku sebenarnya rindu nak update pasal isu semasa .. Hehehe .. Tapi disebabkan gaya aku berblog adalah berkenaan dengan apa yang berlaku di sekeliling aku , aku tak leh la nak main update untuk dapatkan trafik ! Yelah , aku tak ikuti perkembangan semasa , camana aku nak update kan ? Dah dok asyik bergaduh ngan Qhaliff jer .. Haaa ..
Nak baca suratkhabar pon tak sempat sebenarnya.. Kalau gi umah orang tua aku , baru la berkesempatan belek sana sini .. Rupanya , macam macam kes ada .. Huhuh..
Tapi , aku update gak pasal Qhaliff ! Hahahaha .. Yelah , bila aku tak update ..
“ Abg Ben , takde cerita pasal Qhaliff ke ? Kami rindu la nak baca pasal dia .. “ .
Huk alohhhh.. Berapi okkk !! Berapii nihhh !! Berapi ke ? Takde la .. Aku nak cerita camana kalau dah takde cerita .. Kang lebih lebih , ada pulak pembaca meluat walaupun ni blog aku .. kan ?
Tak lama lagi , perjalanan blog ni .. berubah .. Tak lama lagi.. InshaAllah .. Aku tengah dok pening kepala mana nak tanam uri je ni.. Kalau area rumah aku ni , penuh anjing . Haaaa .. Bahaya ..
Oh ya.. Jangan risau la.. aku tak pernah rasa tergugat pon . Bak kata orang , pelakon yg hebat , takkan hebat tanpa penulis skrip yang hebat ! Haaaa .. kan kan ?
Sapa kata ? aku la kata .. hehehe …