Salah sendiri ! Gemar tak pakai tali pinggang sangat.. Haaa , kan dah kena saman ! Biasanya terselamat sebab guna waze.. Dari jauh lagi Waze dah bagi amaran akan kewujudan roadblock.. Tapi tadi , terlupa nak pasang waze.. Mungkin Allah nak bagi petunjuk atau pengajaran.. Lebih baik kena saman dari berlaku sesuatu yang tak diingini , kan ? Redha.. atau untuk sedapkan hati ? Erk.. Tak , memang aku akui dan redha.. salah sendiri ! Wife pon dah nasihat banyak kali.. hurmm..
Surat saman atau notis ke mahkamah sebenarnya yang aku terima ? Ikutkan dari situ , ianya cuma arahan ke mahkamah.. Kalau tak nak ke mahkamah , bayar je denda tu.. Maksimum , RM300..
Bila aku belek notis tu.. menyedihkan ! Negara aku ni memang kuat main duit ke ?? Sana sini asyik duit jer ! Masa ditahan tu pon , cerita banyak takde.. terus saman ! Takde kata dua atau nasihat.. Hahahaha.. Adeh.. Menurut seseorang . mereka sedang mengejar KPI.. Capai sasaran saman ? Wallahualam..
“ Bayar Lewat , Bayar Lebih “
Apa tu ?? Hahahaha.. Bukankah patut ditulis .. “ Sayangilah nyawa anda ! “ Atau “ Sila patuhi arahan keselamatan bagi mengelakkan anda disaman “ ! Tapi ??? Adehhh..
Aku bukan salahkan PDRM yer.. Kalau boleh , mintak ubah la. Sepatutnya kurangkan kadar kemalangan dengan memberi nasihat. Bukan menambahkan beban rakyat dengan menyaman !