Tak lama lagi , usia aku akan mencecah 40 tahun.. Dalam erti kata lain , aku dah boleh join Kilauan Emas pasni ! Hehehe.. Dalam dunia blog , pastinya aku ni dah dikira ‘tua’ untuk bersaing dengan mereka yang masih muda , bergetah serta kacak kacak gitu… Hehehe.. kan ?
Apa yang aku ada untuk pastikan aku masih mampu bersaing dengan mereka ? Hurm.. Aku ada pengalaman ? Strategi untuk terus pikat agensi pengiklanan atau syarikat syarikat besar perlu aku ada..
Setiap medium media sosial aku cuba dan aku terlepas pandang Google+ selama ini ! Menyangkakan Google + tak membawa kesan positif pada aku adalah salah !
Aku mula aktif semula dalam G+ baru baru ini.. Setiap hari aku berusaha mendapatkan gambar gambar cantik ! Bangun awal pagi.. berhenti tepi jala.. Hanya untuk berusaha mencari sudut yang sesuai..
Dan.. aku berjaya ! Berjaya !! Huhuhuh.. Tak sangka sama sekali apa yang aku buat selama ini membuahkan hasil..
Selalu aku bagitau wife , apa yang aku buat ini adalah satu pelaburan jangka panjang.. Tolong bersabar .. inshaAllah , akan memberi pulangan yang berguna pada aku dan keluarga !
Berbaloi !