Dah 3 tahun berturut turut aku keluar kat tv , hanya kerana HARI BAPA ! Hehehehe.. Rezeki anak anak dan juga blog ..Kalau bukan sebab blog , aku pon tak nak la keluar kat tv.. Wat pe kan ? Bukannya leh box office pon .. hehehe ..
Tahun ni , sempena Hari Bapa .. aku bertuah muncul di majalah PA&MA dan juga di TV9 , rancangan Saffiyah ! Esok akan ke udara untuk episod Hari Bapa tu.. Jam 11 pagi. Jangan kata aku tak bagitau pulak yer.. Heee ..
Masa rakaman di rumah aku ni , Qhaliff dan Zahra pon ada .. Tapi dua dua tak sihat .. Huhuh.. Tak nampak seri la kedua dua tu.. Nasib baik aku sihat .. maka , aku je la nampak berseri seri walaupun kepenatan.. heeee ..
Alhamdulillah.. Kerana aku seorang blogger , pelbagai pengalaman telah aku rasai . Satu impian yang menjadi kenyataan kerana aku mmg bercita cita menjadi seorang penulis ..