Alhamdulillah.. sampai akhirnya ! Ada kawan tanya kat mana beli dan berapa harga ? Hurmm..
Ok.. sebelum aku teruskan .. layan gambar sebelum dan selepas sofa sampai .. hehehe ..
Lapang giler rumah aku kan ? Aku suka.. Leh berlari dan main bola dengan Qhaliff .. Dan selepas sofa sampai..
Hurmm… Besar ? Kan ? Tapi selesa.. leh bantai tidur atas ni.. dan aku boleh buat kerja terus kat sini.. hehehe.. Bestttt ! Hehehehe…
Ok… sambung.. kat mana beli ? Ok.. aku tak nak syorkan tempat ni kat korang ! Kenapa ? Diaorang janji nak hantar dalam masa 10 hari tapi .. hurm.. lebih 20 hari !! Best part , telefon pon tak ! Malah maaf pon takde nak dilafazkan ! Huhhhh.. Aparaaaaa ! Aku siap bertekak dengan orang company ni sewaktu call tanya pasal perabot ni ! Hurmm
Selepas aku rujuk kembali dengan promoter yang jual perabot ni di Picc tempohari tu , barulah segala masalah selesai ! Dah la lambat.. siap suruh bayar penuh dulu baru barang sampai ! Huhhh.. Aparaa ..
Nasihat aku.. gi beli terus kat kedai perabot mereka.. senang nak deal !