Misi ari ni .. ke Alamanda ! Gunting kasi botak itu rambut Qhaliff … Huhuhh…
Dan misi gagal ! Salon gunting rambut tak nak amik budak yang menangis bila gunting rambut ! Erk .. pulak ? Sebelum ni ok jer .. hahahaha.. Macam macam la perangai .. Dah maju , cam tu lak.. Sebelum maju , semua ok jer .. kan ?
Dan , Qhaliff berjaya selamatkan rambut dia.. Tak pe , nanti daddy gunting sendiri jer .. huhu … Kasi layer tingkat tingkat .. Pergh.. Macam victoria Beckham lak rambut tu nanti.. Hahahaha…
Stress ok !! Baru nak keluar lepak minum dengan kawan kawan , bertubi mesej masuk ! Tak balas , gaduh.. Balas pulak berlarutan ! Uninstall ? Dia bantai call pulak.. Setiap minit ! Off ? Silap silap dia datang menyerang kat kedai tu.. amacam ?
Hahahahha .. Ada kes gini woo.. Nasib baik la wife aku tak tergolong jenis manusia gini .. Kalau tak ? Lama dah aku jadi zombie.. huhu..
Wajarkah buat laporan polis ? Hahahaha .. over sangat tu kan ? Tapi jgn tak tau pulak.. kalau dah tertekan , silap silap .. naik mahkamah pon hadoooo !!
Berpada padalah ‘mengawal’ yang tersayang yer …
Muka muka tak pulang ke kampung berhari raya atas pelbagai alasan tersendiri.. Hehehe.. Nasib baik laaa #kelabbloggerbenashaari ni berjaya menyatukan ramai blogger dan inilah antara hasilnya ! Huhuhuh.. Aku pun tak pasal pasal ada ramai kawan baru ! Best !!
Dan destinasi sejurus solat sunat AidilAdha adalah ke rumah kawan blogger yang tinggal di Jalan Semarak.. Gi beraya umah kapten tentera laut gitu..
Best bila dapat berkumpul begini.. Dan juadah yang dihidangkan , mmg amat menyelerakan ! Anak anak kecil bergembira bila ada ramai kawan .. Mak pak pun lagi la gembira.. leh rileks sat .. heee ..
Tuan rumah sapa ? Ini diaaa ... akak kita , Puan Salina bersama suaminya.. Terima kasih kerana sudi mengadakan rumah terbuka buat kami semuaa....
Gambar oleh Shairazi .. Terima kasih ..
Selamat Menyambut Aidil Adha 1435H / 2014 dari saya sekeluarga. Semoga Hari Raya kali ni memberi sejuta keinsafan bagi kita semua .. Bagi yang memandu , sila berhati hati di jalan raya yer..
Aiskrim jer ! Hahahahah .. takde ketupat lemang .. Tahun ni beraya kat KL jer.. Plan nak balik Kelantan tapi tak jadi sebab cuti singkat dan Selasa nanti ada kerja nak kena buat ! Lagi pun Qhaliff tak sihat.. Demam tetiba..
Dengan hujan yang lebat .. Nak beli lemang kat tepi jalan pon tak sempat .. Takut kereta tak perasan bila kita berenti.. Bahaya lak kan ?
Tapi untuk raya esok , ada plan dah ! Cun punyaaa … hehehehe … InshaAllah .. Kalau semua sihat sejahtera , lepas solat raya , rakan blogger #kelabbloggerbenashaari akan serbu rumah sahabat blogger di kuaters tentera .. Tu diaaa .. Tentera ( Navy ) pon ada #kelabbloggerbenashaari.. Sapa kata dalam #kelabbloggerbenashari cuma ada budak budak je ??? kannnn …
Ok ok.. Jom makan aiskrim dulu.. kasi sejukkkkk ..
Yup.. kami bersatu bawah satu nama , sudah lama yer.. Bukan semalam baru bikin ini group ! Bukan sekadar blogger ! Dah macam adik beradik .. Faham faham je la camana adik beradik.. kan kan ?
Lokasi , seperti biasa.. kami ke restoran Lava Grill di Sri Serdang , milik Razman Mamu. Suka makan sini ! Terkenal dengan burger bakarnya ! Yummy … makin lama makin sedap !
Untuk pengetahuan , #kelabbloggerbenashaari ni ada ramai blogger ! Satu Malaysia ada .. Dipecahkan kepada beberapa zon negeri termasuk di Sabah dan Sarawak. Dan yang area KL/ Putrajaya ni aktif berjumpa.. sebab ramai dan mudah nak disatukan.
Dalam #kelabbloggerbenashari , ada macam macam orang haaa .. Mereka bukan sekadar blogger.. Ada penguatkuasa Kpndkk , Tentera Laut , Pegawai SPRM , Pegawai Kerajaan , Guru , Jurutera , pelajar IPTA dan macam macam lagi ! Di letakkan dibawah satu logo , kami sering bertukar pendapat dan pengalaman kehidupan … Menarik kan ?
Jangan lupa , kami bukan sekadar blogger ! Jemput singgah baca , kisah dan pengalaman kami di www.kelabbloggerbenashaari.com.
Setakat ni , aku dah perbaharui domain aku sehingga 2019 !! Tu diaaa … Amik kauuu .. Projek jangka panjang ni .. InshaAllah .. banyak dah perancangan untuk majukan blog ni dan juga #kelabbloggerbenashaari. InshaAllah , jika diizinkanNYA..
Jika aku pergi dulu , maka blog ini akan terhenti hingga entri terakhir aku update … Semoga ianya memberi manfaat dan juga kenangan terindah buat kita semua ..
Kalau diperatikan perjalanan blog ni.. boleh nampak perbezaan ‘Ben Ashaari’ . Sesungguhnya , kalian telah mendewasakan aku ! Terima kasih atas sokongan yg tidak berbelah bagi. Anda semua semangat saya untuk terus menulis ..
Bangun seawal pagi. Tidur selewat yang mungkin. Kenapa ? Tidur lewat sebab ‘kerja’ ! Aku kena update blog. Kemaskini media sosial. Cari idea untuk pastikan blog terus beroperasi. Bila terus beroperasi , maka adalah pendapatan untuk aku.
Pada masa yang sama , aku kena jaga dua orang anak dan seorang isteri. Nasib baik ada sorang jer isteri. Kalau lebih ? Perghhh.. leh kejang jap medula oblogata aku ! Tak reti nak bahagi bahagi masa aku ni !
Semalam , dua dua tidur lewat ! Wife , yang keletihan sebab paginya di pejabat sibuk dengan tugasan .. dah tak mampu nak bukak mata ! Nak tidur kejap katanya .. Aku , sambung tugas aku iaitu jaga Qhaliff dan Zahra.
Qhaliff tidur jam 1 pagi.. Zahra tidur jam 3 pagi !! Zahra yang dah tidur seawal jam 10 malam tu , terjaga gara gara abang dia yang sibuk berkuntau dengan bantal.
Aku tidur jam 4 pagi. Siapkan kerja. Kul 630 kena kejut dah ! 2.30 je tidur.. Pergh… apakah mental aku bersedia untuk jaga anak anak aku nanti ?? Bahaya kalau tak bersedia.. boleh stress wooo terutama bila Zahra menangis non stop action punya !
Kul 8 pagi.. wife gi kerja. Dia pon bangun lewat.. Terbangun lewat.. bukan sengaja.. Jadi kelam kabut skit nak bersiap. Aku masih blur dan kemengantukan.. Zahra dan Qhaliff masih lena diulit intan.
Bila wife gi kerja , dua dua bangun serentak.. Best part , dua dua menangis ! Aku nak amik mana satu ni ? Dua dua mintak didukung.. Ok , mmg aku tertekan masa ni ! Dengan tak cukup rehat .. ditambah dengan keadaan gini , apakah yang patut aku lakukan ?
Aku mandikan Zahra .. meraung raung dia ! Selsema satu hal… Dan aku tau , dia tak cukup tidur ! Aku kena segera siapkan dia ! kalau tak , leh naya aku atau dia .. Dia sendiri nangis sampai tersedak sedak.. Bahaya tu..
Siap je mandi , terus pakaikan pakaian dia.. Masukkan dalam buaian. Tak sampai 5 minit , dia lena ! Perghh.. lega aku… Part Qhaliff lak.. Dok sibuk tarik aku gi peti ais .. Nak Magnum ! Dah bagi , tak nak makan pulak .. Aku jugak kena makan.. Mana tak boroi ??
Kepala aku makin pening .. kalau dapat tidur , sedap ni tapi sayangnya tak leh sebab Qhaliff tak tidur ! Bahaya biarkan dia seorang diri.. boleh abis rumah dia geledah ! Hurmmm ..
Apa yang aku nak sampaikan .. Walaupun ‘suri rumah ‘ duduk rumah , mereka tetap bekerja ! Ingat dapat tidur cukup ??? Tu belum part sakit perut .. atau mandi ! Hurmm..
Badan dia panas tapi tak demam. Macam nak demam tapi tak demam .. Hurmm.. Kelmarin , bawak jenjalan sambil cari makan.. Terhenti di Mr.Kebab & Briyani. Teringin nak makan dan Qhaliff leh bermain dalam tu.. Pastu hilang panas dah badan dia bila dia berpeluh.
Malam ni , dia panas balik.. Aku bawak dia jenjalan.. Bila keluar rumah , dia ok ! Hahahaha .. kena virus ‘ wajib keluar rumah hari hari ‘ la ni ??
Sampai kedai mamak tu , aku letak dia atas kerusi. Dia tak nak .. Terus duduk atas pangkuan aku. Pastu air milo ais kurang manis sampai .. dia kemam ais jer.. Air tu , aku minum.. Kurang nak minum sangat .. mungkin tak sedap mulut.. Huhuh..
Mee goreng kambing sampai , roti planta siap dibungkus .. balik .. makan beramai ramai ! Dan dia , kembali ceria walaupun di rumah , dia ceria.. Dapat keluar kejap pon jadi la.. Hahahaha .. Psst , ni perangai mak dia ! Hahahaha …
Perhatikan tarikhnya ! 7/10/2012 ! Puan Yasalma atau nama sebenarnya Siti Salmah Noordin dah mula promosikan perniagaannya dengan caranya tanpa rasa segan silu !
Dan 2 tahun kemudian , Puan Yasalma kembali dengan penuh keyakinan dan memintak aku review produknya di dalam blog aku ! Sebelum ni dia tawarkan kelas percuma dan kali ni dia nak bayar ! Nampak tak kelainannya ?
Perniagannya iaitu sekolah menjahit secara online iaitu ‘ Yasalma Online Sewing School ( YSS ) ‘ dikenali ramai dan salah seorang rakan #kelabbloggerbenashaari sendiri pernah belajar menjahit di bengkelnya !
Apa yang aku nak sampaikan pada korang ialah , internet ni lombong rezeki halal dan juga haram . Kita tolak yang haram , cari yang halal dan diberkati Allah ! Banyak dan bersepah !!
Contohi Puan Yasalma ! Dia tak mengenal erti payah .. Berusaha untuk menaikkan perniagaannya dan akhirnya berjaya mencapai impiannya .
Sedikit latar belakang mengenainya ..
Semoga ianya menjadi pembakar semangat kita untuk bergelar usahawan satu hari nanti !
Kelmari.. Jam 12 tengah malam , wife mengadu sakit kepala ..
Aku suruh dia tidur dulu sementara aku jaga budak budak. Tapi Zahra masih tetap
tak nak tidur. Menangis mencari mak dia .. Aku tak tau masa tu , kalau pasang
youtube ABC , dia akan senyap. Boring la tu asyik tidur kan ?
Aku bawak Zahra dan serahkan pada dia untuk susukan Zahra. Dia
kata masih sakit kepala Teringat kata kata Mat Gebu di siang hari sebelum tu..
“ Kalau Ben sakit kepala , sapu je losyen yang Mawardi bagi tu.. “
Terlupa pulak aku pada losye Intense Energie BC100 Body Cream
yang dia kirimkan pada aku hari tu.. Terus aku cari dalam almari dan jumpa.
Kemudian aku sapukan sedikit kat belakang tengkuk aku dan juga wife..
Alhamdulillah , tak lama kemudian terasa hilang sakit kepala wife dan lenguh di leher aku tu.. Wife susukan Zahra dengan tenang dan dua dua lena ! Esoknya ,
takde komplen pon sakit kepala kat aku.. Kalau tak , mmg MC la dia sebab sakit
kepala..
Nak tau pasal losyen ni ? Leh tanya dia sendiri di Facebook dia
sendiri.. id MAWARDI
YUNUS .
20 sen jer pon ! Skit kan ? Ok la.. aku malas nak komplen apa apa .. Redha jer la .. Apa apa pon , kita cerita kat ‘sana’. Tengok meter kata dashboard kereta makin menjunam sejak semalam . Nak isi semalam , ramai dah pakat beratur kat stesen minyak. Dapat jimat RM10 pon jadi laa.. sapa nak bagi kan ? Tapi aku tak sampai hati nak anak anak aku tunggu dalam kereta lama lama.. Isi hari ni je la. Tak banyak beza pon .. Pujuk hati aku..
Dan tadi , gi isi minyak.. Aku tunggu punya la lama nak penuh ! Biasanya kejap je penuh.. Bila tengok meter .. Tu dia !!!
Biasanya aku isi RM50 je dah cukup atau nak penuh terus dalam RM65 la lebih kurang.. dari takat bawah tu.. Tapi kali ni ??? Hurmmm..
Nampak gaya , wife kena kurangkan dah balik waktu tengahari untuk susukan Zahra dan Qhaliff. Hurm.. Nasib baik aku dah kurangkan ‘trip’ ke rumah orang tua aku nun di Cheras tu.. Kalau tak ? Dua hari sekali , tangki penuh ! Berpeluh dahi weh ! Huhuh..
Syukur pada Allah .. Tu je la mampu aku lafazkan.. Alhamdulillah…
Dulu dia berani jer keluar masuk bilik.. Tapi kebelakangan ni , kalau dia nak gi mana mana .. mesti ajak aku punya ! Hurmm.. lebih lebih lagi malam ! Apakah ???
Orang kata budak budak ni , hijab terbuka. Jadi boleh nampak macam macam .. Yelah , selagi tak berdosa . Bila dah ada dosa , tak de la nampak dah.. orang kata laaaaaa .. aku angguk jer laaaa ..
Tadi bertiga di rumah , aku jaga Zahra dalam buaian.. dia dok main.. sakit perut datang melanda.. aku lari naik ke tandas.. Tunaikan hajat.. Tetiba Qhaliff menangis .. mencari aku ! Walhal adik dia ada je dekat ngan dia .. Tak pasal pasal terbantut !
Hurm.. takkan kot ? Ke memang budak besar dia ni , mmg gitu perangainya ??
Nak beli tiket TGV guna aplikasi android tapi was was. Selamatkah ??? Hurmm.. kang baik je isi username n password , tau tau selamat dah data dikebas !
Apa dah jadi ??? Ni baru data dalam phone.. Camana lak dengan pengunaan kad kredit sewaktu pembelian melalui online ? Beli tiket kapal terbang dan sebagainya ?
Apakah kita akan kembali ke penggunaan ‘manual’ ? Hurmm… Manusia yang cipta, manusia juga yang menghancurkan ..
Masih ‘selamatkah’ kita ?