Akhirnya aku sampai jugak ke hotel yang baru setahun lebih ni beroperasi. Pada awalnya aku tak sangka la hotel ni begitu nampak ‘wow’ hanya disebabkan ada ‘Tabung Haji’ .. Ingat biasa biasa jer … Tapi bila sampai je situ , layanan staff di pintu hadapan saja dah buat aku terpikat ! Murah dengan senyuman , mesra dan sangat membantu !
Senibina hotel ni mmg buat aku kagum. Tetiba aku rasa macam tak percaya jer.. Rasa sayang pulak nak duduk sehari kat sini ! Nasib baik datang sini atas sebab kerja. Kalau tak , mau 3-4 hari gak duduk sini.
Layanan .. Aku boleh bagi 4/5 bintang. Kemudian naik ke bilik.. Masuk je bilik , terus aku … senyum ! Qhaliff lagi happy .. berlari sana sini dia ..
Kemudian aku periksa tandas dia .. Perghhh ! Cayalahhh … dia asingkan bilik mandi dan jamban.. hahaha ..
k
Aku puashati dengan keadaan bilik ! Aku nak try room service. Aku try , wife bayar .. haaa … best kan ?
Harga ? Standard hotel la tapi sedap ke tak ?? Aku cuba mee goreng dia .. Walah weiii ! Sedappppp ! Nasi ayam dia pon aku cuba ! Sememangnya berbaloi la nginap di hotel ni.
Dan di ruang legar , kita hanya akan dengar ayat suci Al Quran dipasangkan dengan perlahan .. Sejuk jer suasananya.. Huhuh… Memang mendamaikan la duduk sini ..
Ok.. apa daya tarikan untuk kanak kanak lak ? Kolam renang dia best ? Cer tengok gambar bawah ni dan bagitau aku jawapannya..
Rasa rasa best tak ? Heehehe.. tapi aku tak sempat nak gi mandi sebab kepenatan. Qhaliff dan Zahra pon abiskan masa dengan tidur jer.. Kang tak cukup rehat , demam lak.. kan ?
Dan , ada kolam muslimah yer .. Hanya untuk perempuan sahaja !!
Kesimpulan …
Qhaliff tak nak balik lagi !!! Tak puas lagi duduk sini.. huhuhu.. Semoga TH Hotel dapat kekalkan keramahan mereka dan kebersihan di hotel ini. Takde pekerja asing wooo ! Bagus kan ?
Harga ? Hehehe.. aku nasihatkan , guna Agoda ! Murah siut ..