Awal pagi memandu , memang mendamaikan ! Rasa nyaman dan segar. Memerhati cermin sisi kiri dan kanan serta cermin belakang.. SubhanAllah.. Cantik mentari yang mula menampakkan diri..
Aku bagi ‘signal’ dan berenti sekejap untuk amik gambar.. Wife , bukan jenis ‘sensitif’ menda gini. Aku bagitau dia dan dia cuma..
“ Owh… Cantik..”.. tanpa perasaan ! Hahahaha.. Kalau tunjuk poster MotherCare sedang ‘Sale’ , dia punya teruja macam sedang berada di depan Eiffel Tower nun di Paris tu ! Huhhh.
1 minit berenti dah memadai untuk membuatkan aku lewat 15 minit untuk tiba di Cheras ! Dan kereta semakin banyak. Masing masing berpusu pusu ke destinasi yang dah disetkan dalam kepala otak ! Semua nak cepat sampai dengan selamatnya. Selamat tu aku rasa mesti jatuh dalam no 3.4 dan keutamaan adalah sampai sebelum lewat ! Hurmm..
Dalam keadaan begini , pasti akan ada ramai pemandu cuai ! Termasuk aku sendiri yang hampir eksiden kelmarin kerana leka gara gara asyik mensetkan jadual harian di dalam benak hingga tak sedar van di depan sedang berhenti untuk masuk selekoh ! Nasib baik dia bagi ‘signal’ ke kanan dan wife sedar ! Aku ingatkan dia nak ke kiri dan aku nak potong dia di sebelah kanan ! Alhamdulillah , kereta dalam keadaan baik kerana aku rajin servis kereta. Kebaikan servis kereta bila sampai masanya ni banyak. Segalanya bertujuan untu keselamatan dan keselesaan pemilik , kan ?
Kemudian teruskan perjalanan.. Sepanjang perjalanan , aku dihiasi dengan permandangan pemandu kereta yang cukup malas menggunakan ‘signal’ bila nak masuk ke laluan pemandu lain dan ikut suka tekak diorang memotong laluan pemandu lain yang mana mengikut arahan JPJ yakni jarakkan kereta anda dengan kereta depan ! Dah kita ni jarakkan kenderaan untuk elakkan bercium dengan kereta depan , datang malaun ni , celah depan kita ! Dah tak pasal pasal rapat dengan kereta diaaaa ! GGrrrrr..
Serius aku tak paham kenapa kita malas sungguh nak gunakan ‘ signal’ ! Apakah kereta kita kelihatan seperti pondan tak bermekap atau kelihatan seperti kapal angkasa makhluk asing ??????
Kita terlupa atau tidak , perlu diingatkan dengan memberi ‘signal’ , kita mampu memgubah kehidupan kita untuk hari itu.. Contohnya elakkan kemalangan dan dapat elakkan doa buruk dari pemandu lain ! Contohnya ..
“ Celaka betul orang tu.. Dia ingat dia je nak cepat gi pejabat ke ?? “.
Biar lambat , asalkan selamat. Nak cepat , sila keluar sebelum subuh ke tempat kerja ..maksudnya , rancang la perjalanan ..
Panjang pulak aku bebel.. hehehe…