Kecoh ! Kat mana mana dalam media sosial , ada update pasal ni ! Pelbagai kata nista dilemparkan pada gadis bertudung ni ! Hanya kerana dia bertudung , maka maki hamunlah hadiah untuk dia.. Kalau tak bertudung , camana ???
Hurmm… aku tak hairan semua ni sebenarnya. Dah memang boleh dijangkakan.. Kegilaan anak gadis kita pada dunia hiburan memang tak boleh dinafikan. Mereka masih mentah. Bila minat mendahului akal , inilah jadinya.
Salah sapa ? Hurm.. Aku tak nak tuding jari tapi sebaiknya, salahkan diri kita sendiri yang mana terlalu mengagungkan hiburan tanpa batasan. Menyanjung hiburan ! Tengok drama , sampai fefiling nak dpt laki romantik gituuuu .. Tengok filem romantik sampai mengalir air mata ! Babak peluk ada dalam tu.. ok je ?? Babak cium dahi ada .. ok je ? Tak lak nak kecoh ??
Bila kita terima semua ini , kenapa kita nak persoalkan perbuatan anak gadis ni ?? Hurm… Boikot hiburan tanpa batasan ? Hehehehe.. Mampukah ? Sekejap je pun boleh buat punya .. kan ? Astro naik harga pon .. sewa gak .. Tak sewa pon amik alternatif lain.. Tetap nak tengok tv tuuu…