Kelmarin pergi Mothercare Bangsar Shopping Centre.. Dan wife hadiahkan anak patung pada Zahra ! Yeahhhh… dah besar dah diaaa !
Dan dia suka ! Hurm.. Anak perempuan memang automatik suka anak patung ke ???
Kelmarin pergi Mothercare Bangsar Shopping Centre.. Dan wife hadiahkan anak patung pada Zahra ! Yeahhhh… dah besar dah diaaa !
Dan dia suka ! Hurm.. Anak perempuan memang automatik suka anak patung ke ???
Alhamdulillah.. segalanya berjalan dengan lancar tadi di Tv Al Hijrah. Aku ‘beraksi’ pon dengan tenang memandangkan ni bukan kali pertama aku mengadap kamera. Hehehehe..
Kali ke 2 di sini dan ke 6 kot untuk muncul di kaca tv .. Sat nak kira.. Mula mula .. Nona , Wanita Hari Ini , Salam Muslim , Gen Y , Safiyya dan Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. laku gak aku .. heee..
Semalam , sekali lagi dipanggil untuk isu Suamiku Suri Rumah. Topik biasa tapi masih luar biasa ! Hehehe.. Kan ? Masih ramai memandang serong terhadap lelaki yang menjadi suri rumah ! Terus terang , aku tak salah mereka yang memandang serong terhadap lelaki yang jadi suri rumah kerana apa ? Kerana ada yang jadi suri rumah , memang jadi suri rumah betul ! Takde income langsung ! Segalanya di tangan si isteri sampaikan rokok pon suruh isteri belikan ! Hurmm..
Suka sebenarnya aku ditemubual di sini kerana soalannya mencabar dan spontan ! Aku tak diberi taklimat atau soalan bocor pon. Segalanya di tanya masa tu gak .. Rasanya kalau blogger lom berpengalaman , leh berpeluh gak la .. melainkan dia dah biasa la dengan menda menda gini..
Apa pun , jutaan terima kasih buat Tv AlHijrah atas jemputan serta rakan rakan di media sosial yang menyokong tanpa henti , rakan rakan blogger #kelabbloggerbenashaari dan blogger yang mengenali diri ini .. dan tak lupa isteri tercinta yang kejutkan bangun tidur serta teman gi shopping beli pakaian untuk gi temubual tu.. hehehe ..
Tunggu lak kemunculan aku di Berita Harian lak yer.. heheh..
Ramai tanya aku camana rambut Zahra dan Qhaliff sangat lebat.. Hurmm.. Sememangnya masa keluar dari rahim mak dia , dua dua ni dah lebat tetapi … bila aku bawak diorang melawat orang tua aku nun di Cheras tu , mak aku akan letak dua jenis minyak kat rambut diorang .. Minyak kelapa antaranya ! Tapi minyak kelapa ni ada bau skit la kan ? Sebab tu ada yang tak suka nak letak.. Hurm..
Minyak kelapa ni ramai dah tau kelebihannya , kan ? Cuma masalahnya ialah bau ! Ahaa.. Kalau nak letak kat rambut , bau dia.. perghhh.. Nak letak kat perut , perghhh .. kan kan ?
Pernah dengar MIRACLE REFRESHING SCENT ? Ada yang pernah dan ada yang tidak .. Aku , terus terang .. tak pernah ! Hinggalah satu hari tu aku dihubungi seseorang meminta aku mereview MRS ni.. MRS ni merujuk pada MIRACLE REFESHING SCENT yer kawan kawan.
Sewaktu aku menulis entri ni , perut aku memang tak sedap laa.. Kembung ! Dah tua la katakan… Hehehee.. Makin tua makin kacak kata anak anak dara cun .. Hehe… Aku letak MRS ! Perghh.. dia punya berangin .. Sedappp jer rasa ! Macam nak tutup laptop ni dan sambung tidur ! Siap sendawa sendawa lagi haa ! Memang keluar angin betul ni ! Hurmm…
Harga ?
Ada banyak size dan bentuk botolnya.. Hehehe.. Terpulang la pada mana korang berminat nak beli . Tapi yang pastinya la kan , MRS ni bagus untuk merawat keguguran rambut , merawat kelumumur , masalah kutu dan paling menarik melebatkan rambut.. juga bertindak sebagai tonik rambut !
Selain daripada untuk rambut.. ada banyak lagi kelebih MRS ini ..
MRS ni kalau pakai selepas mandi ni , memang dapat rasa la kesegarannya ! Macam aku sekarang ni , pakai selepas subuh tadi.. Memang terasa lega perut ni .. Kalaulah pakai sebelah malam , sebelum tidur.. sapu kat tengkuk .. betis .. InshaAllah lena ! Kasi hilang lenguh lenguh dan stress ! Huhuhuh..
Untuk Zahra dan aku .. lepas mandi , sapu kat kepala.. Jadikan tonik rambut ! Hehehe.. Aku nak lebatkan rambu balik.. Bukan untuk kelihatan kacak tapi untuk kelihatan .. segak ! Auww ! Hehehehe..
MRS yang pernah terbit di Utusan Malaysia ni adalah 100% produk yang dikeluarkan oleh orang Islam. Maka , bolehlah guna tanpa was was kan ? Hehehe ..
Antara testimoni pengguna yang dah guna.. hehehe.. Mestilah kan ? Kena guna baru tau kesannya ! Jangan gebang je lebih.. Haaa !
Bagi yang berminat nak jadi agent atau dropship mahupun nak bertanya dengan lebih lanjut , boleh rujuk di :
Facebook page : Miracle Refreshing Offical Page
IG shop : Miracle Refreshing Official .
Alamat : Wisma MRS, H-6-G Putra Walk Business Park, Jalan Pinggiran Putra, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
No whatsapp : 0139364676
No office : 03 8940 4045
Untuk Pendaftaran jadi agent , klik SINI..
Tiap kali kena gi photoshoot , kena cari baju baru ! Kalau ada sponsor , tak pe la.. kalau takde ?? Macam aku ni laaa.. Asal kena kuar tv , mengelabah pikir nak pakai baju apa ! Takkan nak pakai baju #kelabbloggerbenashaari memanjang je kan ? Aku ok je sebenarnya tapi kawan kawan yang tengok mesti pelik.. Takkan tak de baju lain kot ??
Nak tak nak.. gi la Alamanda malam tadi.. Hurm.. Fokus utama, cari baju , seluar dan jeans.. Jeans aku abis koyak wooo ! Lama dah tak beli Levi’s. Hehehe.. Aku part seluar ni terutama jeans ni , tak gemar beli yang tiruan. Gatal abis celah kangkang nanti ! Pakai yang murah pon tak pe la.. asal bukan tiruan ! Heheheh ..
Ok … cari punya cari punya cari.. Jumpa la yang sesuai untuk dipakai esok untuk rancangan Assalamualaikum di Tv AlHijrah .. esok pagi tau ! Kul 8 lebih kot start ? Aku kena ada jam 745 pagi.. Hehehe.. Nak kena mekap lagi.. lalalal ..
Baju n seluar baru lagi.. Seluar yang sedia ada dah reput dah bak hanggg oiii ! Asik dok usung pakai seluar tu jer .. Ada 4 pasang pon , dok recycle tiap minggu .. hahahah .. Nasib laaa.. Jimat woiii !
Patut la artis pening kepala kan ? Siap charge untuk setiap sessi tu haaa.. Yelah , kan ? Kalau free jer.. letih laa.. Masa itu emas woiiii ! Nak win win pon , agak agak laaa kan ?
Apa pun aku suka cara Tv AlHijrah ! Diorang mmg profesional.. Hehehehe.. Bukan bodek tapi berdasarkan pengalaman.. Kali ke dua dipanggil mereka .. Hehehe..
Alhamdulillah.. nasib baik aku bukan artis.. Lalalallaa…..
Perghhh… leh pening jap kepala aku ! Kalau dulu tengok parents dok melayan anak anak menjerit menangis berlari sana sini , memang geleng kepala jer .. Dalam hati membisik..
“ Takkan laa tak leh nak jaga budak kecik .. iskhh.. “.
Masa tu umur mentah lagi la kawan .. Pemikiran asyik dok usha awek jer.. hehehe .. Mana reti semua ni ! Kaannnn .. lalalala .. Hehehe..
Bila dah ada anak.. Amik kau ! Anak menjerit terlolong tak kira tempat ! Apa nak buat ? Layankan ajaaaa.. Tu belum pakat guling merayu rayu nak mainan !
Dulu Qhaliff ok jer.. Sejap dua menjak ni jer.. Adehh… Makin ‘matang’ la yer ? Tang adik dia nangis.. pandai dia nasihat..
“ Jangan nangis laa.. “.
Tang dia nangis ? Adik dia usha jer ..
Tebalkan muka je laaa.. Apa lagi kan ? Hhuhuh..
“ Apa eh aku nak tulis dalam blog ? Hurmm.. Nak review la pasal majalah ! Untung untung , dapat ‘masuk’ dalam majalah satu hari nanti ! Ok.. nak review PA n Ma laaa ! “.
Dan buat pertama kalinya aku update entri berkenaan majalah Pa&Ma dan beberapa kali lagi.. sebab infonya memang menarik la kan ? Memang patut diupdate ke dalam blog.. berkongsi maklumat kata orang sekarang.. heheee..
Dan tahun lepas .. Aku di dalam majalah Pa&Ma sebanyak dua kali !! Perghhhh.. tak sangka sungguh ! Impian jadi kenyataan !
Dan beberapa lagi buah majalah , aku dah pon ‘berada’ di dalamnya ! Satu pencapaian diluar jangkaan aku .. Tidak aku duga sama sekali ! Alhamdulillah..
Kemudian , aku teringin melancong ke luar negara.. tanpa keluarkan duit sesen pon ! Maklumlah , dengar kata blogger ni akan disponsor kalau kita pandai bercerita ! Aku pun pasang angan angan laaa .. hehehe .. Mana la tauuu ..
Maka setiap perjalanan atau percutian tu , aku tulis dalam blog.. Bukanlah harapkan ‘balasan’ tapi mana la tau kot kot ada yang berminat , kan ?
Nak dijadikan cerita .. akhirnya aku berada di kota Paris !
Sebelum sebelum tu , aku teringin nak makan free di restoran besar.. menginap hotel mahal maha , sponser gadget , barangan elektronik cam home teater , tv ..review kereta , review filem.. masuk tv .. jadi duta ! Perghhh .. jadi duta tuuuu ! Boleh ker ??? Semua tu , impian aku sehari selepas bergelar blogger !!
Alhamdulillah.. satu demi satu aku mencapainya sehingga hari ini.. Aku dah jadi duta kepada beberapa produk dikenali ramai dan ini salah satunya !
Irma Hasmie pon kenal ‘Ben Ashaari’ .. Suka suka sukaaaaaaa.. Bukan sebab popular atau gila glamer tapi berasa gembira kerana apa yang aku impikan selepas sehari aku kenal komputer , berjaya aku capai akhirnya !
Kalau orang kata bolehkan blogger hidup dengan pendapatannya ? Mengapa seorang mat despatch berjaya beranak pinak hanya dengan pendapatan tak seberapa ? Pucuk pangkal , kena rajin dan usaha ! Jangan cepat berpuashati dengan apa yg ada di tangan. Kena usaha dan usaha lagi tapi pada masa yang sama , jangan tercicir akhirat .. kan ?
Dan esok .. sekali lagi aku dijemput ke Tv AlHijrah untuk rancangan Assalamualaikum .. Seronok dan bangga. Walaupun blog aku sekadar blog biasa tapi orang kata la kan .. yang penting apa yang disampaikan di dalamnya ! Kaannnn … kannnn ..
Terima kasih buat semua rakan rakan yang menyokong dari mula hingga sekarang seperti Mat Gebu dan rakan rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari ( #kelabbloggerbenashaari ) .. Rakan rakan di Facebook dari awal aku mengenal Facebook , hingga hari ini masih lagi setia jadi silent reader dan juga sering memberi sokongan.
Jangan risau .. aku masih seperti dulu.. Aku masih belum berjaya bergelar BLOGGER ..
Alhamdulillah.. sampai akhirnya ! Ada kawan tanya kat mana beli dan berapa harga ? Hurmm..
Ok.. sebelum aku teruskan .. layan gambar sebelum dan selepas sofa sampai .. hehehe ..
Lapang giler rumah aku kan ? Aku suka.. Leh berlari dan main bola dengan Qhaliff .. Dan selepas sofa sampai..
Hurmm… Besar ? Kan ? Tapi selesa.. leh bantai tidur atas ni.. dan aku boleh buat kerja terus kat sini.. hehehe.. Bestttt ! Hehehehe…
Ok… sambung.. kat mana beli ? Ok.. aku tak nak syorkan tempat ni kat korang ! Kenapa ? Diaorang janji nak hantar dalam masa 10 hari tapi .. hurm.. lebih 20 hari !! Best part , telefon pon tak ! Malah maaf pon takde nak dilafazkan ! Huhhhh.. Aparaaaaa ! Aku siap bertekak dengan orang company ni sewaktu call tanya pasal perabot ni ! Hurmm
Selepas aku rujuk kembali dengan promoter yang jual perabot ni di Picc tempohari tu , barulah segala masalah selesai ! Dah la lambat.. siap suruh bayar penuh dulu baru barang sampai ! Huhhh.. Aparaa ..
Nasihat aku.. gi beli terus kat kedai perabot mereka.. senang nak deal !
Hurmmm.. Zahra tak boleh nampak muka mak dia.. Kalau nampak , terus menangis ! Hehehehe .. Dia nampak muka aku , dia cool jer tapi kalau Qhaliff yang nampak , berubah terus ! Hahahaha..
Hurm.. Hurmmm… Dalam manja manja Zahra ni , senang je jaga dia. Sama cam abang dia. Nangis pon tak de la tahap merengekk berpanjangan .. Kejap kejap je pon..
Hurm.. makin suka belajar dia skang ni.. Sekejap je masa berlalu.. Qhaliff makin rapat dengan aku.. Orang kata anak lelaki rapat dengan ibunya ? Belum lagi kot .. kan ?
Semalam gi tengok film ni dengan blogger Kyle Ril. Sepanjang perjalanan cerita tu , aku ternanti nanti punchline ! Hahahaaa… Grrr… Rugi tengok cerita serupa cerita budak tadika ni !
Tolonglahhh..tolonglah , jangan bazirkan duit korang dan juga masa ! Cerita ni , cerita sampah ! Bruce Willis sekadar digunakan untuk lariskan film yang .. adoiyaiiii !
Aku bagi 1.5 bintang !! Hancur.. lebur.. Grrr.. Pulangkan duit akuuu Willy oiiiiii !!
Susu yang berharga beratus ringgit ni , terpaksa aku buang begitu saja ! Masih banyak lagi kandungannya. Namun disebabkan dah melebihi tempoh masa guna sepatutnya , aku dengan berat hati .. masukkan ke dalam tong sampah !
Walaupun expired date September 2015 tapi disebabkan aku dah guna pada July tahun lepas , rasanya dah tak sesuai untuk gunakan dah !
Merujuk pada page yang berkenaan , tempoh guna susu tepung ni adalah 26 minggu ! Aku tak berani amik risiko. Takut rosak la buah pinggang nanti.. kan ?
Susu tepung , 26 minggu ! Hurmm.. Redha je la.. Lusa beli lain laaa.. Kalau dapat satu tong ni bawah RM200 , kira murah dah.. Cuma risau ada yang tiruan.. Hehehe..
Susu untuk besarkan otot .. Lalalalala.. Susu anak , ada dah.. original.. hahaha ..
Kalau mak dia ada , dia nak ! Kalau mak dia takde di sisi , dia tak kisah !! Dia boleh je minum susu botol biasa jer .. Kalau di rumah , dia akan tumpang sekaki dengan adik dia .. Nasib baik adik dia tak kuat menyusu. Baby perempuan perut kecik kot ?
Tapi bagusnya tiap kali nak menyusu , dia mintak izin dulu.. Hehehe.. Takde la main serbu gitu.. Kalau dok baring ngan aku , dia akan tanya aku terlebih dahulu. Kalau aku bagi , baru dia gi.. Kalau aku tak bagi ? Dia bantai nangis.. maka aku takde pilihan sebenarnya !
Dah tiba masa putus susu.. Tapi nak wat camana eh ?
Buku yang baru aku terima dari penulisnya sendiri membuatkan aku kembali bersemangat untuk menyahut cabaran menslimkan semula badan aku ! Hehehehhe ..
Bukan mudah tapi seronok menyahut cabaran ni ..Bukan saja badan sihat malah kembalikan stamina seperti orang muda.. Er , aku mmg muda tapi nak kelihatan lebih muda lagi.. Hehehee.. Ok peee !
Dulu boleh laa.. hari hari gi gym.. Pagi gi gym.. Petang gi gym.. Beli susu protein.. Tapi sekarang ? Pagi kena jaga anak.. Petang bila nak bersenam atau jogging , si anak nak ikut sama.. Huhuh.. Belum masanya untuk bawak sekali.. Hurm.. Ke gym boleh la tapi kena pantau.. Dah tak leh nak workout..
Maka dengan kehadiran buku ini.. aku seperti ada ‘kawan’ rapat yg turut guide aku dan memberi semangat ! Hehehe.. Best pe ada kawan kasi semangat untuk membakar lemak dan menurutkan berat badan ! Kaannn ..
Dan aku mulakan sedikit demi sedikit.. Mula mula , pecahkan peluh .. maka minggu ni aku kuatkan azam turun ke gym..
93kg ??? Biar betikkkk … Hahahaha.. Sebelum kawin dulu , berat maintain 80kg jer ! Hehehehe .. Mampukah aku membuang lemak lemak terumatanya di bahagian.. hurm… Benci tul nak sebut.. Perut !! Tiada lagi ‘durian’ di perut aku..
2010 – Dua tahun selepas kawin ..
2015 – Setelah beranak dua .. hehehe.. Bini yg beranak. Aku jaga anak jer.. Hehehe ..
Hurmm.. Sebenarnya aku tak la kisah sangat lemak tu.. Aku bukanlah nak buat badan untuk masuk pertandingan atau jadi artis KPoP pon.. hehehe.. Tapi lebih pada nak kelihatan segak dan bergaya bila berpakaian kemas.. hehehe .. Dan paling penting ialah sihat !
Maka , Februari ni adalah bulan kepada kerja keras dan kerja bijak.. hehe.. Work smart kata mereka yang malas.. hahaha… cam aku.. heee.. Aku bukan nak kurus yer.. Aku nak kelihatan cam.. Er , The Rock ? Gile ke apa.. Tu taraf T-Rex .. Memadai la cam Vin Diesel.. heehe.. Leh botak kepala balik , kan ? Lalalala ..
Atau badan cam mamat bawah ni ! Perghhh.. Confirm bla bla bla .. Sambung la sendiri ! Hahahah ..
Tak susah pun sebenarnya. Aku dah buat banyak kali sebab badan aku dah banyak kali turun naik.. Heheheh.. Sekurangnya aku ada alasan nak ke gym.. lalalala ..
Hurmm..
“ Daddy , nak ‘busss’ .. “.
Aku tak paham maksud Qhaliff. Aku try jawab ..
“ Ok.. “.
Terus dia ke riba aku yang mana ketika tu aku sedang memandu kereta. Cepat cepat aku suruh dia duduk kembali ke tempat asal dia.. Hurmmm .. Tu rupanya..
Bila sampai ke kawasan perumahan aku dan waktu pun ketika tu dah lewat malam.. Baru aku ajak dia duduk di riba aku. Rasanya dia dah lama teringin sebab dok memandang je kita kan ? Budak ni penuh tanda tanya..
Betul.. perbuatan ni merbahaya sangat ! Jangan dibuat atau galakkan anak anak ! Tapi ramai je parents buat kan ? Kekadang puas larang.. meraung dalam kereta .. Sakit kepala woo dengar ! Akhirnya , mengalah ..
Owh.. gambar bawah ni , kereta tak bergerak yer.. Sekadar gambar hiasan.. hehehe ..
Setelah dua hari Zahra tak berak.. malam tadi , dalam kereta dia berak kaw kaw baunya.. Aku pelik gak kenapa dia leh berak dalam kereta.. Biasanya kat rumah je baru berak..
Dan pagi tadi , mak aku tanya aku..
“ Zahra berak tak semalam ? “ .
Aku jawab je la yer .. Mak aku kata , dia sapu minyak Batook Ori yang aku sendiri bagi kat dia.. Minyak tu aku beli kat Pati Batook Ori yang mana agennya bekerja di Kementerian Kewangan. Maka dekat ngan aku dah.. Booking dan sampai masa gi amik jer.. Senang.. Diorang pon ada agen di tempat lain. Kalau nak jadi agen pon ok jer..
Sambung cerita.. Selepas tu mak aku kata Zahra kentot kentot terus.. Dan nak dijadikan cerita , bukan berlaku pada Zahra jer.. Ramai kawan kawan yang dah beli minyak ni akui keberkesanannya .. Alhamdulillah..
Aku pun pakai kalau kaki atau tangan lenguh. Lepas bangun tidur , memang lega.. Ada kawan tanya.. bau dia camana ? Baunya relaks jer.. Budak confirm suka !
Untuk kembung kembung perut , memang sesuai.. Tapi kalau kembung sebab ‘perbuatan’ laki sendiri tu , tak pernah try lagi la.. heehhe..
Dalam kepala.. Mesti ada skandal la tuuuu ! Ahaa.. kan ? Dah tu , apasal nak bawak masuk phone lak dalam tandas kan ? Ha.. Tinggalkan je la kat luar tu.. huhhh !
Hehehe.. Ok la tu.. Banyak kes gitu kan ? Tapi ada beberapa kes terpencil betapa pentingnya membawa telefon ke dalam bilik air ni ! Haa.. Contohnya terjadi pada aku sendiri laa.. Aku dah standby dah masa tu ! Hehehehe..
Apa kes ? Hurm.. Kes tergelincir sewaktu keluar dari tandas ! Hurmm.. Ada dua kes yang aku dengar sendiri dari mangsa dan juga cerita atas cerita ..
Pertama .. Terjadi pada kenalan aku sendiri.. Sewaktu tu dia keseorangan di rumah.. Dia baru lepas mandi.. keluar dari bilik air pastu tergelincir ! Terus tak boleh bangun ! Nasib baik ada telefon di tangan dia masa tu ! Bayangkan kalau takde ?
Yang kedua .. Kawan aku cerita la.. kawan dia tergelincir lalu kepala kena sinki. Berdarah koooo ! Dan dia bernasib baik sebab dok pegang phone ! Dia terus call kawan dia mintak cepat cepat datang rumah. Pastu terus pengsan ! Hurmm..
Curang ? Hehehehe .. Apa gila nak curang call awek dari dalam tandas ! Tak romantik tul !