Simple je mak aku masak ari ni tapi dia punya nafsu nak makan tuuu ! Perghhhhh … Kalau ada sambal belacan dengan ulam , aku rasa aku pasti akan abiskan satu periuk nasi !!
Welcome to boroi , Ben ! Hahahahaha .. Hancusss gueee …
Simple je mak aku masak ari ni tapi dia punya nafsu nak makan tuuu ! Perghhhhh … Kalau ada sambal belacan dengan ulam , aku rasa aku pasti akan abiskan satu periuk nasi !!
Welcome to boroi , Ben ! Hahahahaha .. Hancusss gueee …
Hurmm… Upin Ipin di Picc nanti.. Dgrnya Ultraman pon ada ! Waah … tapi aku tak berminat langsung nak bawak Qhaliff pergi ! Kalau dulu , mungkin tapi selepas duduk berborak santai ari tu dengan mereka , segalanya berubahah.. telinga aku masih terngiang-ngiang kata kata mereka ..
Aku malas nak cerita kat sini. Aku percaya pada Allah dan rezekiNya ! Walaupun blog aku ni dalam bahasa Melayu , tapi banyak job aku dapat dari mereka yang bukan orang Melayu malah pernah agen pengiklanan dari Singapura pon kagum dengan pencapaian blog aku !
Kawan , biarlah tak kaya asalkan apa yang kita buat , dapat keberkatan dari Allah.Niat kena penting ! Baik aku gi Legoland nanti.. hurmm..
Aku macam mimpi jer.. Rasa seronok jumpa orang berjaya tapi keseronokkan tu hilang bila ingat kembali kata katanya ..
Aku dah nak masuk 5 tahun lebih dalam dunia blog ni.. Hurm , jap aku kira 6 tahun.. jap aku kira 5 tahun ! Adehh.. Camana aku kira pon tak tauuu .. Tak kisah laa… Janji dah bertahun tahun , kan ?
Tapi yang paling kerap aku jumpa la kan.. syarikat besar bangsa aku ni cukup takut melabur pada blogger ! Haihhh … Ada yang sampai pernah tawar kat aku , RM200 sebulan tapi nak suruh review produk dia setiap minggu ! 2 kali seminggu lak tuuuu ! Haihh.. sedih aku ..
Menariknyakan, usahawan kecil tak takut langsung nak melabur pada blogger. Mereka sanggup keluar duit asalkan blogger buat kerja dengan bersungguh sungguh ! Mereka tak harapkan produk mereka laris cam pisang goreng selepas dipromosikan sebaliknya hanya nak perkenalkan dan viralkan saja produk mereka di media sosial !
Hurm… Entah la… aku dah banyak kali terlibat dengan macam macam peniaga tak kira besar atau kecil .. Kekadang aku tak tau camana nak bantu mereka sedangkan mereka tau blogger pon cari makan melalui blog mereka ..
Nak lagi menarik ? Sebelum berjaya , janji manis macam macam .. Dah berjaya ? Adehh… Sebab tu wujud pepatah ‘janji melayu ‘. Nak salahkan sapa ??
Baru sampai dapur , Zahra merengek meronta ronta nak keluar dari buaian dia ! Berkejar kembali ke lokasi asal dan kembali buaikan dia .. Dan dia tidur semula !
Aku pun duduk kembali ke sofa ! Dari hari Isnin ke Jumaat , sofa ni adalah teman setia aku ! Dah naik sakit pinggang aku duduk kat sofa ni ! Ni nak kena mintak big boss kerusi yang empuk skit ! Sofa ni dah 6 tahun usianya !! Huhh..
Serius.. sakit pinggang ok ! Nak dukung ? Huhuhu.. tak larat dah aku.. Tetiba rasa diri ni semakin tua ! Adeh…
Budak .. kena gigit , mana reti nak cakap ! Tau tau teriak jer.. Pastu , kita pun bagi je susu .. Eh , si ibu yang kasi susu untuk tidurkan anak kecilnya kembali.. Jam baru menunjukkan 2-3 pagi..
Bangun pagi , tengok tengok kat lengan , pipi , belakang badan , betis.. ada merah merah ! Nak kata nyamuk , bukan ! Hurmm.. semutkah ? Tak mungkin sebab semut ??? Pijat ? Hurmmm…
Tak kisah laa… Aku terpikir gak apakah petua yang sesuai atau ubatan sapu yang boleh digunakan pada anak kecil ni .. Seperti biasa , aku up di Facebook bertanyakan rakan rakan yang berpengalaman dan banyak jugak la perkongsian dan ada jugak rakan turut sama mengalami nasib seperti Qhaliff dan Zahra.
Antara petua yang dikongsikan ialah :
Manakala kalau nak beli ubat sapu , ada dua yang dicadangkan..
Tapi aku rasa kalau nak guna ubat sapu ni , kena pastikan tahap alergik kulit baby tu.. Atau kandungan steroid ? Ada yang kata tak elok kan ? Hurmm ..
Kalau untuk nyamuk , aku ada dah losyen yang sesuai untuk semua umur ! Boleh baca kat entri Bila kulit Qhaliff mengelupas dan kering ni..
Jangan ingat entri kita hanya dibaca oleh rakan rakan kita saja walaupun cerita pasal semut api gigit ibu jari anda !!! Haaaa.. Hati hati dalam bercerita yer !
Dalam entri aku yang TH HOTEL & CONVENTION CENTRE TERENGGANU yang lepas , telah menerima ‘kunjungan’ hormat dari pereka hotel tersebut ! Tak sangka sudi singgah rupanya ..
Zaman ni , zaman Google.. semua orang akan google apa saja terutama bila melibatkan diri dan sekelilingnya ! Ingat lagi aku pernah tulis mengenai satu kemalangan yang berlaku depan mata aku.. si mangsa telah google dan follow blog aku selepas tu .. Akhirnya dia bercerita mengenai kemalangan tu sendiri pada aku !
Hurm.. sebagai blogger , kita kena hati hati dalam menulis. Jangan sedap nak kejar trafik hingga sanggup lukakan hati orang lain !
Kenapa si suami sering sorokkan telefon pintarnya dari si isteri ???
Tadaaa.. Simpan gambar perempuan lain ? Kikiki… buang karan jer kan ? Kalau si isteri tengok , takut kecik hati.. kan kan ? Nanti dia kata ..
“ Amboii.. dulu masa bercinta , amik gambar kita setiap saat ! Rindu kononnn… Sekarang , nak amik sekeping gambar kita pon payahh ! “
Dah tak pasal pasal merajuk.. Letih nak pujuk.. kalau budak kecik , leh kasi Magnum Mini satu.. Ni yang besar ? Silap silap pujuk , Zahra dapat adik lak.. awal lagi wooo …
Oh ya.. aku tak sorok pun hp aku ni… tapi kalau biar gitu jer , aku takut Qhaliff ganyang lak ! Bukan tak pernah kena.. Dah byk kali ! Kang rosak , aku dapat alasan untuk beli Z3 lak !! Haa… duit lagi tuuu…
Ari tu rasmi jer.. Dan ari ni , tanpa ibu Zahra di sisi , daddy berjaya suap Zahra sampai habis puree apelnya ! Weeee !
Suka dia dapat makan ! Huhu.. lama dah teruja dia ni ! Dok asyik tengok abang dia je makan , mana aci kan ? Hehehhe.. aku try suap Qhaliff.. tamoo dia ! Sombong dah skang ! Mana nak makan makanan ‘budak’ ! Adehhhh ..
Pasni sibuk la wife dok mengekslore makanan untuk si Zahra ni .. hurmmm… Daddy makan maggie je la.. Nasib baik la kedai mamak dekat !
Produk kecantikan untuk aku dan isteri aku. Er , untuk aku ? Untuk aku nape lak ??? Heheheh.. Rileks , rileks.. Kasi aku cerita sampai abis dulu nooo ..
Aura Puteri Gold yang aku dan wife pakai ni , bertujuan menjaga kulit muka dari kelihatan tua dari usia sebenar ! Hehehe.. Maklumlah , dok stress memanjang kan ? Asik berkerut je dahi tuuu ..
Puan Noreen Salehuddin , selaku CEO atau Founder di Aura Alena menawarkan aku produk ni. Aku terima dengan hati terbuka laaa .. Nak percaya 100% keberkesanan produk ni , tidak la kan ? Selagi tak pakai sendiri.. selagi tu tak percaya !
Ok.. Untuk aku guna , dia bagi Amazing Alena Serum .. Wife pon ada gak ! Terus terang la aku kata .. sebelum aku pakai tu , muka aku memang nampak tak bermaya.. Kusam ! Kenapa ? Salah satunya , aku selalu tidur lewat tapi bangun awal ! Haaaa…
Maka aku cuba pakai ! Setiap malam selepas bersihkan muka , aku pakai.. Esoknya , tanpa aku sedari .. aku asyik dok pegang muka aku ! Huhuhuh.. Aku tanya wife , ada perbezaan tak ? Dia kata takde pon ! Tapi kenapa aku dok pegang jer ? Rasa cam sedap jeer kulit muka ! Huuhh..
Sejak pada tu , aku terus pakai setiap malam.. Dan ternyata serum ni sesuai untuk aku !
Manakala untuk wife lak , ada Amazing Alena Serum , Alena BB Cream untuk pakai siang dan malam dan sabun madu untuk pencuci muka !
Aku suruh dia pakai .. Hari pertama , aku tanya kesannya ! Camana ??? Ok tak ? Nampak sangat nipunya pakai terus cun !! Sekurangnya seminggu dua baru nampak kesan.. Kan ?
Dan .. setelah dua minggu dia pakai , memang muka dia nampak lain dari sebelum ni.. Maklumlah , orang baru pas beranak kan ? Kusam dan penat jer .. dok jaga baby lagi ! Tapi perubahan aku nampak selepas dia pakai Aura Puteri Gold ni !
Ok .. ok ! Kang aku cerita lebih , korang kata aku temberang lak ! Senang cakap , gi sendiri page Aura Puteri Gold dan baca sendiri testimonial yang ada kat sana ! Nak tanya lebih lanjut pon , leh jer pm admin atau tanya sendiri Puan Noreen Salehuddin atau ke Aura Puteri Gold.
Antara pelanggan mereka yang dah cuba pakai ! Ahaaa… Amacam ? Gi la baca sendiri kat page Aura Puteri Gold tuuuuu … Nak percaya atau tidak , terpulang ! Yang penting , cuba dulu kalau dah teringin nak kelihatan cun.. hehehe.. InshaAllah ..
Waaahh… Alhamdulillah ! Mak mertua aku yang jumpa botol ni.. Botol ni dijual di kedai runcit biasa je pon .. Puting dia lembut jer ! Memang Zahra gigit puting ni masa nak hisap botol susu yang aku bagi ni.. Tapi awas ! Tak boleh bagi ketika baby baring yer ! Kena pantau sehingga dia abis hisap !! Jangan sesekali biarkan sebab air dia keluar jer .. Tak seperti puting jenama yang mahal yer ..
Abaikan bulu kaki tu yer .. Fokuskan anak mata anda pada botol susu tu.. Ahaaa.. Aku kena bagi gak sebab dia kesian kat dia .. Selagi dia tak minum susu , dia akan kerap terjaga dari tidur. Hurmm.. Bila dah minum abis , barulah lena tidurnyaaa …
Aku dah try mcm mcm botol dan puting susu.. Akhirnya , yang ni gak dia nak ..