Terkedu !
Kenapa makin berani mereka mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati ?
Apakah ini jalan penyelesaian terbaik untuk rakyat yang mana sebelum mereka menang pilihanraya yang lepas , mereka janjikan pelbagai kemanisan termasuk tiada kenaikan tol ?
Keluar awal ? Nak keluar pukul berapa ? Pastu balik ? Pastu nak balik kampung terutama ke utara atau selatan .. nak ikut jalan jauh ? Kiranya lebuh raya ni dibina untuk orang orang berkemampuan je la yer ? Itukah ??
Hurm.. aku risau satu je nanti.. Bila rakyat akan buat dan mula selesa , akan timbul isu seperti Vape ! Bila rokok diketepikan , dan vape jadi tarikan maka … maklumlah , tak kena cukai ! Serupa jalanraya la nanti.. Haaa ! Faham tak ? Lebuhraya tak ramai guna.. pulangan takde , camana nak dapat income ? Turunkan harga ? Pastu bila dah ramai guna .. naikkan balik ? Hek eleee…
Aku nak tulis lebih lebih , kang ada yang sentap… Tapi sampai bila aku nak kena kerja , kerja , kerja ! Anak dibesarkan pon semata mata untuk cari kerja yang bagus bagus..bergaji besar supaya dapat teruskan kehidupan ! Jadi hamba ? Hurmm..
Yang kaya , terus kaya.. Yang miskin , maintainkan walaupun diorang kata dah makin kurang rakyat miskin ! Fuh… cer tanya berapa hutang dalam poket mereka dan gaji bersih mereka tiap bulan !
Aku tahu.. mesti nak salahkan balik rakyat ! Sapa suruh tak berjimat cermat dan boros ! Rakyat jugak kenaaa..