Semalam , aku bersama rakan ‘otai’ blogger ke satu meeting bersama seorang tuan punya restoran yang berminat nak menggunakan blogger sebagai medium mempromosikan perniagaannya.
Dua jam kami duduk bersamanya dan banyak yang aku pelajari walaupun sememangnya aku dah lama pelajari mengenai kehidupan terutama di Malaysia ini.
Aku pernah rasa jatuh terduduk. Bertahun lamanya. Takde yang sudi nak bantu dan aku pulak takde la sampai tahap nak menyusahkan orang lain kecuali mak bapak aku sendiri. Diorang je la banyak membantu aku dari segi kewangan. Aku pulak masa tu dok kemaruk dengan dunia maya. Sebabnya aku berkeyakinan dunia maya adalah dunia aku satu hari nanti..
Dalam susah camana pon , aku elakkan meminjam duit dari rakan rakan. Setakat RM10 tu , ada la.. Pinjam hari ni , esok bayar dahh.. Aku takkan simpan lama hutang. Takut terlupa ! Dan aku tak nak hilang kawan kerana hutang !
Mendengar ceritanya , aku teringat kembali satu dua kes rakan aku yang datang kepada aku untuk meminjam wang. Jumlah nampak kecik tapi sebenarnya ianya besar bagi aku. Maklumlah , aku jenis kais pagi makan pagi. Aku bukanlah jenis ‘berwang’.
Terkilan sebenarnya tak dapat membantu. Pasti ketika tu mereka memikirkan aku ni ‘ sembang lebih’ tapi bila part tu , tak dapat nak bantu.
Sebenarnya selain aku memang takde duit nak bantu , aku pun takut nak bantu. Yelah , aku nak bantu pon .. takde duit. Kalau ada pon , nak dahulukan , risau pulak hutang tertangguh maka aku pulak yang kalut terpaksa cari orang lain untuk berhutang ! Dah tak pasal pasal aku bermasam muka dengan kenalan tersebut. Bab hutang ni , jangan main main.. Janji awal tu memang mudah tapi..
Berbalik pada cerita peniaga tu.. Dengan bantuan keluarganya ( camana punya susah pon , mak ayah jugak yang akan bantu ) , dia kembali bersemangat untuk memulakan kembali melangkah. Dan kami ,pada awalnya nak mengenakan bayaran bagi servis kami .. terus nekad untuk membantunya tanpa sebarang bayaran. Bagi aku , itu je la yang mampu kami tolong. Nak tolong dari segi kewangan.. tak mampu maka dengan cara lainlah kami hulurkan bantuan.
Duit.. hurm.. kerana duit , segalanya mampu berubah !