Wife kata , tunggu cukup 6 bulan baru ok.. Logiknya kasi organ dalam kuat dulu.. Yeke ??? Ada parents dah mula bagi bayi mereka makan.. Kesian sebab tengok baby terliur.. Benarkah mereka terliur ??
Dan tadi , ada sahabat blogger tinggalkan komen di satu status aku.. Menurutnya pendapat bayi perlu lebih 6 bulan baru boleh makan tu adalah mitos jer .. Makin menarik pulak pendapat rakan rakan ni..
Seperti biasa , aku google je la.. Cari infomasi mengenai isu ni.. Hurmm .. Dan jawapannya ..
“ Terdapat banyak kekeliruan tentang bilakah selamat untuk memperkenalkan sesuatu makanan untuk bayi. Ibu yang mula memperkenalkan pepejal awal kepada bayi mereka sering mendengar rayuan menderu-deru "telur tak boleh, kacang tak boleh, buah sitrus tak boleh, gandum tak boleh, kismis tak boleh, kiwi tak boleh", dan senarai pantang larang ini kian bertambah. Kadang-kala nasihat yang diberikan khusus untuk bayi yang mempunyai kesulitan tertentu, contohnya, bayi dari keluarga yang mempunyai sejarah alergi yang ketara, langsung diterima dan digunapakai untuk semua bayi.
Jika keluarga anda menghidapi penyakit asma,ekzema atau alergi makanan, adalah baik jika anda berbincang dengan doktor keluarga untuk mengetahui sama ada bayi anda perlu mengelakkan makanan tertentu untuk masa yang lebih panjang.
Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan selama enam bulan. Bacalah artikel kami tentang memperkenalkan pepejal untuk maklumat lanjut.
Jika anda memilih untuk memperkenalkan pepejal lebih awal dari enam bulan setelah berbincang dengan doktor anda, ada sebilangan makanan yang anda patut elak sebelum usia enam bulan. Bacalah artikel di sini untuk maklumat tepat supaya boleh membezakan antara fakta dan dongeng. “ – BabyCenter
Maka , dapatkan pandangan doktor terlebih dahulu..