Gambar anggota polis bertugas tertidur dirakam dan disebar di media sosial lalu kedua anggota polis tersebut diambil tindakan tatatertib !
Persoalannya , wajarkah buat begitu ? Apakah niat orang yang merakam tu ? Hurmmm.. Bagi aku , sungguh tidak bertanggungjawab perangai begini !
Aku bukanlah nak backup sangat tapi aku pun manusia. Aku yang jaga dua orang anak aku di siang hari pon kerap juga tertidur ! Bukan nak sangat tidur tapi dah tak boleh lawan bijik mata ! Apakah orang yang amik gambar ni tak pernah tertidur ?
Oh.. kalau dia polis maka dia tak leh tertidur ? Hurmmm.. Agak agak la.. Diorang ni pon manusia ! Kalau letak robot kat situ , baru padan muka ! Cakap la ngan robot.. Haa.. Kalau kena saman , takde budi bicara dah ! Sila bayar tanpa ada rayuan.. Haih..
Kita ni , part nak jatuhkan orang lain .. laju je kan ? Kena kat batang hidung sendiri.. baru ada akai !