Selepas berlari 2 km gitu dari Laduree ke hotel .. masa untuk check out.. Jam 1130 pagi. Sebelum tu , ada singgah kat butik Toyota. Tengok kereta concept terbaru mereka ! Perghh… Nanti aku cerita lain ye..
Siap check out.. bergmbar kenangan jap.. Heee.. Saja poyo. Ni gara gara tak cukup tidur la ni.. 2 jam je tidur !
Masa untuk ke airport.. Hurm… Apakah aku akan merindui Paris ??? Hehehe.. Kena kembali dengan anak bini , baru best ! Kan kan ?
Dari hotel , naik teksi. En. Fairuz , pengurus Air Asia X yang turut sama ikut uruskan segalanya untuk kitorang sejak dari KLIA lagi.. Bagus orangnya ! Sangat cool dan trendy.. Hehehe ..
Perjalanan ke airport .. aku tengok kiri kanan sepanjang perjalanan.. Hurm… Sibuk ! Banyak orang luar di sini .. Maksud aku , mereka yang berhijrah ke sini dan bekerja di kota Paris ni.. Pemandu teksi kitorang ni pon orang luar aku rasa ..
Dalam setengah jam , sampai airport… Orang kata bila sampai kat airport ni , sila ke LongChamps. Beg yang dijual murah berbanding di KL .. Orang kata la.. Aku pon ajak la diorang.. Rupanya diorang awal awal lagi dah set dalam kepala ! Memang kepala shopping tul ! Hahaha ..
Aku pun masuk laaa ke dalam butik ni.. Rakan rakan lain pun turut sama.. Waduh.. Tengok harga , pastu darab dengan 4.4 ! Waaah !! Murahnyaa.. Jap , harga kat KL berapa ? Aku tanya blogger Shea Rosul. Katanya atas RM700 untuk beg yang mereka nak amik ni..
Aku tergaru kepala ! Beg cam ni punya bersepah kat Petaling Street sampai harga gini ? Macam tak berbaloi je kalau aku beli. Bukan apa , beli ori tapi orang nampak macam tiruan.. Aiyokk.. Tak best laaa.. Baik aku cari souvenir yang ada di sini tapi takde di Malaysia ! Haaaa.. baru la berbaloi !! Kan kan ? Lain orang lain pandangan.. kan kan ? Kalau ada duit , beli la.. Takde duit , duk diam diam macam aku ni .. Jimat untuk membeli belah di Tolouse lak ..
Masa untuk check in dan terbang ke Tolouse.. Hurmm.. Bye bye Paris !
Selamat datang ke Toulouse , Perancis. Dan disinilah segalanya bermula ! InshaAllah…