Nak salahkan sapa ? Sendiri tak reti nak letak elok elok.. Tapi bagus gak la.. jgn sayangkan duniawi sgt..
Pujuk hati dengan cara gitu , pasti tak rasa kecewa punya.
Nak salahkan sapa ? Sendiri tak reti nak letak elok elok.. Tapi bagus gak la.. jgn sayangkan duniawi sgt..
Ternampak di Jusco Cheras baru baru ni. Tanya harga.. RM499 ! Kualiti siang dan malam memang mengagumkan , katanya laa ! Berdasarkan risalah yang dia beri tu , memang benar katanya.
Aku tanya wife.. Nak tak amik ? Dia tanya aku , buat apa ? Bab ni kan.. kalau tanya orang perempuan , diorang memang agak kurang peka skit.. Maklumlah , gadget ni lelaki je yang ‘gila’ !
Tapi kalau kita rujuk kembali kemalangan yang berlaku kebelakangan ni , kalau ada bukti video.. pasti sangat membantu ! Ni kalau cakap mulut jer , jenuh gak !
Yelah.. harga memang agak terkedu skit..seringgit lagi RM500 ! Dah la tak de diskaun.. silap silap tambah lagi GST !
Namun begitu , perakam video khusus untuk kereta ni memanglah bagus digunakan. Aku sendiri kelmarin hampir langgar dengan kereta yang mana ada sebijik kereta lahanat pemandunya , secara suka hati nenek dia main celah masuk depan aku , tanpa beri sebarang isyarat sama sekali ! Tak ke bengang !! Kang bila berlanggar , kita salah sebab kita yang langgar belakang dia !!! Grrrr..
Hurm.. nampaknya , aku kena kumpul duit sehari RM1 untuk beli kamera ni ! Suka atau tidak , keselamatan dan bukti bergambar amatlah penting ketika berada di atas jalan raya ! Kan kan ?
Untuk Aidilfitri ? Heehehe.. Sebenarna , dah boleh pakai pon sekarang ! Nampak kemas dan smart la pulak dia pakai gini.. kan ? Cuma Zahra jer aku tak sempat test lagi.. Qhaliff , terus tak nak bukak jubah dia ni..
Menurut rakan aku , dia buat jubah dan baju kurung ni terhad.. tapi akan keluar design lain lak . Kalau nak beli , kena segera..
Boleh hubungi di instagramnya : LEQEERSHA_QHAISER
“ Nak makan apa ni ? “ Tanya aku pada wife yang sedang suapkan Zahra makan.
“ Ikut abang la.. Abang nak makan apa ? “ Tanya wife semula pada aku. Menda menda gini lah buat ramai suami teringin nak terjun KLCC dan pulang semula ke rumah mereka.
“ Mee goreng mamak nak ? “ Tanya aku semula. Aku tau dia takkan nak punya ! Dia kurang gemar makan masakan mamak. Sebab tu aku tak memasak di rumah. Aku kan berdarah mamak gak. Hahaha.. Ok tak alasan aku ?
Respon dari dia amat perlahan.
“ Ikut abang laa.. “ Jawab dia acuh tak acuh.
Eleeeh.. tau sangat aku..
“ Abang gi kat kak Laila nak ? “ Umpan aku dan mengena ! Pantas je dia jawab..
“ Nakk.. nak ikan patin masak tempoyak. “
Tau dahhh… Dah aku pon bersiap. Jam 10.30 malam aku kuar rumah. Terlalu lewat untuk makan malam. Tapi nak buat , perancangan malam ni tak menjadi sama sekali. Ikutkan nak tidur kat Cheras tapi disebabkan beberapa perkara peting tak dapat diselesaikan , maka awal pagi esok je la gi.. Hurmm..
Beberapa minit kemudian aku memandu ke MMA Santai Corner , Bandar Baru Nilai. Ke warung D’Laila SupPower ! Sapa tak kenal dia kat situ ??? Semua kenal woooo.. Warung yang senantiasa dipenuhi pelanggan dek kerana menu menunya yang lazat. Alhamdulillah.
Tapi seperti biasa.. aku pantang duduk lepak ngan Kak Laila dan suaminya. Cofirm berbual panjang punya.. Dan dalam tak sedar , aku terima mesej dari isteri tercinta..
“ Abang g amik makanan ke g cari bahan untuk memasak ni ? “
Hahahaha.. sah sah tengah kebulur kat rumah tu ! Maklumlah , hari kurang makan gara gara perancangan 50% ke laut ! Gagal sama sekali ! Dah tentu lapar tahap Somalia punya walhal baru beberapa jam je tak makan .. huhuh..
Bila dapat mesej gitu , jawapan standard ialah ???
“ OTWWWWWW ! “
Sambil sambung berborak isu panas untuk beberapa minit lagi.. Hehe.. Bukan senang nak dapat kuar sengsorang woi ! Huhu… Dan selesai borak , aku mintak diri. Aku pandu dengan perlahan kerana aku tak guna Myvi. Hanya Myvi saja mampu dipandu dengan begitu kencang , di Malaysia ni !
Sampai je rumah.. Tak sempat tukar seluar , berdesup semua di atas meja termasuk anak anak ! Hehehe.. Macam nak buka puasa lak ! Hehehe…
Qhaliff makan keow teow sup dan mak serta ayahnya , makan asam pedas telur mayong dan ikan patin masak tempoyak ! Melazatkannn.. Abis kuah dihirupnya aku.. huhu..
Macam piranha… Sekejap je selesai ! Sedapppp banget !!
Rezeki di malam hari.. Alhamdulillah..
Tau tau , dah jadi anak dara dah.. Baru rasa macam semalam dukung dia selepas dilahirkan.. Rupanya dah setahun pon usia.. Hurmm.. Dah pandai goyang kepala dan kaki bila dengar lagu dangdut ! Mana belajar pon tak tau laa..
Si adik selalu berusaha menarik perhatian aku untuk aku dukung dia. Dan bila aku tumpu pada dia , si abang berusaha nak buat gitu gak ! Apa yang adik dia dapat dari aku , dia nak sama gak !
Hurmm… Baru dua orang ! Kalau tambah lagi ? Fuh.. rezeki.. Jangan ditolak ! Hahahaha.. Biar kalah sekarang.. menang kemudian !
Sempena sambutan Hari Guru pada hari sabtu 16 Mei, TV3 menyiarkan sebuah telefilem yang penuh berpengajaran dan bertemakan guru berjudul, ‘Kerana Dia Juga Cikgu’ lakonan mantap Syafiq Kyle, Azhan Rani, Rita Rudaini dan adik Zikrie.
Telefilem Kerana Dia Juga Cikgu ini mengisahkan Hakim (adik Zikrie) seorang pelajar darjah enam yang nakal dan malas belajar. Masa lapangnya diisi dengan permainan video dan keluar bersama kawan-kawannya kerana ibu bapanya terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing.
Oleh itu, Hakim sentiasa mendapat keputusan tercorot dalam darjahnya. Ini membuatkan ayahnya, En. Hanif (Azhan Rani) berang dan malu terhadap rakan-rakannya di pejabat kerana anak mereka sering meraih keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Dalam keadaan terpaksa, En. Hanif mengambil Adam (Syafiq Kyle) sebagai guru tuisyen kepada Hakim. Dalam keadaan terpaksa dan benci juga, Hakim berusaha untuk menyingkirkan Adam dari kehidupannya.
Isteri kepada Hanif, Pn. Azizah (Rita Rudaini), berasa serba salah dengan tindak tanduk suaminya, namun tetap akur demi masa depan anaknya. Hakim pula sering membuli guru tuisyennya, Adam dengan harapan Adam akan berhenti daripada menjadi guru tuisyennya.
Ok.. Tu aku copy paste dari press release yang aku dapat. Biasanya kalau telefilem atau drama jam 10 di TV3 ni memang best best la.. Sebab tu aku update kalau dapat press releasenya. Kalau drama jam 7 tu , aku malas dah la nak update.. Rasa berdosa lak galakkan korang tonton drama waktu gitu.. Huhuh..
Apa pon.. selamat menonton dan Selamat Hari Guru buat semua rakan rakan..
“ Bang , nak makan mana malam ni ? “ Tanya wife.
Yup.. dia pon dah boring makan kat Tom Yum Kung. Lagi pun sejak GST diperkenalkan , harga agak mahal kat sana. Dulu boleh tahan la harganya.. Mampu gak la selalu gi sana. Tapi sekarang ? Kaau teringin je baru gi..
Dan pilihan seterusnya , aku nak makan di PapaRich buat kali kedua setelah terlihat gambar mee kari kerang yang diupload oleh seorang rakan FB.. Terliur terus tengok.. Hahahaha..
Tapi malam ni , aku tak nak mee kari. Aku nak makan asam laksa dia. Kalau asam laksa dia sedap , confirm makanan lain sedap ! Aku memang payah nak makan laksa selain mak aku yang buat.. Hehehe..
Sedap tak ??? Hurmm…. Boleh datang lagi pasni ! Nak try menu lain lak.. hehehehe..
Awal pagi tadi , 4G terpampang di telefon pintar aku ni.. Sempat whatsapp kawan aku bertanyakan lokasi futsal jam 9 pagi nun di Bukit Serdang..
Selesai futsal , sampai je rumah aku. Terasa satu kepelikan berlaku.. Kemana hilangnya 4G ? Jangan kata 4G , satu G pon tarak ni !! Hurmm.. Internet down ! Line telefon pon down ! Dengar cerita Maxis dan Celcom je kena ni..
Bagus gak sebenarnya.. Telefon tolak tepi. Update blog pon tidak dan selayaknya , jom bermain dengan anak anak ! Hehehe.. Wife pon dapat gak masak dengan tenang tanpa belek handphone.. huhuh..
Makan budu kita hari ni yer.. hahaha.. Alhamdulillah.Menyelerakan.
Selesai makan tengahari.Selepas solat Zohor,pakat tidur sekeluarga.. Tidur sebab malam kang nak berjaga ! Ada plan baik punyaa.. Nak lepak Putrajaya malam ni !!
Jam 6 petang. Tengok handphone , masih takde line.. Mandikan anak anak.. Tunggu Maghrib.. Selesai solat , terus ke Ayer @8. Makan malam kat sana dulu.. Baru ke Istana Kehakiman.
Dan Qhaliff serta Zahra teruja melihat ramai anak anak kecil di sini.. beriadah bersama keluarga dan kawan kawan !
Yup.. aku main bola dengan Qhaliff.. Wife ngan Zahra , main basikal… hehehe ..
Satu malam yang menyeronokkan. Sekurangnya dapat lepaskan tekanan kerja terutama pada wife yang dah bertukar jabatan.. huhu..
Dan pastinya , malam ni .. dua dua tidur awal gara gara terlalu penat.. Hahahaa.. Awal tak awal la gak.. dekat kul 2 pagi.. Uhuk..
Berbaloi internet takde seharian.. Punca takde internet adalah masalah pada … tah , tapi nampak la ada team TNB dok sibuk betulkan satu tiang letrik tu.. aku rasa tu la kot puncanya.. Huhuh..Rasa je la..
Esok cuti ! Nak gi mana ? Hurmmm.. Aku ada dah plan tapi untuk esok , mungkin nak luangkan masa bersama wife yang nak cari baju kerja dan baju raya..
Tapi malam , nak g lepak kat Putrajaya ! Malam kat sana meriah woo.. Budak budak pon suka ! Leh main bola kat depan Mahkamah Putrajaya tu.. hehehe ..
Walapun gitu , aku tetap ada masa kualiti dengan anak anak.. tak perlu tunggu hujung minggu ! Hari hari boleh ! Dan inilah yang mereka nak sebenarnya. Bukan mainan.. bukan taman tema ! Tapi masa dengan mereka.. kan ? Tak caya , cuba ingat balik kenangan bersama orang tua kita.. apakah yang paling diingati ?
Jangan sampai , segalanya berlalu begitu saja ..dan kita kehilangan masa itu tanpa digunakan dengan penuh manfaat.. terutama anak anak ! Bila dah besar , mereka akan sibuk dengan dunia mereka.. Kita ?
Semalam , dunia maya sekali lagi dikejutkan dengan satu lagi kemalangan maut yang melibatkan kereta tuttttttt dengan sebuah motosikal di Putrajaya.. Berhampiran Kementerian Pelancongan atau Hotel Pullman.. Alahai , tuttt la sangat yer ! Satu dunia tau dah kereta apa !
Ikutkan , aku malas nak update pasal kemalangan ni sebab aku takde kat situ menyaksikan segalanya berlaku dari A-Z.. tapi aku nak update jugak untuk kita jadikannya sebagai pengajaran.
Kemalangan di Putrajaya semalam , aku tak de hak nak nilai sapa bersalah sapa tak tapi yang pastinya ,kalau kita ikut peraturan..inshaAllah , kemalangan boleh dielakkan!
Hurm… Bila aku perhatikan video ni , boleh dikatakan sebenarnya kita boleh nampak menda menda ni setiap hari kan ? Langgar lampu isyarat.. kereta laju.. motorsikal main redah jer .. Macam macam kesalahan kita nampak atau kita sendiri lakukan samada sengaja atau tidak !
Masa nak buat , tak pikir kan ? Bila dah kena , Ya Allah.. menyesalnyaaa !! Masa tu , baru harap yang semua tu adalah mimpi semata mata.. Tapi sayangnya ??? Hurmm..
Bila cakap pasal kereta Myvi ni.. terus terang la aku katakan memang banyak kali dah aku melepaskan makian terhadap beberapa ..bukan semua yer ! Beberapa pemandu kereta Myvi yang memandu dengan laju sekali ! Kadang kadang yang bawak tu , perempuan ! Mengucap panjang aku …
Seperti kita tau , kann… Yang cepat panik bila memandu ni sapa ? Haaa ! Aku malas nak tuduh tapi tanya diri sendiri jer.. Kena tahu, kereta ‘kecik’ ni mudah hilang kawalan walaupun dah ubahsuai .. Sedangkan kereta besar pon leh terbabas bila laju , ni kan pulak kereta kecik ! Haihh.. Kalau nak babas tak melibatkan orang lain , tak peee laa.. Lantak ko laaa ! Tapi kalau ada penumpang ? Langgar orang lain ?? Camana tuu ?? Hurmm..
Satu nasihat.. Sebelum memandu , baca doa.. pasang zikir dan berselawat terlebih dahulu sebelum memandu. Dan jangan kejar masa kalau dah lambat ! Redha jer laa..
Wife dah selamat tidur.. Terlalu penat sebab dia bangun awal pagi untuk siapkan makan pakai anak anak dia.. Aku , sambung jaga Qhaliff.. Dan Zahra yang dah pandai tak nak tidur malam ! Huhhh..
Qhaliff memang dah jadi tabiat.. Mintak susu pastu ajak lepak dalam bilik , setiap malam.. atas kul 12 tengah malam !
Dan baru nak lepak berdua ngan Qhaliff , tetiba dengar bunyi gelang loceng.. makin lama makin kuat ! Aku perhati kat pintu… dan muncullah budak ni ! Camana dia berjaya lepas dari kawalan mak dia ?? Iskh iskh iskh..
Kul 3 pagi tak tidur lagi diorang.. Akhirnya , semua sekali bangun dalam rumah aku tuuu.. Tak pasal pasal semua mengantuk pagi ni..huhu..
Kamera lama aku , Sony Alpha 5000 yang kerosakkan lensanya disebabkan jatuh akhirnya dah dapat penganti ! Aku guna lens kamera baru aku , Sony Alpha 5100. Yelah , dah ada dua lens kan ? Maka lens 30mm tu aku guna kat kamera baru dan 16-50mm tu aku guna kat kamera lama ..
Dan yang baru ni.. baru punya.. Hehehe..
Ok..baru tau nape orang giler ‘menembak’ dengan guna lens best best ! Hurmmm..
Nak jual ke kamera lama aku ? Hurmm..
Mana satu ibu jaga anak dia ? Dan mana satu si ayah yang jaga ?
Kan ? Aku tau.. mesti korang nak kata yang gambar bawah tu , aku yang jaga.. Kemas je gitu kan ? Tu la dia kasih sayang seorang ayah.. Anak didahulukan , kekemasan diutamakan !
Tak caya la tuuu ..
Dulu kan , setiap kali aku nak jumpa orang bermesyuarat mesti risau. Risau mulut berbau ! Hahaha..terutama lepas makan makanan berminyak. Hurmm..
Maka aku pasti usung Listerin atau chewing gum. Berkumur atau kunyah dulu chewing gum. Risau wehhh mulut berbau !
Satu hari tu aku try Habbatus Sauda.. Amik secubit dan kunyah.. Beberapa minit kemudian , aku mula sendawa.. angin keluar wo ! Dan try bau mulut.. Eh , takde bau ??? Wah , dasat ni..
Sebenarnya aku tak sangka la Habbatus Sauda ni mampu hilangkan bau mulut pon… secara tak sengaja.. Dan sekarang , memang aku amalkan setiap pagi dengan niat nak buang angin dalam badan..
Tak caya, try la …
Teringat petua yang ditinggalkan oleh penulis novel DAMPING, En.Zulkifli Ahmad Idrus.
“ Nak baca novel ni kena tengah malam.. baca di kala keseorangan.. Baru dapat rasa ! “.
Nak dijadikan cerita,malam semalam barulah aku dapat nak membaca novel novel yang ada di tangan aku. Tu pun dah jam 2 pagi. Entah beberapa muka surat aku dapat baca pon tak pasti lagi..
Tiba-tba , aku terdengar sesuatu merangkak.. berbunyi loceng. Sayup jer..
“ Takkan kot ??? Dah kul 3 pagi ni !! “.
Aku pasang telinga.. Bunyi tu semakin menghampiri aku . Hurmm.. Aku diam jer.. Akhirnya , aku dapat rasakan ada sesuatu di hujung kaki aku !
Aku redha..