Terbaca di TimeLine seorang rakan di FaceBook .. Dia pon amik dari orang lain.. Tak tau dari mana punca ! Hurm.. Persoalannya , jika ianya berlaku pada kita ?
Yer.. memang pernah berlaku pada aku ketika aku suami isteri sedang makan. Disebelah aku , ada suami isteri yang boleh dikatakan taraf datuk nenek la pada Qhaliff. Diaorang dok bergurau dengan Zahra..
Kemudian mintak izin dukung Zahra. Itu pun selepas berbual panjang dengan mereka. Bekas penjawat awam bertaraf pegawai. Rindu kat cucu mereka… Bila tengok Zahra , lagi bertambah rindu ..
Alhamdulillah , segalanya ok.. takde masalah pon.. Mereka kelihatan sangat baik orangnya.. Tapi disebabkan segelintir manusia yang durjana.. mementingkan hawa nafsu sendiri , maka di dalam hati kita , sudah wujud syak wasangka yg mendalam !
“ Trust No One ! “
Hurm.. bayangkan aku sendiri nak senyum kat baby orang.. pon takut takut dah pasni ! Walhal aku tahu.. senyum kat baby buat kita nampak lebih muda ! Senyum kat ‘baby’ , leh kita bertambah tua !!
“ Apa senyum senyum ?? Mesti ada buat salah .. Atau nak apa apa la tu !! “ .
Dah pulak macam tu !! Adeh.. ni semua penjahat punya salah la nihh !!