Aku mampu geleng kepala jer..
Sambil memikirkan apa yang hendak aku jawab jika satu hari nanti akan ada anak kecil mula persoalkan kenapa mereka tak boleh hisap vape sedangkan ianya tidak merbahaya!
Dengan masalah pergaulan di sekolah.. dengan kesibukan ibu bapa mencari duit untuk membayar cukai cukai di negara ini.. Apalah nasib anak cucu kita nanti ?
Kalau benar vape untuk hilangkan ketagihan terhadap rokok , kenapa mereka yang tidak merokok pon hisap vape ? Kenapa siap perlu ada komuniti atau kelab ?
Samada rokok atau vape, aku tak suka baunya. Walaupun vape dikatakan wap air je, tp ianya tetap keluar dr paru paru dan mulut serta hidung seseorg. Wajarkah ianya 'diberi' pada org lain?
Kalaulah vaper lebih berdisiplin yakni menghisap di tempat yg tertutup dan dikhaskan , aku yg tak hisap rokok serta vape ni, tak kisah pasal isu vape ni..
Soal halal haram di sudut undang undang kerajaan.. Bg aku ianya patut dikenakan cukai. Adil bg semua org. Kalau vape tak dikenakan cukai, aku nak gym serta suppliment kesihatan tak dikenakan cukai juga. Begitu juga dengan pakaian harian, serta makanan. Dikecualikan dr cukai. Oh ya.. Internet pon dikecualikan dr cukai. Semua ni memberikan kebaikan pada aku dan rakyat yang lain.
Wajah anak anak mula terbayang .. Hurm… Apa aku nak buat jika mereka yang aku kenali hisap vape walhal mereka tidak merokok sama sekali !