Qhaliff demam lagi. Kali ni aku ajak wife g ke Klinik Maria. Klinik Maria ni , adalah klinik kegemaran kitorang sejak Qhaliff kecil lagi. Kenapa ? Ubatnya serasi dan suka dengan keramahan Dr.Maria.
Tapi sejak beberapa kali terkena dengan doktor selain Dr.Maria di klinik tu , kitorang dah macam malas nak ke sana.. Dan bila kami pindah ke Bandar Baru Salak Tinggi , klinik Mediviron di Giant Nilai adalah pilihan. Ini adalah kerana klinik tu adalah klinik panel insuran yang diambil untuk Qhaliff dan Zahra.
Dan hari ni , sekali lagi terkena ! Aku ajak wife g check Qhaliff di klinik Maria untuk mendapatkan pendapat kedua. Nama doktor yang bertugas , bukannya Dr.Maria. Wife memang tak nak kalau bukan dia. Serik ! Tapi memandangkan dah sampai kat situ , alang alang .. terus je la masuk.
Akhirnya.. terkena lagi ! Muka doktor kelat ! Masa masuk bilik pon , muka macam.. hurmm… Bila dia bertanya soalan.. ada yang aku jawab tapi dia pandang muka aku pon tidak dan terus bertanya soalan.
Bila pemeriksaan ke Qhaliff dah dibuat , aku mintak dia tolong tengokkan Zahra. Mintak tgk jer ! Bukan suruh check.. Aku nak pendapat dia . Rasanya tak sampai 5 minit pon. Kat luar tu cuma ada sorang dua je pelanggan..
Dia suruh aku gi register ! Aku akur je la.. Yelah , memang kena ikut prosedur. Kalau di klinik Mediviron , doktor tu akan terus check tanpa banyak cerita ! Aku tak nak g sana sebab doktor lelaki.. Nak mintak check Zahra.. Aku bawak g jumpa doktor perempuan , gitu la ragamnya..
Tak pe la.. aku keluar dari situ sebab dia minta aku tunggu luar. Wife dan Qhaliff , dalam bilik tu lagi. Qhaiff diberi ubat punggung sebab suhu tinggi..
Aku tak kisah dia nak charge pemeriksaan ke atas Zahra tu.. Aku bukan nak ubat pon.. Sekadar suruh tengok jer.. Kemudian kalau dia suruh keluar dan register , baru la aku buat.. Bayangkan kalau aku keluar dan tunggu lagi.. Qhaliff tu dok demam panas.. kena tunggu lagi kat situ.. Pastu bila check.. kalau sekadar dia kata takde apa apa serius , tak keeeee ..hurmmm…
Patutlah mak aku beria suruh g satu klinik Dr.bangsa cina ni.. Katanya tak berkira dan sering bagi pendapat yang bagus serta murah harganya ! Klinik tu senantiasa dipenuhi pelanggan walhal kat area tu , banyak klink terutama klinik melayu.. tapi tak ramai orang .. Cer pikir kenapa ?
Entah la.. Pasni kalau aku ke Klinik Maria , selain dia .. aku tak nak masuk.. Rela gi tunggu jadual dia bertugas.. Atau cari je klinik lain.. Haih..
Bagi aku.. klinik Maria ni bagus.. tapi sikap doktor yang bertugas tu.. Hurm.. Mungkin yer , mereka penat.. Tapi apa salahnya lemparkan senyuman dan berborak santai.. InshaAllah penat tu hilang.. Bila muka serius , lagi penat wehhh ..