Terkedu ? Kecil hati ? Bengang ? Rasa apa ?? Aku rasa … aku rasa … Biasa jer .. Kalau aku tak buat , aku tak perlu nak sentap atau nak marah ! Kan ?
Bagi aku la.. sebelum kita nak menuding saudara seagama kita yang lain tu ‘tak betul’ kita kena pastikan dulu diri kita.. kemudian , fakta serta maklumat tersebut.. Kemudian , kesan dari tuduhan tu.. Apakah impaknya ? Kalau tak , kita sebenarnya agen yahudi .. berjaya memecah belahkan saudara seagama ,kan ?
Blogger , satu nasihat la .. Ada yang baru buat blog , masih tercari rentak dan hala tuju.. Ada yang nak cepat dapat duit sampai terlupa keberkatan malah ada yang tak kisah soal halal haram.. Biarlah RM1 , tapi berkat dari RM1K tapi hasilnya dari penulisan yang merosakkan minda pembaca atau gossip yang menjatuhkan insan lain mahupun menulis fitnah !
Bagi aku , pengomen di dalam gambar tu lom tau keselurahan kerja kerja yang perlu dilakukan oleh seorang blogger yang benar benar mencari makan melalui blog..
Fikirkan sendiri sebelum melemparkan tuduhan dan blogger pon sila jaga nama masing masing ..