Bayangkan eh.. Dari kecik dah biasa nampak di tv ! Akhirnya bila dah besar , ianya ‘biasa’ dah ! Sebab tu laaa .. bila orang sekarang , dah takde rasa segan silu atau malu malu sbb dah ‘biasa’ kerana dari kecik dah dibasuh otaknya melalui hiburan yang antara nampak dan tidak ! Kita tak perasan tapi ianya wujud , secara senyap !
Kita mungkin boleh jaga anak anak kita supaya terhindar dari anasir anasir yang mampu merosakkannya tetapi dia akan berkawan dengan kawan kawan yang mungkin dah pun dijangkiti virus virus merbahaya gini ! Lebih bahaya , virus ini tidak nampak tetapi mampu mempengaruhi mereka !!
Kanak kanak mempunyai daya imaginasi yang tinggi ! Otak mereka segar ! Menyerap apa jua maklumat dan menyimpannya untuk jangka masa yang panjang !
Bayangkan gambar ni .. Kalau orang tua cam aku tengok , mungkin tak nampak apa yang tersirat.. Apakah ianya satu kebetulan ??? Klik pada gambar dan tengok besar besar gambar asal !Takkan gambar perempuan tu tak disengajakan oleh pelukis profesional ???
Ok.. tak puashati lagi ? Tengok gambar di bawah ni pulak ..
Sengajakah ianya dilukis begitu ??? Hurmmm … Budak budak tengok tanpa ada perasaan tapi mereka menontonnya dan serap terus ! Bila nampak di dunia realiti , mereka ‘biasa’ dah !
Bagaimana pula dengan gambar dibawah ini … Hurm..
Dan permainan yang kita belikan secara tidak disedari pada anak anak kita ..
Suatu kebetulan kah ?
Mungkin ada yang ketawa mengatakan penulis buku ni mengarut atau aku yang terlebih emosi ! Terpulanglah .. Masih belum terlambat untuk memperbetulkan segalanya !
Sekarang ni pon , asal ada movie animasi di panggung .. kita akan berlumba nak tengok dulu ! Pasal apa ? Best sangatkah ? Atau nak mengimbau sejarah waktu kita kecik dulu.. Dan mereka yang tak menonton sejak kecil dulu pasti akan kata cerita tu mengarut sama sekali !
Bukan senang nak mencari yang tersembunyi walhal ianya wujud ! Cara nak menakluk manusia ialah dengan mencari kelemahannya .. dan kelemahanya ialah dengan melalaikan mereka.. Cara untuk melalaikan mereka , ialah melalui hiburan !