Hari kedua .. Hari pertama baca dah kan ? Kalau belum , sila gi baca .. Tak baca , rugi laaa.. sebab pengalaman yang best gitu ! Sama best gi Paris haaa.. heee..
Hari kedua ni , bermula dengan agak slow pada aku .. Satu kejadian yang berlaku , telah mematahkan semangat aku untuk terus beriadah dengan kawan kawan seperjuangan ..
Apa kes ??? Kamera aku tu…. tau kan ? Jatuh sewaktu aku nak dukung Qhaliff turun dari tangga .. Huhuu … Entah camana , terkeluar dari porch bag aku.. Silap aku la lupa nak zip..
Pastu , mmg aku terus tak keluar dari rumah.. Kasi cool down jap ! Tenangkan jiwa.. Mood mmg lebur laa .. Selepas tenangkan diri , baru gi lepak ngan kawan kawan.. Masa tu , sukaneka pon abis dah… Kalau nak baca pasal aktiviti pagi tu , leh baca di blog Emas Putih dan Yanty
Aku sempat lepak layan diorang berkayak dan berbot di tasik. Qhaliff pon naik bot ! Hahahaha.. suka dia.. Bila tunjuk gambar ni , senyum je dia.. huhu ..
Sambil layan diorang naik bot , ada yang gi makan pisang goreng dan kopi panas ! Perghhh .. menyelerakan !!
Dan sebelah malam adalah malam yang meninggalkan seribu kenangan ! Hahahaha … Selepas berbbq kami semua berkaraoke ! Serius.. bilik karaoke diorang yang cool tu membuatkan aku hilang akan lalu mengeluarkan segala skill yang ada ! Huhu ..
Hurm.. Baru nak naik giler , ‘mak tiri’ blogger dah halau balik ! Huhu…. Baru nak layan rock kapak.. Hurmmm..
Mengenangkan esok nak balik , aku terus bosan ! Hahahaha.. Aku kat sini , mmg hilang tensen ! Walaupun kamera rosak , rasa berbaloi sangat abiskan cuti 2 hari di sini .. Tenang ….
Sebarang pertanyaan atau nak tempah , sila rujuk ..
Web AgrofarmStay : http://www.agrofarmstay.my
Facebook : https://www.facebook.com/agrofarmstay