Isu vape tu , aku sokong la.. Kecuali vaper ni sepakat layan vape di tempat dikhaskan seperti semalam , aku tengok di Bandar Baru Nilai , ada satu kedai vape ni.. geng geng vaper layan dalam tu jer ! Respek aku tgk diorang ! Maknanya , diorang tak ganggu orang ramai apatah lagi berhampiran diorang tu ada food court ! Diorang layan dalam kedai tu gak.. Haaa.. camtu , aku tak kisah. Yang aku kisah , jenis main hembus di tempat terbuka dan ada orang awam.. Hurmm..
Ok… Semalam , terbaca satu artikal dari sebuah blog ni. Terkedu jap aku ! Sememangnya dari dulu aku dah nampak masalah keselamatan ni tapi kenapa sekarang baru nak ‘berbunyi’ ???
Terus terang aku bagitau , aku bergantung pada waze setiap kali memandu jauh ! Banyak kebaikannya yang aku dapat. Contoh pemberitahuan mengenai kemalangan jalanraya , kereta rosak , kehadiran polis ( jangan ingat semua orang nak lari dari polis ! ) , kesesakkan lalu lintas , tanah runtuh dan macam macam lagi !
Dah kenapa sekarang baru kaitkan dengan isu keselamatan negara lak ? Camana pulak dengan negara lain ? Apakah mereka juga berfikiran seperti dua ahli Parlimen BN tu ?? Adoiyaiii…
Bayangkan bila teknologi ni diharamkan.. Kita kembali menggunakan papan tanda sebagai pemandu arah.. Fuhhh ! Jenuh woiiii !! Diorang yang bagi cadangan ni senang laa.. Ada driver ! Ada polis dok escort.. Bila lalu , abis pengguna jalanraya ‘ditolak ketepi’ tanpa kira situasi pemandu tu ! Bayangkan ada yang tak perasan .. haaa ! Mau kelam kabut woooo ! Kalau tak jadi apa apa , ok la.. Kalau berlaku sesuatu yang tak disangka ? Haaaa…
Kalau waze diharampkan , aku mintak diorang yang bergelar menteri ni jugak memandu sendiri ke tempat tugasan mereka tanpa guna escort.. Haa ! Rasa la camana rakyat biasa ni rasa ! Ingat , rakyat biasa ni bayar cukai setiap kali bergerak ! Huhhhh !
Banyak isu penting lagi boleh difikirkan.. kenapa laa isu gini gak dibangkitkan ! Sedih tengok wakil wakil rakyat negara ni.. Ada yang bijak , tapi tutup mulut.. Yang kurang bijak , berlagak bijak ! Yang jadi mangsa , rakyat jugakkkkk !
Kalau waze diharamkan , sila haramkan terus telefon pintar ! Sebab boleh mengancam keselamatan negara gak ..satu hari nanti ! Kot ? Entah la labuuuu…