Baru-baru ni , aku hadiri majlis pelancaran pengenalan koleksi saguhati terbaru dari Domino’s yang dikenali sebagai ‘ Popobe ’. Sebuah koleksi yang cukup menarik bagi aku , di Petaling Jaya.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Mr.Ba U Shan-Ting , Presiden of Domino’s Pizza Malaysia and Singapore.
Majlis tersebut juga diserikan dengan kehadiran penghuni Good Samaritan Home dan Rumah Anak Yatim Sg.Buaya , Kuala Langat .
Antara acara yang dibuat pada hari tu ialah pengumuman dan penyampaian hadiah pada pemenang yang menyertai pertandingan Domino’s Kickoff yang dilakukan secara online.
Hadiahnya ? Pemenang mingguan akan dijemput hadiri parti tontonan bola sepak bersama 20 orang rakan mereka ! Dan juara pula , menerima hadiah percutian ditanggung sepenuhnya untuk 2 orang ke Brazil bernilai lebih RM34 ribu !!
Manakala tempat kedua dan ketiga , memenangi bekalan 12 piza besar percuma selama setahun ! Kesemua pemenang ni , mcm aku kata tadi .. boleh join parti Piala Dunia tu nanti anjuran Domino’s.
Rugi aku tak join ! Huhuh..
Kemudian , pelancaran 3 beruang bola ni.. Yang digelar ‘ Popobe’.
Camana nak dapatkan POPOBE ni ? Mudah jer .. Gi ke mana mana cawangan Domino’s Pizza dan sila beli hidangan di sana dan kemudian sila beli Popobe dengan harga RM7.80 sahaja ! Edisi terhad yer ! Bukan ada banyak tauuuu .. Cepat cepat , sebelum terlambat !
Bila dah beli , jangan lupa untuk berselfie macam aku ni .. Kan dah beruntung banyakkkk .. hehehe ..
Menang apa ? Haaa .. Bagi mereka yang berselfie bersama Popobe dan hashtag #bolabears.
Pelbagai hadiah menarik disediakan.. Dan untuk hari tersebut , Domino’s berbesar hati untuk buat pertandingan tersebut khas untuk rakan rakan media saja .. 3 hadiah menarik disediakan ..
Dan aku berjaya memenangi tempat pertama ! Menang GoPro wooooo !! Gilaa laaa.. Aku sendiri tak percaya ! Dah lama idamkan GoPro ni .. Rezeki datang event ni !
Terima kasih Domino’s Pizza ! Serius , aku mmg suka Domino’s sejak pertama kali makan sbb dia nipis dan rotinya , sedap wooo ! Bukan bodek ok ! Tapi realiti.. Heeee …