Dulu , masa Qhaliff baru lahir .. aku memboroikan diri ! Ini kerana aku tak sempat nak bersenam ! Baru nak pegang besi , wife panggil dah ! Baru nak angkat diri , wife seru dah ! Nak tak nak , aku biarkan jer laaaa badan aku berlemak hinggalah usia Qhaliff lebih 6 bulan .. Pastu baru boleh gi gym..
Uhuk.. Dan bila dah sado , wife pulak tak tahan tengok !! Dah mengandung pulakkkk … Ni yang malas cantikkan diri .. Confirm wife tak tahan tengok.. Acaner tu ?
Dan lahirlah Zahra Nur Iman .. 6 bulan berlalu , aku kembali melemakkan perut ! Nampaknya aku perlu kembali membakar segala lemak yang ada ..
Tapi .. risau laaa.. Kang Zahra dapat adik awal lak .. Nak tak nak , aku kena tunggu setahun kot ? Baru kembali ke gym ?
Ok tak alasan aku ?