Bukanlah aku ajak boikot atau anti mana mana telekomunikasi dalam negara ni tapi kita sebagai pengguna kena bijak memilih dah memandangkan dah ada banyak operator telekomunikasi ni ..
Sepatutnya , di zaman ni … tiada lagi dah main kuota kuota ni ! Apa yang sepatutnya mereka tawarkan ialah pakej kelajuan ! Nak begini , berapa .. nak begitu berapa .. Yang penting , UNLIMITED !
Macam sekarang aku guna ni .. RM88 untuk pakej 20GB sebulan ! 1Gb berapa lama sangat boleh pakai skang ni ? Dengan hp yang semakin canggih .. app yang semakin bersepah , pastinya sekejap je selesai 1GB tu ..
Menariknya utk pakej aku tu , pecahan dibuat untuk pakej ni .. Atas jam 2 pagi , boleh guna sebanyak 15GB ! Sehingga jam 8 pagi.. Pastu boleh guna baki iaitu 5GB ! Haih.. ni zaman apa ni ??? Sepatutnya ini zaman segalanya tiada lagi batasan. Pengguna bayar ! Bukan guna free..
Maka , aku dengan ini akan menutup Maxis Broadband dan beralih arah pada penggunaan yang lama dah aku tunggu ! Serius , aku sangat berpuashati ! Siap leh kongsi dengan 2 lagi hp dan smart tv !!
Kalau tempat tu ada 4GLTE , maka … telefon pintar akan laju banget !!
Maka , segalanya di tangan kita .. Tiba masa untuk mereka buktikan perkhidmatan mereka berbaloi untuk dilanggani !