Macam ok kan buat deco gini tapi tak boleh la campur Qhaliff ngna adik dia.. Kena asing asing.. Tunggu Qhaliff dapat adik laki sorang lagi atau Zahra adik perempuan.. hehehe .. kan?
Teringat kata kata aku dulu pada seorang rakan blogger yang kerap balik kampungnya di Kelantan. Asal ada cuti lebih sehari dua , Kelantan la destinasinya ! Aku memang respek la.. Sesekali aku suka sakat dia ..
“Alaa.. tak yah balik laa.. Dah selalu balik.. Tak ke mana la kampung tu.. “.
Dan dia senyum jer.. Aku tau sangat orang Kelantan ni. Pantang cuti , mesti balik kampung ! Respek aar !! Bukan dekat Kelantan tu kalau dari KL .. Aku sendiri pon kalau memandu dari KL , memang akan makan sekurang-kurangnya 10 jam..Paling lama , 12 jam.. Kenapa lama sangat ? Aku suka berenti renti .. Bagi aku , perjalanan ke Kelantan , mendamaikan.. Cuma sikap pemandu je perlu aku berhati hati !
Dan sekarang.. Allah telah buka mata aku ! Tiada yang kekal di dunia ini walaupun kampung kelahiran kita ! Astagfirullah al a’zim .. Aku terlupa bahagian tu ..
Banjir baru baru ini telah ‘menghaibkan’ rumah tempat dia dan adik adiknya membesar ! Sesungguhnya , aku tidak sangka sama sekali ! Dan dia sangat beruntung kerana kerap pulang ke kampung halaman. Bayangkan jika dia pulang sesekali atau hanya pulang ketika raya jer.. Apakah perasaannya ? Hurmm..
Antara rumah yang menjadi mangsa banjir baru baru ini di Kelantan. Menurut rakan aku tu , rumahnya telah abis dihanyut air. Namun dia bersyukur ahli keluarganya semua selamat .. Alhamdulillah .
Nasihat.. kalau teringat orang tua tu , jangan tunggu ‘free time’ baru nak lawat atau ziarah. Telefonlah sekerap mungkin jika payah nak dapat cuti.. Jangan biarkan mereka kesepian..
Hahaha.. Yeke bakat terpendam ? Sememangnya anak kecil kita berusaha meniru apa yang orang tua dia buat.. kan ? Maka sekarang dia sedang meniru apa ibu dia buat di dapur !
Memotong sayuran dan memasak .. Yer ler.. Itu yang ibu dia sering buat di rumah. Dan ayahnya ? Hurmm.. Ayahnya menaip ler .. Apa lagi kan ? Sememangnya itu yang dia ikut jugak..
“ Alamak.. Beben dah beruban ! Tua dahhh .. “ .
Komen yang seringkali aku terima. Apakah aku patut malu ? Segan ? Atau patut rasa diri dah tua.. Patut geng je ngan ngan orang orang yang dah beruban gak ke ?? Er , satu level Prof Prof Diraja je la gitu eh ? Hahaha..
Apakah sebenarnya kelebihan beruban ni ? Jeng jeng jeng .. Sebelum tu .. ada satu mitos yang dah jarang dengar .. Orang tua-tua selalu memomokkan anak-anak, "Setiap uban yang tumbuh di kepala ibu bapa ini disebabkan perbuatan jahat yang dilakukan oleh anak-anak." Kebenaran kata kata ini tidak dapat dibuktikan dengan fakta saintifik.
Hadis dari Abdullah bin Umar, Rasulullah shallallahu ' alaihi wa sallam bersabda, "Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban walaupun sehelai dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya " ( HR. Al Baihaqi dalam Syu'abul Iman . Sheilkh Al Albani dalam Al Jami ' Ash Shogir mengatakan bahawa hadis ini hasan ).
Apa pun .. amik peringatan dari UBAN ..
“ Walau bagaimanapun, keadaan rambut beruban ini adalah hukum alam semula jadi yang berlaku pada setiap orang. Hakikatnya, uban adalah petanda usia sudah tua. Maksudnya perjalanan hidup manusia lebih separuh sudah berlalu. Uban juga menjadi peringatan daripada terus melakukan keburukan dan kelalaian. Sekurang-kurangnya, apabila tumbuhnya uban, anggaplah is sebagai "pakaian putih" dialam barzakh kelak – Dewan Kosmik 2008 “.
Yang tak beruban tu , jangan ingat muda lagi yer.. Ingat ingat , ajal maut tak tunggu tua .. hehehe ..
Aku beli untuk Qhaliff.. Saja nak tengok apa dia mampu buat dengan menda alah ni .. Yer , sama cam aku ! Pusing pi pusing mai.. pastu dia tak main dah ! Sah , memang anak aku !
Dulu , aku pernah beli PlayStation. Hari ni beli , lusa aku jual ! Hahahaha.. Sesungguhnya aku terfikir selepas tu. .Kalaulah setiap kali aku main , aku menang dan duit akan keluar dari tv atau pun keluar dari remote tu .. kan best ! Ni dah la kena beli cd dia.. masa pon terbuang gitu saja.. iskhh.. rugi rugi !
Kemudian handphone.. Game dalam tu , hanyalah untuk sekadar ‘ asal ada’ .. Leh la anak layan sesekali sekala bila tengah boring dalam kereta tu.. huhu..
Di komputer ? Dalam tahun 1999 tu , ada la.. Tu pun aku main sekejap jer.. Pastu giler dengan Mirc dan ICQ .. hahaha .. Sekarang ? Di Facebook ? Hahahaha .. Maaf laa.. Aku rela abiskan masa dengan update blog. Dapat gak duit ! Heheheh…
Hurm.. mentang mentang laaa anak perempuan ! Amboiii.. dalam perlahan lahan mula nak demand !
Apa kes ? Pagi semalam , aku cuba suap dia dengan makanan yang disediakan oleh wife ..Tau apa respond Zahra ? Dia elakkan muka dia dan pandang makanan tu ! Sebelum sebelum ni , dia nganga jer !
Aku cerita kat wife .. dia kata memang Zahra dah mula memilih makanan berbanding abang dia , seusia Zahra dulu.. Nampaknya benarlah kata orang .. anak perempuan ni cepat matang ! hurmmm ..
“ Er… Nak pinjam duit boleh tak ? “ .
Kedua dua anak dara di bawah ni , terkedu kejap ! Mesti terfikir apahal aku nak pinjam duit kat student ni ? Hahahaha .. Aku pun nak test gak.. Hahaha.. Apakah sanggup nak bagi pinjam duit !
Fatin Bella dan Emas Putih
Tengok muka masing masing , macam cicak tertelan kapur ! Hahahaha.. Rileksss.. Bukan nak pinjam beribu pon.. Beratus pon tidak ! Berpuluh jauh sekali.. Nak pinjam RM5 jer pon ! Hehehe..
Apahal aku nak pinjam duit ? Ni gara gara nak gi tengok wayang ( Taken 3 ) tapi duit , kad ATM semua tertinggal di rumah ! Bawak dompet kosong jer ! Duit yang pinjam pun untuk bayar parking.. hehehe ..
Dan mereka pon beri la.. RM5… Alhamdulillah.. Touch N Go ada tapi sistem offline lak.. Adehh
Tiba-tiba mak aku call .. Dia tanya aku , kawasan tempat tinggal aku banjirkah ? Erk , biar benar ? Tak tau apa apa aku ni ? Terus aku check whatsapp.. Ada mesej bergambar dari jiran jiran di dalam group !
Hurmm… Dah berdekatan dengan rumah aku ni. Tak sangka lak air boleh naik kawasan ni .. Hurmm.. Harapnya takde yang serius .. Hurmm..
Di Pantai Timur ? Dengarnya Kuala Krai , Raub .. air naik ! Hurmm. Moga Allah lindungi kita semua ..
Setiap pagi , aku akan sakit bahagian pinggang kerana tidur di atas tilam yang dah tak empuk ! Dah bertahun lamanya tilam tersebut ! Hurm.. Teringin nak beli yang amat selesa tidur malam ku! Hehehe ..
Sementara dok google cari tilam apa yang best selain Dunlopillo , aku masuk ke Facebook Raja Shamri. Saja nak tengok status dia. Dan , automatik aku kensel nak beli tilam baru..
Status beliau masuk berkisarkan keadaan di Kelantan dan gambar gambar yang dipaparkan di Timelinenya , buat aku rasa .. hurmm.. Tunduk malu !
Gambar gambar yang aku amik ni , dari FB Raja Shamri.. Yer , rumah mereka rosak teruk atau musnah dan khemah khemah inilah mereka jadikan tempat mereka berlindung buat sementara .
Bak kata beliau..
“ Sama-sama kita bantu ... biar sedikit takpe ...
Paling tidak doakanlah mereka ...
Jangan saling tuduh menuduh
Jangan saling cari salah
Musibah ini untuk kita sama-sama insafi.. “.
Bulan 2 ni baru plan nak ke Pantai Timur. Aku yang sebelum ni kagum dengan keindahan Pantai Timur pastinya akan terasa ‘kehilangan’. Sekolah pun nak mula dah minggu depan. Macamana nak bersekolah dengan keadaan gini ? Aku tak mampu memikirkannya.. Mereka cukup tabah..