Bila dapat email pengesahan , aku rasa cam nak pengsan ! Maunya tidak .. hanya 3 blogger terpilih ikut sama ! Perghhh.. Jap , nak pengsan.. tak tahan dah dok tahan dari tadi !
Ok.. dah sedar dah ! Apa aktiviti kat sana ? Yang pastinya , aku akan melawat kilang AirBus ! Perghhhh… Tahukah anda , aku mmg idamkan nak masuk kilang dan tengok sendiri semua ni dari kaca mata aku sendiri ?? Berapa banyak aku daaa.. heeee..
Alhamdulillah.. impian jadi kenyataan.. Cuma , yang jadi masalah aku ialah Qhaliff dan Zahra .. Hurm.. Boleh ke aku nak tinggalkan mereka jauh jauh jauh gitu .. nak contact pon nanti tak tau camana .. Hurm… Harap ada wifi percuma kat hotel nanti ! Kalau kena bayar , over bajet aku nanti .. huhu.. Gi nak bekerja .. bukan shopping maaa..
Alhamdulillah.. sakit mata diorang pon dah beransur kurang.. Aku dah cegah awal awal dengan mandi air halia ( terima kasih atas petua tu ) , dan air susu ibu .. Heee.. Harapnya tak naik la merah tu dah..
Hurm.. banyak benda nak kena beli ni utk bawak ke sana ! Yang penting , charger mata dua yang lain dari kita guna ! Kalau tak bawak ni , mau meraung aku woiii !! Nak charge camana .. Nak beli kat sana ? Perghhh… bajet bajet woiii !!!
Haaa.. Yang pastinya , aku berada di tempat yang betul utk pakai snow cap ! Hahahahaha !!!