Aku akan pulangkan semula Sony Xperia Z3+ yang aku pinjam selama beberapa minggu.. Aku rela pinjam dari beli sebab aku tahu akan keluar yang terkin dalam masa terdekat iaitu Sony Xperia Z5 !!
Buat masa ni aku dah ada Sony Xperia Z2 dan Sony Xperia Z3. Maka aku nak cuba Z3+ lak.. Ternyata Sony Xperia Z3+ punya kualiti gambar yang lebih ok dari Sony Xperia Z3 terutama bila dalam air ! Hehehhee..
Ada yang tanya , kenapa pentingnya dalam air ???
Hahahaa… Takkan hari hari nak amik gambar dalam kolam air kot ??? Kan ? Atau takkan hari hari nak amik gambar dalam tandas ??? Ke tiap kali mandi bawak masuk telefon dalam tandas ? Haa.. mesti ada skandal niii !! Kan ?
Hurmm.. pengalaman mengajar aku ! Ada 2 kali tu , aku tergelincir jatuh di dlm tandas ! Nasib baik boleh bangun.. Bayangkan jika tak boleh bangun ??? Nak dijadikan cerita.. ada sorang kawan aku ni , terjadi kes cam aku. Dan dia bernasib baik dia bawak masuk sama telefon ke dalam tandas waktu tu.. Dia tak boleh bangun sama sekali ! Dia call kawan dia , dan kawan dia datang membantu ! Bayangkan kalau takde telefon di tangan dia masa tu ! Hurmm..
Dan teringat kes di mana Qhaliff memasukkan telefon Nokia Lumia mak dia yang baru guna seminggu ke dalam bekas yang berisi air ! Terus kong ! Hahahahaha.. Sejak tu , Sony Xperia jadi pilihan aku !
Tak sabar nak tunggu Sony Xperia Z5 keluar minggu depan di Malaysia.. Moga lebih bagus dari sebelum ni.. Kalu tak bagus , aku akan amik Sony Xperia Z3+ ! Gambar memang superb laaa , bagi aku !