Wow ! Terliur jap tengok stroller stroller terbaru keluaran Bugaboo di Mothercare Bangsar Shopping Center baru baru ini. Walaupun harganya mahal tapi bagi aku la kan , mereka yang berkemampuan stroller keluaran Bugaboo ni memang patut dimiliki andai punya anak kecil !
Kenapa aku kata patut dimiliki ? Hurmm .. Aku sendiri pakai satu dan ternyata ianya mudah sangat untuk mengendalikannya ! Keselesaan dan paling penting , mudah nak mengusungnya ke sana sini.. hehehe..
Antara yang terbaru ialah ..
Bugaboo Donkey : Sesuai untuk mereka yang ada anak kembar atau anak kecil yang jaraknya dekat.. Cam Qhaliff dan Zahra la .. Mudah untuk dikendalikan dan menariknya , mudah untuk disimpan dan dibawa travel ke mana saja.. Antara yang gunakannya ialah Irma Hasmie.
Klik SINI untuk info selanjutnya.
Bugaboo Cameleon : Ini kalau anak sorang , memang best ! Smart , moden dan pelbagai cara nak guna ! Waranti 3 tahun yer.. Hehehe.. Tahan lama kalau reti nak guna laa.. hehee..
Untuk info selanjutnya, klik SINI.
Bubagoo Buffaloo : Ini kalau nak masuk hutan , nak cross country , bersalji ke .. hahaha .. sesuai ! Memang dibina untuk tahan lasak. Camana punya ‘kasar’ penggunaan , terutama mereka yang tak ‘lembut orangnya ‘ , yang ni memang sesuai !
Nak tau dengan lebih lanjut , seperti biasa .. klik SINI.
Kalau anda berkemampuan dan tercari stroller untuk simanja anda , aku cadangkan cuba Bugaboo.. Ketahanan , kelasakan antara faktor yang patut difikirkan..
Aku ada beli satu yang biasa biasa , tapi .. hurmm.. Pakai jap jer rosak ! Pastu dah kena beli lagi.. Yang buat stress tu , rosak di tempat tak sepatutnya pulak tu.. Haishhh !
Tak mampu ? Hurmm.. Tapi nak jugak ? Hehehe.. Sila rujuk Mothercare berhampiran anda ..
Terharu tengok sikap Qhaliff sekarang. Sayang sungguh dia ngan adik dia ni !
Ada sekali tu , dia tidur ngan adik dia dalam bilik. Aku ada kat ruang tamu.. Zahra terjaga pastu menangis. Qhaliff yang sedang lena .. terus terjaga dan datang kepada aku untuk bagitau yang Zahra sedang nangis.. Hahahah.. Selagi aku tak bangun gi amik Zahra , dia berdiri depan aku.. sambil gosok mata ! Hahaha ..
Dan petang semalam.. Zahra menangis sebab wife tinggalkan dia .. dia ke dapur jap. Zahra ni bila mak dia ada , manja lebih ! Dan Qhaliff datang memujuk !
Hurmm.. Dan mula dah nak cium pipi adik dia sekarang ni.. Dulu tak nak ! Hurmmm.. dah jadi along ..
Semalam dia tinggal sepetang di rumah nenek dia .. Siap amik phone , call ‘ Yaya’ .. Hahahaah .. Dia rindu kat Zahra .. Masa gi amik dia , terus dia cium Zahra dulu.. Hurmmm…
Besar dah ..
Setiap manusia pasti akan ada inspirasi untuk maju ke hadapan.. kan ? Apakah inspirasi korang ? Aku ? Hurmm.. Inspirasi aku dulu dan sekarang ialah ayah aku !
Kenapa ayah aku ? Hurmm.. Sejak kecil lagi aku lihat ayah aku bekerja siang malam hanya untuk meningkatkan ekonomi keluarga dia. Siang kerja lain , malam buat kerja lain..
Hinggalah satu hari , dia amik keputusan untuk berhenti kerja dan mulakan bisnes dia sendiri iaitu perkhidmatan bas sekolah. Dengan cara ini dia sendiri hantar anak anaknya ke sekolah. Di sebelah malam , dia bawak teksi .. Aku lihat dia bekerja tanpa henti. Hasilnya , anak anaknya sambung belajar tanpa berhutang sesen pon !! Hasil dari pengorbanan dia ..
Dan terus terang , semangat dia itulah yang aku amik sekarang ni untuk membesarkan anak anak aku. Aku berhenti bekerja dengan orang dan buat perniagaan yang lama dah aku inginkan iaitu menulis blog !
Syukur pada Tuhan , aku berjaya sekarang ! Dan perlu terus bekerja keras untuk memastikan keluarga aku dalam keadaan serba lengkap. Jadikan inspirasi untuk terus berjaya dan berjaya !
Dan DIGI kembali di media social dengan berkongsikan inspirasi inspirasi mereka yang telah berjaya kepada masyarakat juga aku ! Jom baca inspirasi mereka di Twitter dan Facebook dengan follow #digiLetsInspire ini.
Secara tak sengaja.. ternampak taman ni kat Presint 4 , Putrajaya. Wife pon bersuara ..
“ Aik.. Taman apa ni bang ? “.
Ok.. tu secara halus kata-katanya .. Disebalik kata-katanya itu , bermaksud ..
“ Bang , jom singgah sini ! “. Kaannn.. Orang perempuan memang gituu , kaannn ! Aku takde masalah. Aku memang sukaa .. hehehe .. Best best ! Tengok jam .. dah hampir 630 petang. Ada setengah jam jalan jalan..
“ Eh , bang.. ni la taman Beijing yang diorang dok kecoh kecoh di FB tuuu .. “. Kata wife lagi.. Memang feveret aku la tempat tempat gini.. hehe..
Ok gak tempat ni kalau nak berfotografi.. Lain skit panoramanya.. Dan yang sedang hangat bercinta .. pe lagi ! Maii la siniii !!
Semalam , ke Farm In The City. Wajib bawa selain bawa duit dan anak , bawak menda di dalam gambar di bawah ni ! Ahaaaa ! Wajib bawak kerana kita akan masuk ke kawasan yang menarik tetapi perlu awasi si ‘Dracula Kecil’ ni ! Hurmm..
Mak aku sapukan pada Qhaliff dan cucu yang lain ! Tapi mak aku terlupa sapu kaki dia dan kesannya ? Kaki dia dalam masa tak sampai 10 minit , dah tergaru garu ! Bila aku check , memang kena gigit nyamuk TETAPI bahagian yang mak aku letak losyen tu , takde disinggahi nyamuk ! Hehehehe ..
Bapak aku sendiri pelik nape tak rasa ada nyamuk sama sekali ! Hurmm.. Aku bagitau dia yang aku bubuh losyen ni.. memang berbaloi katanya !
Alhamdulillah.. Perlu cegah sebelum parah , kan ? Hehehe..
Kelmarin pergi Mothercare Bangsar Shopping Centre.. Dan wife hadiahkan anak patung pada Zahra ! Yeahhhh… dah besar dah diaaa !
Dan dia suka ! Hurm.. Anak perempuan memang automatik suka anak patung ke ???
Alhamdulillah.. segalanya berjalan dengan lancar tadi di Tv Al Hijrah. Aku ‘beraksi’ pon dengan tenang memandangkan ni bukan kali pertama aku mengadap kamera. Hehehehe..
Kali ke 2 di sini dan ke 6 kot untuk muncul di kaca tv .. Sat nak kira.. Mula mula .. Nona , Wanita Hari Ini , Salam Muslim , Gen Y , Safiyya dan Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. laku gak aku .. heee..
Semalam , sekali lagi dipanggil untuk isu Suamiku Suri Rumah. Topik biasa tapi masih luar biasa ! Hehehe.. Kan ? Masih ramai memandang serong terhadap lelaki yang menjadi suri rumah ! Terus terang , aku tak salah mereka yang memandang serong terhadap lelaki yang jadi suri rumah kerana apa ? Kerana ada yang jadi suri rumah , memang jadi suri rumah betul ! Takde income langsung ! Segalanya di tangan si isteri sampaikan rokok pon suruh isteri belikan ! Hurmm..
Suka sebenarnya aku ditemubual di sini kerana soalannya mencabar dan spontan ! Aku tak diberi taklimat atau soalan bocor pon. Segalanya di tanya masa tu gak .. Rasanya kalau blogger lom berpengalaman , leh berpeluh gak la .. melainkan dia dah biasa la dengan menda menda gini..
Apa pun , jutaan terima kasih buat Tv AlHijrah atas jemputan serta rakan rakan di media sosial yang menyokong tanpa henti , rakan rakan blogger #kelabbloggerbenashaari dan blogger yang mengenali diri ini .. dan tak lupa isteri tercinta yang kejutkan bangun tidur serta teman gi shopping beli pakaian untuk gi temubual tu.. hehehe ..
Tunggu lak kemunculan aku di Berita Harian lak yer.. heheh..
Ramai tanya aku camana rambut Zahra dan Qhaliff sangat lebat.. Hurmm.. Sememangnya masa keluar dari rahim mak dia , dua dua ni dah lebat tetapi … bila aku bawak diorang melawat orang tua aku nun di Cheras tu , mak aku akan letak dua jenis minyak kat rambut diorang .. Minyak kelapa antaranya ! Tapi minyak kelapa ni ada bau skit la kan ? Sebab tu ada yang tak suka nak letak.. Hurm..
Minyak kelapa ni ramai dah tau kelebihannya , kan ? Cuma masalahnya ialah bau ! Ahaa.. Kalau nak letak kat rambut , bau dia.. perghhh.. Nak letak kat perut , perghhh .. kan kan ?
Pernah dengar MIRACLE REFRESHING SCENT ? Ada yang pernah dan ada yang tidak .. Aku , terus terang .. tak pernah ! Hinggalah satu hari tu aku dihubungi seseorang meminta aku mereview MRS ni.. MRS ni merujuk pada MIRACLE REFESHING SCENT yer kawan kawan.
Sewaktu aku menulis entri ni , perut aku memang tak sedap laa.. Kembung ! Dah tua la katakan… Hehehee.. Makin tua makin kacak kata anak anak dara cun .. Hehe… Aku letak MRS ! Perghh.. dia punya berangin .. Sedappp jer rasa ! Macam nak tutup laptop ni dan sambung tidur ! Siap sendawa sendawa lagi haa ! Memang keluar angin betul ni ! Hurmm…
Harga ?
Ada banyak size dan bentuk botolnya.. Hehehe.. Terpulang la pada mana korang berminat nak beli . Tapi yang pastinya la kan , MRS ni bagus untuk merawat keguguran rambut , merawat kelumumur , masalah kutu dan paling menarik melebatkan rambut.. juga bertindak sebagai tonik rambut !
Selain daripada untuk rambut.. ada banyak lagi kelebih MRS ini ..
MRS ni kalau pakai selepas mandi ni , memang dapat rasa la kesegarannya ! Macam aku sekarang ni , pakai selepas subuh tadi.. Memang terasa lega perut ni .. Kalaulah pakai sebelah malam , sebelum tidur.. sapu kat tengkuk .. betis .. InshaAllah lena ! Kasi hilang lenguh lenguh dan stress ! Huhuhuh..
Untuk Zahra dan aku .. lepas mandi , sapu kat kepala.. Jadikan tonik rambut ! Hehehe.. Aku nak lebatkan rambu balik.. Bukan untuk kelihatan kacak tapi untuk kelihatan .. segak ! Auww ! Hehehehe..
MRS yang pernah terbit di Utusan Malaysia ni adalah 100% produk yang dikeluarkan oleh orang Islam. Maka , bolehlah guna tanpa was was kan ? Hehehe ..
Antara testimoni pengguna yang dah guna.. hehehe.. Mestilah kan ? Kena guna baru tau kesannya ! Jangan gebang je lebih.. Haaa !
Bagi yang berminat nak jadi agent atau dropship mahupun nak bertanya dengan lebih lanjut , boleh rujuk di :
Facebook page : Miracle Refreshing Offical Page
IG shop : Miracle Refreshing Official .
Alamat : Wisma MRS, H-6-G Putra Walk Business Park, Jalan Pinggiran Putra, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
No whatsapp : 0139364676
No office : 03 8940 4045
Untuk Pendaftaran jadi agent , klik SINI..
Tiap kali kena gi photoshoot , kena cari baju baru ! Kalau ada sponsor , tak pe la.. kalau takde ?? Macam aku ni laaa.. Asal kena kuar tv , mengelabah pikir nak pakai baju apa ! Takkan nak pakai baju #kelabbloggerbenashaari memanjang je kan ? Aku ok je sebenarnya tapi kawan kawan yang tengok mesti pelik.. Takkan tak de baju lain kot ??
Nak tak nak.. gi la Alamanda malam tadi.. Hurm.. Fokus utama, cari baju , seluar dan jeans.. Jeans aku abis koyak wooo ! Lama dah tak beli Levi’s. Hehehe.. Aku part seluar ni terutama jeans ni , tak gemar beli yang tiruan. Gatal abis celah kangkang nanti ! Pakai yang murah pon tak pe la.. asal bukan tiruan ! Heheheh ..
Ok … cari punya cari punya cari.. Jumpa la yang sesuai untuk dipakai esok untuk rancangan Assalamualaikum di Tv AlHijrah .. esok pagi tau ! Kul 8 lebih kot start ? Aku kena ada jam 745 pagi.. Hehehe.. Nak kena mekap lagi.. lalalal ..
Baju n seluar baru lagi.. Seluar yang sedia ada dah reput dah bak hanggg oiii ! Asik dok usung pakai seluar tu jer .. Ada 4 pasang pon , dok recycle tiap minggu .. hahahah .. Nasib laaa.. Jimat woiii !
Patut la artis pening kepala kan ? Siap charge untuk setiap sessi tu haaa.. Yelah , kan ? Kalau free jer.. letih laa.. Masa itu emas woiiii ! Nak win win pon , agak agak laaa kan ?
Apa pun aku suka cara Tv AlHijrah ! Diorang mmg profesional.. Hehehehe.. Bukan bodek tapi berdasarkan pengalaman.. Kali ke dua dipanggil mereka .. Hehehe..
Alhamdulillah.. nasib baik aku bukan artis.. Lalalallaa…..