Setiap minggu , rakan rakan blogger dari #kelabbloggerbenashaari ada je post status pasal rokok seludup atau rokok tiruan ni ! Aku turut join sama kerana mengambil rasa tanggungjawab terutamanya selepas melihat ayah aku sendiri jadi mangsa pada rokok seludup ni !
Hurm.. tak nak aku kenang kembali detik detik yang mana bapak aku terlantar di hospital hampir sebulan lamanya disebabkan rokok ni ! Pastu kena operate lidah dia dan juga bahagian leher ! Ok , ngeri yer !
Selepas tu , kena gi buat radioterapi setiap hari , selama 13 minggu ! Di hospital yer adik adik.. bukan rumah sebelah atau di restoran nasi kandar beratur atau sebagainya ! Kena gi awal pagi , tunggu.. pastu masuk buat rawatan dan balik rumah ! 13 minggu , setiap hari ! Sapa nak gi antar amik balik semua tu ??
Aku malas nak cerita sejarah merokok dia .. Sekadar nak berkongsi kesan merokok ni.. Tak kira la rokok tak seledup sekali pon , tetap ada kesan !
Ni gambar terbaru.. Semalam aku gi umah orang tua aku.. Yang hitam tu kesan dari rawatan radioterapi.. Nampak bekas jahit di leher tu ? Tu belum aku tunjuk bahagian lidah yang kena buang ! Mau fobia 18 bulan tak makan nasi lemak ketam masak asam ! Haaaa
Tolong la yer.. Kalau tak sayang nyawa sendiri , pikir pikir la orang tersayang.. Kang terlantar kat spital , takde orang datang melawat.. tau pulak merajuk ! Bila orang nasihat , menjawab ! Kalau sendiri sakit , sendiri bangun gi spital.. urus segalanya , tak pe la gak .. Ni sendiri yang cari penyakit .. sambung la sendiri !