Hurm.. Bangun subuh tadi , wife bagi tahu badan Zahra panas sangat. Dia mandikan Zahra selepas tu. Qhaliff pon panas.. Hurm.. Aku pun tak beberapa segar lagi badan. Wife , masih kepenatan. Atas meja , masih penuh dengan saki baki makanan yang masih belum dikemaskan. Hurm…
Camana eh ? Nak pergi ke tak ? Best aktiviti hari ni tapi… Takkan aku nak pergi sorang je ? Hurm… Tak menyeronokkan langsung. Aku tahu Qhaliff mesti enjoy kalau datang ke Zoo Negara nanti..
Akhinya… Ke klinik pagi tadi. Bawak diorang untuk dapatkan rawatan. Kalau sekadar demam biasa ok la kan ? Risau kalau ada sakit lain.. mcm Qhaliff yang kena tonsel tu..
Kengkawan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari , pastinya berseronok di Zoo Negara. Walaupun aku tak dapat pergi , aku tetap berbangga dengan apa yang berlaku pada hari ini.. Mereka ke Zoo Negara tanpa bayaran.. Yer , mereka adalah blogger yang sedang menikmati hasil dari blogging ! Heeeee.. Best kan ?
Dan terima kasih pada orang kuat #kelabbloggerbenashaari , Farah Waheeda yg bekerja keras menjayakan program kali ni dan juga rakan rakan blogger yang lain , jutaan terima kasih atas segala sumbangan korang pada kelab komuniti blogger ini..
Aku dan anak anak aku , hanya tengok gambar je la.. hehehe …