Bukan semua ? Hurmm.. Yeke ? Hurmm.. Hanya perokok saja boleh tahu samada mereka itu jenis pentingkan diri atau ambil berat pasal orang lain.
Nak dijadikan cerita laa.. semalam aku sekeluarga singgah makan kat satu restoran yang berhampiran rumah aku. Tempat ni bagi aku ok sangat la.. Harga murah dan sedap.
Cari tempat meja kosong.. Jumpa tapi wife ajak tukar ! Aku tahu sebab apa.. Aku plan nak gi tegur je sebab macam orang dungu je sikap dia ! Merokok di tempat tak sepatutnya ! Dah la dia duduk kat tengah tengah.. Rasa rasa asap gi mana ? Hurmm..
Dia merokok sambil tengok rancangan Mentor. Hembus nafas dan abu rokoknya di buang ke lantai ! Hurmm.. apa punya manusia laaaa ! Macam tak de otak !
Selepas dia abis merokok.. Di sebelah meja dia , sekumpulan budak muda.. ada pulak yang merokok secara terbuka ! Dilepaskan je asap ke udara tanpa rasa bersalah sama sekali ! Di sekeliling tu ramai je datang makan ! Hurmm ..
Aku rasa la .. kerajaan patut ketat dan beratkan lagi hukuman buat perokok yang merokok di tempat awam ni ..bukan sekadar tempat tertentu termasuk jugak di Parlimen ! Huuuh ..
Kalau boleh laa kan .. Pemilik restoran pon letak la tanda ‘ Dilarang Merokok’ ! JAngan la dok kira untung jer ! Haihhh.. Aparaaaaa !! Nak kaya , biar la berkat skit ! Iskhhh..