Alhamdulillah.. Sekali lagi , negara kita menyambut hari kemerdekaan yang ke .. korang teka la berapa ? Tak tau ? Hehee.. tau dah !! Tu belum suh sebut tema kemerdekaan kali ni.. lalalalal …. Cer bagitau skit kat aku ??? Baru nak google la tuuuu…
Ok , aku pon tak ingat sangat sebab panjang benar .. Hahahaha .. Masa sekolah sekolah , hafal laa.. Sekarang ni , nak ingat tarikh lahir anak pon gagal.. ni kan pulak tema kemerdekaan negara kita !
Tak patriotik sungguh ?? Er … adakah dengan tak ingat tema kemerdekaan tandanya tak patriotik ? Atau tidak mengibarkan bendera di depan rumah tu juga tak patriotik ? Eceh .. mudah benar menilai seseorang dengan cara gitu.. Iskh , iskh iskh..
Apakah tanda merdekanya negara tu dengan …
Atau mabuk selepas menjerit MERDEKA ? Atau melakukan perbuatan terkutuk dengan bangganya ? Hurmmm ..
Merdeka bagi aku ialah … bila kita bersatu dibawah satu payung dan setiap antara kita bekerjasama membantu antara satu sama lain tanpa ada rasa syak wasangka tanpa kita bangsa dan agama !
Satu status di Facebook yang dikongsi rakan rakan maya , menarik minat aku dan aku turut sama berkongsi di FB dan dikongsi lebih 43 orang rakan FB
Hurm.. yang semula up ni ialah seorang lelaki cina ! Terus timbul rasa bangga ! Sapa kata negara kita punya masalah perkauman ? Aku tak pernah rasa gitu ! Aku senantiasa berfikiran , kita semua adalah 1 Malaysia !! Walaupun berlainan bangsa dan agama namun kita berada di bawah satu payung yang kukuh !
Makcik Abidah ni akhirnya mendapat periuk besar hasil sumbangan seorang insan yang pantas amik tindakan .. dan sekali lagi aku kasi tabik hormat ! Respek pada keprihatinan semua insan yang sudi menolong mahupun yang berniat nak menolong !
Ini baru namanya merdeka !! Merdeka dari berprasangka buruk ! Merdeka dari rasa benci.. iri hati ! Walhal diri sendiri malas .. terus salahkan orang lain atau bangsa lain ! Haishhh .. tu tandanya tak merdeka lagi !
4 hari di Perancis tempoh hari membuatkan aku berfikir dengan mendalam.. Betapa aku bersyukur tinggal di tanah tumpah darah aku sendiri di kalangan rakyat yang berbilang kaum serta bersatu padu !
Bersyukurlah.. Mari meraikan hari kemerdekaan ini dengan cara yang betul ! Doakan keamanan negara kita berkekalan . Ramai jer pihak luar nak tengok negara kita ni , kucar kacir .. Jangan jadikanya realiti ! Menyesal tak sudah kita nanti !
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia yg ke 57 ! Semoga keamanan , keharmonian ini milik kita selamanya..