Kali pertama aku singgah makan sini , pada tahun 2012. Masih ada entri tu lagi dan dari situlah segalanya bermula ! Entri aku bertajuk UMMIZA CAFE – Masakan Melayu Oriental berada di page utama dan memberi kesan positif pada restorannya.
Dan kali ni aku kembali membawa rakan rakan blogger bersama aku untuk berkongsi rasa mengapa UMMIZA CAFE menjadi pilihan aku sekeluarga terutamanya ketika bersarapan pagi dan makan tengahari !
Terus terang kalau aku makan tengahari di sini , aku akan tergaru garu kepala untuk memilih lauk pauk. Segalanya menyelerakan. Dan rakan-rakan blogger bersetuju dengan apa yang aku katakan pada mereka setelah menjejaki kaki di sini ..
Dan.. mereka teruja melihat hidangan yang disediakan !
Kalau tak nak makan nasi , ada kuih muih..
Menyelerakan , bukan ? Aku tahu dah… hehehe .. Antara menu yang ada di sini ialah ayam masak merah , ayam kicap berlada , ayam masak lemak cili api , ikan kembung berlada , ikan keli berlada , asam pedas ikan , udang sambal petai , sup cendawan , gulai ayam kampung kentang , gulai rebung , gulai pucuk ubi , kari daging campur kentang , gulai siput sedut , dan macam macam lagi masakan kampung.
Tapi kalau nak datang makan tengahari di sini , masakannya bukan semua ada la.. ikut hari ! Melainkan nak buat tempahan masakan yang tidak melebihi 300 orang , semua menu disebutkan boleh dibuat. Contohnya untuk majlis harijadi , ulangtahun , makan keluarga atau majlis majlis di pejabat..
Aku memang suka datang sini sebab… BERSIH ! SEDAP ! Dan mereka peramah ! Qhaliff kalau datang sini , confirm rileks.. hahaha ..
Makan time ! Hehehee..
Dan selepas perut kenyang.. aktiviti diteruskan dengan berkaraoke dan .. seperti biasa laa.. selfie ! Jerebu tidak menghalang kami dari bertemu dan bergembira di UMMIZA CAFE ! TERBAIKKKK !
Untuk tempahan , boleh hubungi :
Puan Nor - 019 6682069 | Ain – 011 10602569
Alamat : NO 229, Batu 29 Kampung Jenderam , Hulu Sepang.
Instagram : UMMIZACAFE