Aku dah nak masuk 5 tahun lebih dalam dunia blog ni.. Hurm , jap aku kira 6 tahun.. jap aku kira 5 tahun ! Adehh.. Camana aku kira pon tak tauuu .. Tak kisah laa… Janji dah bertahun tahun , kan ?
Tapi yang paling kerap aku jumpa la kan.. syarikat besar bangsa aku ni cukup takut melabur pada blogger ! Haihhh … Ada yang sampai pernah tawar kat aku , RM200 sebulan tapi nak suruh review produk dia setiap minggu ! 2 kali seminggu lak tuuuu ! Haihh.. sedih aku ..
Menariknyakan, usahawan kecil tak takut langsung nak melabur pada blogger. Mereka sanggup keluar duit asalkan blogger buat kerja dengan bersungguh sungguh ! Mereka tak harapkan produk mereka laris cam pisang goreng selepas dipromosikan sebaliknya hanya nak perkenalkan dan viralkan saja produk mereka di media sosial !
Hurm… Entah la… aku dah banyak kali terlibat dengan macam macam peniaga tak kira besar atau kecil .. Kekadang aku tak tau camana nak bantu mereka sedangkan mereka tau blogger pon cari makan melalui blog mereka ..
Nak lagi menarik ? Sebelum berjaya , janji manis macam macam .. Dah berjaya ? Adehh… Sebab tu wujud pepatah ‘janji melayu ‘. Nak salahkan sapa ??