Internet mahal ? Ala .. cari sim 1MALAYSIA jee.. Unlimited wooo.. Sebulan baru RM25 jer ! Haaa . Banyak kelebihan .. Cam bila guna WAZE .. tak yah risau pasal bandwith.. haaaa.. Senang wooo..
Kenapa kena guna ? Gini.. Setiap pagi kan , aku nak ke Cheras dari Putrajaya .. aku akan pasang WAZE .. Bila laluan yang aku nak lalu tu jammed , dia akan bagitau .. Jadi dengan pantas kita boleh tukar ke laluan lain dengan pantas !
Lagi ? Bila ada polis , baikpulih jalanraya , dia akan bagitau awal awal.. Bila ada kemalangan , dia akan bagitau.. Secara automatik , kita akan berhati hati ..
Macam ni .. Sedang aku memandu di lorong tengah , tiba tiba WAZE bagitau ..
“ Ben , ada kemalangan di hadapan . Sila berhati hati sayang .. “ ..
Haaa.. Korang tak caya kan WAZE mampu berkata gitu ? Dah korang amik yang percuma punya.. Cuba beli app tuu .. Confirm teruja nak memandu 24 jam.. Apatah lagi suara perempuan tu , cam suara garau WANN tuuu .. Kalau nak suara Amelina pon boleh.. Kalau perempuan nak suara Anuar Zain pon boleh.. Ke nak suara Datuk Rahim Razali ? Terasa cam tengah tengok bola secara langsung.. Hahaha ..
Serius punya nasihat ni .. Pakai WAZE dan gunakan car holder .. Dan kalau ada duit lebih skit , beli video recorder tu .. Pasang dalam perjalanan .. Mana la tau kannn … InshaAllah boleh membantu ..