Bila orang sebut jer ‘hospital kerajaan ‘ , pasti ada kenangan pahit ! Kenapa ini boleh berlaku ? Ahaaa.. aku dah macam dalam dokumentari khas .. Heee..
Aku tak nafikan , hospital kerajaan mmg menyediakan perkhidmatan terbaik ! Mempunyai kemudahan yang bagus tapi selalu dispoilkan dek ‘mereka’ yang tak ikhlas berkhidmat untuk masyarakat !
Iskh.. aku tauuu.. bukan tak tau.. Tapi kena tahu laaa … bila berkerja melibatkan orang awam , kesabaran tu penting. Kebijaksaan perlu ada .. Dan senyuman perlu senantiasa di hujung bibir ! Ikhlaskan diri tuuu..
Dua insiden berlaku pada aku di dua buah hospital berbeza.. Hospital Putrajaya dan Hospital Besar Kuala Lumpur ! Hurmmm.. Nasib baik la ianya ditutupi dek mereka yang benar benar ikhlas bekerja..
Kalau tak nak kerja , cari jer keje lain.. Kalau rasa gaji tu kecik dan tak berbaloi dengan tugasan tu , gi cari kerja lain .. Kalau tekanan , berenti jer kerja.. Ada pelbagai jenis pekerjaan di Malaysia ni.. Kalau malas bekerja , jadi bini Datuk no 4 !